Pages

Friday, April 23, 2010

Dua Pergerakan Syaitan






Sebelum kami kami memberitahu anda Dua Rahsia Terbesar ini, ingin kami jelaskan kepada anda apakah dia dua pergerakan syaitan terkenal yang selalu di sebut-sebut dalam artikel-artikel kami.

Dua pergerakan syaitan itu adalah Illuminati dan Freemason.

Mungkin ada di antara anda yang masih tidak mengetahui nama dua pergerakan syaitan ini. Mungkin ada yang mengetahui-mungkin dari buku-buku atau filem-filem (contoh: Tomb Raider) tetapi tidak mengendahkannya:

-mungkin itu hanya nama rekaan pembuat filem atau penulis buku.

-mungkin nama itu memang ada tetapi tidak begitu penting baginya untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

-nama itu sekadar hiburan dan fiksyen.

Kami ada membuat pemantauan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia termasuk di universiti-universiti. 99% responden kami dari sekolah-sekolah menengah tidak mengetahui secara tepat apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'Freemason' atau 'Illuminati'.Tepatnya 97% dari mereka memang tidak pernah mendengar nama pergerakan syaitan ini. Kajian di universiti juga menunjukkan hasil yang lebih kurang sama tetapi menunjukkan peningkatan sedikit. 10% dari mereka memang ada membaca mengenainya dan mempunyai pengetahuan asas tentangnya.

Mereka tidak mengetahui bahawa pergerakan-pergerakan syaitan itu benar-benar wujud!

Sebelum kami menyerahkan dua rahsia terbesar ini, anda perlu melengkapkan diri dahulu dengan pengetahuan dari dua pergerakan syaitan ini. Ini kerana jika anda tidak mempunyai pengetahuan asas sekali pun mengenainya, pasti anda akan menjadi:

-panik, bingung dan terkejut

-histeria

-terkedu dan hampir pitam

-menangis dan teramat depresi

-gila (tahap berat)

-menolak bulat-bulat; tidak mempercayainya

Kami tidak bergurau atau bermain-main dengan anda mengenainya. Cuba tanya dan kaji sendiri mengapa banyak Paus sendiri mati dalam keadaan misteri termasuk Pope John Paul I —"DeMedietate lunae" (of the half moon) yang kematiannya banyak dispekulasikan sebagai konspirasi pembunuhan.Dan beribu-ribu orang lagi mati kerana mengetahui dua rahsia ini tanpa ada pengetahuan asas sekalipun mengenainya. Ingat!Pengetahuan adalah RAJA.Tetapi Pengetahuan yang DIGUNAKAN adalah RAJA YANG BERKUASA. Kalau tidak, mengapa Paderi dari Espéraza keluar dalam keadaan histeris dari bilik Paderi Francois Bérenger Sauniére (Penemu kod rahsia Templar) yang sedang nazak. Badannya bergementaran. Mukanya pucat. Kedua matanya terbelalak seperti melihat hantu. Ini terjadi selepas mendengar rahsia yang dibisikkan oleh Sauniére yang sedang nyawa-nyawa ikan.Kalau tidak mengapa seorang pelatih paderi dari Sabah terkejut melihat Al-Quran diletakkan di atas altar Royal Library Paus di Vatikan dan digunakan untuk upacara mengangkat sumpah bagi perlantikan pegawai tertinggi Vatikan?Mengapa seorang paderi Melayu yang menjadi anak murid seorang paderi besar masuk Islam selepas mendengar 'rahsia sulit' yang dibisikkan oleh paderi besar itu ketika saat kematiannya sebagai wasiat terakhir setiap paderi vatikan.Ada maksud disebalik semua itu. Jika anda adalah peminat-peminat buku-buku seperti Da Vinci Code, Angels and Demons,The Solomon Key, Holy Blood Holy Grail, The Hiram Key atau peminat filem seperti Da Vinci Code atau National Treasure, ini adalah hadiah untuk anda. Jika anda puas dengan penjelasan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji misteri Da Vinci Code dalam buku-buku mereka, ketahuilah, sesungguhnya mereka masih menyembunyikan banyak kebenaran lagi. Apa yang anda tahu tidak sampai 10% dari kebenaran yang sebenar-benarnya.

Ini adalah rahsia bertahap Zikir Agung Perhimpunan Altar Iblis Illuminati.

Ini adalah rahsia konspirasi Matrix syaitan...

Ini adalah kunci kepada kod rahsia Zikir Agung Izazil dimana ketika orang-orang kafir, Dajal, Yahudi, Nasrani dan Majusi datang berbondong-bondong kepada Iblis di dalam Neraka untuk mengetahui kebenaran terakhir, Sang Iblis akan mengungkap 'KEBENARAN TERAKHIR' itu. Siapa yang membaca Al-Quran akan mendapat kunci rahsia ini sebelum mendapat tahu dari Mistisfiles lagi.

Ini adalah permainan.

Bukankah Tuhan sudah menyatakan di dalam kitab-Nya:

"Kehidupan di dunia ini tidak lebih hanya permainan dan senda gurau semata"

Belajar dan fahami sendiri rahsia ini...

Kami tidak mengajarkan anda Kebenaran tetapi kami ingin menghulurkan anda cebisan jigsaw puzzle kami

Cantumkan ia

Buangkan mana yang tidak perlu

Belajarlah kerana kebenaran itu didapati dari pembelajaran

Berapa ramai orang Melayu-Islam murtad kerana tidak mahu belajar tentang keIslaman mereka?

Berapa ramai saintis dan penyelidik Barat masuk Islam selepas mengkaji bertahun-tahun semata-mata mahu mengetahui nama Tuhan dan Kekasih-Nya?

Berapa ramai!!

Cuba beritahu kami

Buat permulaan belajar dahulu tentang Freemason dan Illuminati

dan kami akan beritahu 'Kata Rahsia' itu

kumpul dan cantumkan dalam serpihan 'Gambar Besar' kita

jangan berhenti kerana jika anda berhenti anda akan sesat dan

akan dipaksa mencantum jigsaw puzzle ini semula dalam keadaan tersiksa, telanjang dan menangis

selepas kematian anda...

Ingat!Ini adalah permainan dan anda sudah mendaftar dalam permainan ini

jika anda menganggap kami mengarut dan membuang masa anda, sila keluar dari laman ini dan cari pengumpul jigsaw puzzle yang lain

yang anda anggap benar, tidak mengapa, kami doakan anda menemui Kebenaran Terakhir itu

atau anda boleh tidur dan meneruskan kehidupan seperti biasa semula tetapi ingat!

Jangan sebut sedikit pun nama Mistisfiles ketika anda dipaksa mencantumkan kembali jigsaw puzzle yang anda buang itu

Kami mengalu-ngalukan anda bersama-sama kami mencantumkan jigsaw puzzle ini

Mari kita bermain bersama

ini adalah satu permainan

SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMIKIRAN BARU

No comments: