Pages

Friday, April 23, 2010

Menyelami Gaya Pemikiran Muhammad Isa Dawud Mengenai Dajjal



oleh Ibnuyaacob
Pemikiran Asas
Semua penulisan Muhammad Isa Dawudyang sampai ke Malaysia adalah mengenai perkara-perkara misteri yang diberitakan dalam al-Quran dan hadith. Perkara-perkara misteri berikut merangkumi hal ehwal Dajjal, Imam Mahdi, Jin dan Yakjuj Makjuj. Selain itu, karangan beliau juga ada bertumpu kepada soal-soal kesihiran serba sedikit khususnya dalam bukunya yang bertajukSihir Dalam Perkahwinan.
Semua perkara-perkara misteri yang ditulis oleh beliau itu adalah topik-topik kegemaran masyarakat Islam masa kini khususnya di Malaysia. Topik-topik itu pula dihuraikan dalam bentuk bersahaja dan tidak langsung mengikut gaya penulisan buku yang sepatutnya. Tetapi itu bukanlah persoalan yang berat, bagaimana gaya pun yang dipamerkan dalam tulisannya pasti habis di pasaran.
Tambahan pula, setiap kali mengemukakan teori, beliau bukan sahaja menyandarkan pada hadith dan al-Quran, malah dipetk juga dari kisah-kisah sahabat yang jarang kita dengar dan baca sebelum ini. Disamping itu, fakta-fakta penulisannya juga disokong oleh manuskrip-manuskrip kuno yang dikaji beliau. Itu lebih meyakinkan kita untuk membeli bukunya.
Maka semua itu saya kategorikan sebagai pemikiran asas Muhammad Isa Dawud dalam dunia penulisan.
Persoalan Utama Penulisan Beliau
Dalam kebanyakan tulisannya, saya yang kurang ilmu ini dengan yakin mengatakan terdapat dua buku yang paling laris di pasaran, buku tersebut ialah ;
Jika anda bersetuju, senyum saja dalam hati, jika tidak, tidak perlu marah, kerana ia bukanlah sejenis pertandingan membaca.
Saya adalah kategori orang yang kerap ke kedai buku, paling kurang 3 kali seminggu. Dalam pemerhatian saya, kedua-dua buku inilah kerap habis, sekejap ada, kemudian tiada. Manakala buku yang sentiasa ada ialah
  • 1) Imam Mahdi Di Ambang Pintu (Jilid 1 & 2)
  • 2) Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia
  • 3) Sihir Dalam Perkahwinan
  • 4) Kejutan : Imam Mahdi (Siri 1)
  • 5) Kejutan : Imam Mahdi (Siri 2)
  • 6) Kejutan : Imam Mahdi (Siri 3)
Sepanjang pengetahuan saya, hanya inilah buku-buku yang sampai ke Malaysia. Kajian-kajiannya yang lain lagi entah mengapa tidak diterjemahkan. Mungkin ianya kurang menarik, maksud saya kurang menarik perhatian editor penerbit syarikat di Malaysia. Manakala semua buku-buku di atas pertama kali di jual di Indonesia dan kemudian barulah di bawa masuk ke Malaysia. Sungguh beruntung rakyat Indonesia !
Saya sendiri sedang berusaha sedaya upaya mendapatkan kertas-kertas kerja Muhammad Isa Dawud yang banyak dibentangkan di seminar-seminar di Arab Saudi. Selain itu, saya masih cuba dapatkan video tape atauaudio tape berkenaan ceramah-ceramah yang disampaikannya di kebanyakan negara khususnya di Mesir. Setakat ini, usaha saya masih tidak membuahkan hasil. InsyaAllahjika berhasil, akan saya paparkan semua maklumat itu di dalam blog saya ini.
Kategori Pembaca Buku Tulisan Muhammad Isa Dawud
Saya melihat terdapat dua kategori pembaca bagi buku-buku beliau di Malaysia;-
a) Kategori Santapan Rohani
Kategori pembaca jenis ini adalah banyak dan terlalu banyak. Pembaca jenis ini membaca kerana minat perkara-perkara yang dibahaskan tetapi kurang memikirkan hal ehwal pemikiran penulis buku itu.
Cara pembacaan pembaca kategori ini pula, adalah jenis langkau mukasurat. Maksudnya, jika mukasurat tersebut mengandungi fakta-fakta yang kurang menarik maka bacaan akan dipindahkan ke mukasuat yang berikutnya dengan cepat.
Pembaca kategori ini juga mungkin hanya sekali baca buku yang dibeli itu, atau paling rajin 2 kali dan kemudian tiada lagi pengulangan bacaan.
b) Kategori Kajian Ilmiah
Pembaca jenis ini, membaca dengan tujuan melihat apa yang cuba disampaikan oleh penulis itu. Kemudian, mereka juga melihat apakah yang sedang difikirkan oleh si penulis semasa menulis buku tersebut.
Pembaca kategori ini membaca berulang-ulang kali, dan mungkin ada catitan yang dibuat pada buku tersebut. Pembaca jenis ini juga amat kurang sekali bilangannya dan mungkin hanya terdiri dari kalangan penuntut IPT dan penulis-penulis buku atau yang betul-betul obses dengan topik tersebut.
Kesimpulannya, di manakah kategori bacaan anda? Jika anda kategori A, maka tidak salah anda bersikap demikian kerana ia bergantung kepada minat anda. Tetapi jika anda di kategori B, maka seharusnya anda mempamerkan atau meluahkan buah fikiran anda melalui blog-blog anda atau website anda. Jangan biarkan ia bersarang di dalam pemikiran, carilah rakan yang sesuai untuk berbincang hal-hal misteri ini.
Muhammad Isa Dawud Pembawa Pemikiran Yang Cekap
Gaya penulisan beliau walaupun meleret-leret, seolah-olah seperti ingin membawa kita kepada suatu matlamat. Apa yang dapat saya nyatakan di sini, matlamat Muhammad Isa Dawud ialah beliau mahukan pembaca-pembacanya meneliti dengan berat masalah hal ehwal Dajjal dan kemudian mengaitkan Dajjal tersebut dengan permasalahan negara Amerika dan Segitiga Bermuda.
Muhammad Isa Dawud sedar, sekiranya dia membuka pendahuluan bukunya dengan‘permasalahan di Amerika dan Israelsebagai tajuk utama, saya yakin amatlah kurang orang membacanya. Maka jalan yang baik membawa pemikiran pembaca ialah dengan menghidangkan dahulu hal ehwal misteri di awal pendahuluan buku kemudian sedikit demi sedikit dikaitkan Dajjal dengan permasalahan Amerika.
Teknik penulisan sebegini banyak diamalkan oleh penulis-penulis Sains Politik, Sejarah dan penulis-penulis yang kerap berceramah di depan orang awam. Teknik sebegini memang betul dan berkesan. Lihatlah semua bukunya pada bahagian akhir akan disentuh juga sedikit berkenaan masalah Amerika. Jika saya menjadi beliau, saya tetap akan menggunakan kaedah yang sama kerana pemikiran umat Islam sukakan yang misteri dan mistik.
Saya juga dengan pasti mengatakan, semasa menulis buku, Muhammad Isa Dawud bergantung sepenuhnya dengan daya ingatannya. Maka semasa menulis, beliau tidak membuka buku-buku lain sebagai rujukan. Fakta-fakta yang ditulis adalah berdasarkan apa yang diingatnya dan dibacanya sebelum ini. Begitulah cara menulis orang yang obses dengan kajian-kajiannya. Adalah tidak mustahil seseorang dapat mengingat fakta-fakta yang spesifik dengan spontan.
Lihat sahaja pencerama agama atau politik. Mereka berceramah tanpa teks, kemudian menghuraikan topik-topik dengan detail termasuk statistik-statistik yang tepat. Begitu juga Muhammad Isa Dawud, saya secara peribadi mengkategorinya sebagai Penulis Yang Obses. Ianya sesuai dengan umurnya yang semakin meningkat tetapi masih ligat dalam arena penulisan.
Matlamat Akhir Penulisan Muhammad Isa Dawud
Ini adalah hasil kajian saya berkenaan buku-bukunya, matlamat akhir beliau dalam penulisannya ialah Menyedarkan umat Islam bahawa Dajjal itu adalah perancang utama segala isu-isu politik seluruh dunia atau disebut Bapa Konspirasi DuniaMaka disebabkan itulah saya meletakkan blog ini dengan tajuk Dajjal : The King of the World ConspiracyTajuk blog ini adalah matlamat semua penulisan dan kajian-kajian Muhammad Isa Dawud.
Melalui blog ini juga saya akan cuba mengaitkan organisasi-organisasi Yahudidan perancangan mereka dengan fakta-fakta yang ditonjolkan oleh Muhammad Isa Dawud. Keberkaitan itu juga akan saya cuba tonjolkan agar pembaca-pembaca sekelian membaca berulang kali buku-buku tulisanMuhammad Isa Dawud.
Muhammad Isa Dawud Yang Pemarah
Beliau saya kategorikan sebagai orang yang pemarah. Jika anda melihat tulisannya dalam artikel di akhbar al-Midan bertarikh 2 Januari 2003 berkenaan rejim Saddam Hussain, anda tidak dapat bayangkan bahawa bagaimana beliau seorang lebih arif dalam hal ehwal Dajjal telah menuduh Saddam Hussainsebagai Dajjal (antichrist). Mungkin juga kerana terlalu marah akan sikap Saddam Hussain yang bersekongkol dengan Amerika dahulu maka tohmahan itu dilemparkannya.
Beliau sendiri tahu Saddam bukanlah Dajjal tetapi kerana terlalu marah, beliau menggelarkan Saddam adalah al-Masikh Ad-Dajjal. Saya sendiri tersenyum lebar bila membaca artikel itu.
Buku-buku Muhammad Isa Dawud Dalam Bahasa Arab
Title: Ightiyal Bashshar al-Asad: wa wilayat al-khawf al-Arabi al-muttahid
Year: 2006
ISBN-13/EAN: 9789772862283
Title: al-Haykal : saat al-sifr : khatwat al-Sahayanah al-qadamah Author: Muhammad Isa Dawud Year: 2006
ISBN-13/EAN: 9789772861859
Title: Ashbah la arwah Author: Muhammad Isá Dawud Year: 1997
ISBN-13/EAN: 9789772620920
Title: al-Hubb wa-al-jasad Author: Muhammad Isá Dawud Year: 1999
ISBN-13/EAN: 9789772620913Wassalam

No comments: