Pages

Tuesday, April 20, 2010

Presiden Iran keturunan Yahudi





MAHMOUD AHMADINEJAD menunjukkan dokumen yang mengandugi nama asalnya. 


PRESIDEN Iran Mahmoud Ahmadinejad merupakan seorang pemimpin
berketurunan Yahudi yang mempunyai nama keluarga Sabourjian, lapor
akhbar 
The Daily Telegraph semalam.
Keluarga Mahmoud dipercayai menukar nama keluarga kepada Ahmadinejad
selepas mereka memeluk Islam ketika beliau berumur empat tahun, sekitar
tahun 1950-an.
Sabourjian yang bermaksud penenun kain, secara tradisi menetap di Aradan, Iran iaitu bandar kelahiran Mahmoud.
Pakar pengajian Yahudi Iran di London berkata, perkataan 'jian' bermaksud keluarga itu menganut agama Yahudi.
"Sabourjian ialah nama Yahudi terkenal di Iran," kata pakar tersebut.
Jurucakap Kedutaan Iran di London, Ron Gidor berkata, pihaknya tidak akan mengulas mengenai sejarah lampau Mahmoud.
"Kami tidak akan bercakap mengenai sejarah silamnya," kata Gidor.
Mahmoud ialah jurutera bertauliah serta mempunyai ijazah doktor
falsafah (PhD) dalam pengurusan trafik. Beliau pernah berkhidmat untuk
Pengawal Revolusi sebelum menceburi politik. - Agensi

No comments: