Pages

Tuesday, April 20, 2010

Dimahkota sebagai Ratu Kanabis




BLAKELY STEIN tersenyum selepas dinobatkan sebagai Ratu Kanabis pada ekspo Mahkota Kanabis 2010 di Aspen kelmarin.


ASPEN, Colorado - Seorang gadis, Blakely Stein dari Telluride, Colorado Amerika Syarikat (AS) dimahkotakan sebagai Ratu Kanabis pada ekspo Mahkota Kanabis 2010 yang berlangsung di Aspen kelmarin.
Pertandingan ratu cantik itu mengetengahkan beberapa orang wanita yang mempunyai kaitan dengan komuniti yang menghalalkan penggunaan dadah kanabis.
Antara wanita yang menyertai pertandingan itu ialah pekerja di kaunter-kaunter ubat selain pekerja kesihatan yang menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan.
Colorado merupakan sebuah daripada 14 buah negeri yang membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan.
Pameran jualan dan perniagaan-perniagaan berkaitan kanabis di Colorado pada tahun lalu semakin pesat meningkat ekoran penggunaannya yang semakin meluas. - AFP

No comments: