VICTORIA Beckham dan suaminya, David mengadakan hubungan seks sebanyak lima kali sehari dengan matlamat mahukan seorang lagi anak. Bekas anggota kumpulan Spice Girl itu yang sudah mempunyai tiga orang anak lelaki itu terdesak untuk mendapatkan anak perempuan. Justeru, dia dan David telah mengubah jadual supaya mereka mempunyai lebih banyak masa bersama.
Mereka baru-baru ini telah memulakan rejim seks baru ketika bercuti di kepulauan Caribbean tetapi jadual itu tertangguh sekarang apabila David berada di Los Angeles dan Victoria pula berada di London untuk bekerja.
David, 34, memberitahu dia sentiasa bersedia tetapi penat dan kini sedang mendapatkan tenaga untuk menantikan kepulangan Victoria, 35.
Menurut seorang rakan keluarga mereka kepada suratkhabar The Sun: "David berasa lega untuk mendapat rehat. Dia bukannya merungut tetapi kecederaan di kakinya membuatkan dia berasa penat. Victoria pula terdesak untuk mengandung."
Pasangan itu pada mulanya bercadang untuk mengandung selepas perlawanan Piala Dunia tetapi membuat keputusan mengawalkan perancangan itu memandangkan David kini cedera dan tidak boleh bermain bola sepak.
No comments:
Post a Comment