Pages

Saturday, January 24, 2015

Budak 8 tahun hisap dua kotak rokok sehari


JJ sedang asyik menghisap rokok di rumahnya di Cikidang, Sukabumi
JJ sedang asyik menghisap rokok di rumahnya di Cikidang, Sukabumi dekat Bandung.
BANDUNG, Jawa Barat – Seperti lagak orang dewasa, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Cikidang daerah Sukabumi sudah ketagihan rokok dan mampu menghabiskan sehingga dua kotak rokok sehari.
Menurut laporan detik.com, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai JJ itu sudah mula merokok sejak berusia enam tahun.
“Sudah dua tahun anak saya merokok dan ketagihan itu sukar dihentikan. Apabila saya dan suami melarang, malah dia lari menghilangkan diri dari rumah,’’ kata Nursari, ibu JJ ketika ditemui di rumahnya, Selasa lalu.
Jelas Nursari, ketagihan anak lelaki ketiganya itu bukan sahaja sudah diketahui jirannya, malah guru sekolahnya.
Malah, seperti gaya orang dewasa, JJ akan merokok sambil minum kopi dan berbual dengan individu yang jauh lebih dewasa daripadanya.
“Kadang-kadang, dia akan merokok sambil ditemani bapa saudara atau jirannya. Ini membuatkan saya bingung bagaimana untuk menguruskannya. Pernah saya membawa JJ ke rumah orang pintar namun tidak membuahkan hasil,’’ katanya.
Kedatangan para wartawan ke rumah JJ langsung tidak dipedulikan kanak-kanak itu yang leka menghisap sebatang demi sebatang rokok.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Sukabumi ketika dihubungi detik.com mengaku bahawa beliau baru mengetahui tentang ketagihan kanak-kanak tersebut.
“Saya baru dengar maklumat ini, nanti kita akan selaraskan dengan Pusat Kesihatan Cikidang yang tidak berapa jauh dengan rumah kanak-kanak itu supaya dapat kita ambil langkah awal supaya ketagihan itu tidak berlanjutan,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-8-tahun-hisap-dua-kotak-rokok-sehari-1.51617#sthash.X5UQwjTR.dpuf

Thursday, January 22, 2015

Daniel Streich , Dahulu Pembenci Masjid, Kini Ia Pencinta Al Quran



Daniel Streich, anggota Partai Rakyat Swiss (SVP) menjadi sosok terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembangunan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.

Situs islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristiani dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi pastur. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mulai gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi anggota partai ternama di Swiss.

SVP bukan partai sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, ilmuwan, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Partai ini menjadi penentang nomor wahid penyebaran Islam di Swiss. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyerukan penutupan masjid di seantero Negeri Cokelat ini.

Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negaranya. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemoohan bagi umat Islam di Swiss. Ia merasa mimbar dan kubah masjid tidak cocok dengan budaya negara itu. Ia juga menuding Islam sebagai agama teroris, pembuat onar, dan kekerasan.

Dalam usahanya menyingkirkan Islam dari Swiss, lelaki ini malah mempelajari Al-Qur’an dan Islam. Ia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslimin. Yang terjadi, ia malah terpesona dengan ajaran rahmatan lil ‘alamin ini.

Semakin jauh Streich belajar Islam, semakin tenggelam dia dalam keindahan ad-Din samawi itu. “Banyak perbedaan saya dapatkan ketika mempelajari Islam. Ajaran Islam memberikan saya jawaban logis atas pertanyaan hidup penting, dan tidak saya temukan di agama saya,” katanya.

Presiden Organisasi Konferensi Islam (OKI) Abdul Majid Aldai mengatakan, orang Eropa sebenarnya memiliki keinginan besar mengetahui Islam dan hubungan antara Islam dengan terorisme, sama halnya dengan Streich.

Dulu, Streich sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Al-Qur’an dan melakukan shalat lima waktu setiap hari.

Dia keluar dari SVP dan mengumumkan status Muslimnya. Streich bilang, dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam yang tidak dapat ia temukan dalam ajaran/keyakinan sebelumnya.

IslamIsLogic.wordpress.com
sumber

'Cetak' rumah guna pencetak 3D


Apartmen 5 tingkat yang dibina menggunakan pencetak 3D. - Foto CNet.
Apartmen 5 tingkat yang dibina menggunakan pencetak 3D. - Foto CNet.
SEBUAH syarikat di China mungkin berjaya mencari alternatif dalam membina penempatan murah dan pantas.

Syarikat WinSun mengaku berjaya 'mencetak' 10 buah rumah kurang dari 24 jam pada Mac, tahun lalu menggunakan teknologi pencetak 3D, lapor portal CNet.

Pencetak 3D atau 3D Printer berkenaan menggunakan bahan binaan dan buangan dan simen yang kering dengan pantas, dicampur bersama unsur pengeras yang kuat.

Terbaru, WinSun membuat demostrasi kecekapan teknologi tersebut dengan mencetak apartmen 5 tingkat dan sebuah villa.

Villa bersaiz 11,840 kaki persegi tersebut cuma menelan belanja sebanyak RM582,000.00.

Apartmen dan villa tersebut dipamerkan di Taman Industri Suzhou.

Menurut laporan CNet, percetakan bahan binaan menjimatkan antara 30 hingga 60 peratus dan mempercepatkan proses pembinaan sebanyak 50 hingga 80 peratus.

Disebabkan bahan yang digunakan melibatkan unsur kitar semula yang banyak, proses pembinaan ini terbukti mesra alam dan melibatkan kos kecil.

'Phantom' foto berharga RM23.5 juta


Foto 'Phantom'. Sumber www.lik.com
Foto 'Phantom'. Sumber www.lik.com
JURUGAMBAR landskap, Peter Lik mencipta rekod baru apabila seorang pengumpul persendirian (private collector) telah membeli foto beliau dengan harga USD6.5 juta atau RM23.5 juta.

Menurut The Guardian. foto tersebut, dinamakan 'Phantom' telah diambil di jurang gaung Arizona, Antelope Canyon. Sebelum ini, gambar termahal di dunia merupakan 'Thebes II' yang terjual pada harga USD4.3 juta, pada 2011.

Kanak-Kanak Lelaki Guna Pankreas Tiruan Pertama Di Dunia


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 4:16 PM
Xavier Hames (tengah) menjadi kanak-kanak pertama menggunakan pankreas tiruan seabagai kaedah rawatan diabetes.

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki dari Australia yang berusia empat tahun dipasang dengan pankreas tiruan yang dikatakan sebagai kaedah rawatan pertama seumpamanya di dunia bagi penyakit diabetes ketegori pertama.

Xavier Hames menjadi pesakit pertama selepas menjalani ujian klinikal untuk menggunakan peranti baru itu yang kelihatan seperti pemain mp3 yang dilekatkan pada tubuhnya menggunakan beberapa tiub dan dimasukkan di bawah kulit.

Sistem pam insulin itu berfungsi untuk menggantikan keperluan menguruskan kesan penyakit ini - yang berlaku apabila seseorang itu tidak menghasilkan insulin iaitu hormon yang mengawal gula darah - seperti melalui suntikan setiap hari.

"Teknologi ini meniru fungsi biologi pankreas untuk meramalkan paras glukosa rendah dan menghentikan penghantaran insulin," kata jabatan kesihatan di Australia Barat dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Remaja 13 Tahun Miliki Syarikat di Lembah Silikon AS


Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 2:56 PM
Shubham dikagumi ramai kerana keupayaannya menghasilkan mesin cetak Braille pada harga lebih murah.

REMAJA lelaki kacukan India dan Amerika menggemparkan dunia apabila membangunkan syarikat miliknya, Braigo Labs untuk menghasilkan mesin kos rendah bagi mencetak bahan Braille.
Usaha Shubham Banerjee yang baru berusia 13 tahun ini untuk mengeluarkan sistem bertulis untuk golongan cacat penglihatan.
Ianya bermula hanya dengan membentuk pencetak Braille menggunakan kit robotik Lego untuk projek sains sekolahnya tahun lalu selepas bertanyakan soalan mudah kepada ibu bapanya: "Bagaimana orang buta membaca? dan jawab mereka: "Cuba Google."
Shubham bersama ibunya, Malini (kirit), adik perempuan, 8 (tengah kanan), dan bapa, Niloy (kanak) di kediaman mereka di Santa Clara. 
Selepas melakukan penyelidikan secara dalam talian, dia terkejut apabila mendapat tahu mesin cetak Braille bernilai AS$2,000 dan menganggap ianya terlalu mahal untuk golongan istimewa itu terutama di negara membangun.
"Saya percaya harganya tak sepatutnya mahal dan tentu ada cara untuk menurunkan harganya," katanya yang akhirnya berjaya menghasilkan mesin cetak Braille berharga AS$350.
"Matlamat saya mungkin lebih ramai orang cacat penglihatan akan menggunakan mesin Braille saya," katanya yang menetap di Lembah Silikon berdekatan Santa Clara.
Anak kepada jurutera yang bekerja di ibu pejabat Intel, Niloy Banerjee ini bernasib baik apabila memperoleh peruntukan AS$35,000 daripada bapanya untuk menubuhkan syarikat berkenaan.
Peruntukan yang diterima digunakan Shubham untuk membangunkan mesin cetak berasaskan Lego yang lebih canggih dan kini bekerjasama dengan Intel menghasilkan model baharu, Braigo 2.0 yang boleh menterjemah teks elektronik kepada Braille sebelum dicetak.
Pencapaian Shubham juga membolehkan dia disenaraikan sebagai usahawan paling muda yang memperoleh modal niaga pada Sidang Kemuncak Modal Intel 2014.

Wednesday, January 21, 2015

Nelayan tertangkap ikan pra-sejarah ada 300 gigi


Ikan yu pra-sejarah yang berjaya dibawa naik ke darat
Ikan yu pra-sejarah yang berjaya dibawa naik ke darat
VICTORIA - AUSTRALIA. Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan.

Ikan yu tersebut atau frilled shark mempunyai badan seperti belut dan mempunyai 300 batang gigi.

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.

Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Ikan tersebut dipercayai sudah dijual.

UAE terkejut, teruja negara 'bersalji'

Koleksi gambar yang diambil orang ramai di Arab Saudi. - Foto sumber Twitter
Koleksi gambar yang diambil orang ramai di Arab Saudi. - Foto sumber Twitter
ABU DHABI - EMIRIYAH ARAB BERSATU. Penduduk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terkejut dan sebilangan yang lain teruja apabila hujan air batu atau hail stormmelanda Sweiham, Shahama dan Al Taweela.
 
Menurut India Today, keadaan unik berkenaan disebabkan cuaca yang tidak stabil dan dijangka berterusan sehingga 24 jam.
 
Beberapa penduduk sekitar mengganggap hujan air batu tersebut sebagai 'salji'.
 
Sementara itu, pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya berhati-hati kerana ribut taufan dan angin kencang akan berterusan.

Saudi risau ramai wanita tak kahwin

Manama: Penduduk Arab Saudi menggesa diadakan penyelesaian radikal bagi menangani fenomena wanita negara itu yang tidak berkahwin yang jumlahnya semakin meningkat.
Kembimbangan terbaru itu disuarakan oleh pengerusi Persatuan Penjagaan Keluarga Wiam, Mohammad Al Abdul Qadir.
Sekurang-kurangnya 1.5 juta wanita Saudi berusia lebih 30 tahun masih tidak berkahwin ketika ini.
Jumlah itu mewakili 33.4 peratus bilangan wanita negara itu, katanya.
“Kita perlu merangka wawasan baru untuk keluarga Saudi bagi 10 tahun akan datang. Kita perlu mencari penyelesaian berdasarkan penggabungan nilai perpaduan keluarga bagi menghadapi beberapa fenomena khususnya anak dara tua,” katanya.
Beberapa aktivis wanita berkata, jumlah wanita tidak berkahwin itu lebih tinggi, dua juta orang.
“Jumlahnya amat besar dan membimbangkan. Ia membayangkan bencana sosial boleh berlaku jika tiada penyelesaian radikal untuk mengatasi fenomena ini,” kata aktivis berkenaan.
Beberapa wanita Saudi bagaimanapun enggan mengkategorikan anak dara tua sebagai fenomena bahaya dengan berkata ramai wanita memilih untuk tidak berkahwin kerana mereka memang ingin membujang.
“Terdapat dalam kalangan mereka yang enggan berkahwin kerana sebab tertentu dan ada yang memilih untuk berjaya dalam hidup daripada mendirikan rumah tangga,” kata mereka.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:08 AM


SEBAHAGIAN wanita Saudi sengaja memilih untuk hidup membujang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25185#sthash.0FFDieWv.dpuf

TERBAKAR TIBA-TIBA

Chennai
Seorang bayi berusia enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di India.
Bayi itu dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.
Ibu bayi itu, K Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari selepas dilahirkan.
Sekumpulan doktor di hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.
Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”
Sementara itu, Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada 2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar tiba-tiba.
Dia mendakwa anaknya mengalami kejadian itu empat kali.
Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia tidak terbakar tiba-tiba.
Mereka sebaliknya berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.
Dalam pada itu, beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian seumpama itu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:12 AM


SEORANG doktor memeriksa bayi yang dikatakan terbakar tiba-tiba itu di hospital di Chennai, India.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25200#sthash.rW48p3Zp.dpuf

Tuesday, January 20, 2015

Bapaku suamiku




GAMBAR hiasan

Agensi
Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri.

Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.

Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.

Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah.

Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya.

Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu.

Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama.

Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu.

“Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.

“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.

Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey.

“Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.

Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 4:51 AM

RM5.4 juta untuk anjing kesayangan

New York: Seorang wanita mewasiatkan kekayaannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta) kepada anjing peliharaannya supaya haiwan itu boleh terus hidup dalam kemewahan.
Rose Ann Bolsany yang bekerja sebagai akauntan berbuat demikian kerana terlalu menyayangi anjing baka Maltese terrier itu yang diberi nama Bella Mia.
Anjing yang berusia tiga tahun itu bakal mewarisi harta seperti barang kemas, dana amanah dan rumah percutian.
Rose Ann, 60, menganggap anjing kesayangannya itu ‘hadiah daripada Tuhan’ dan akan memastikan ia sentiasa mewah.
Bella Mia hanya makan filet stik mignon untuk makan malam dan memiliki bilik tidur sendiri yang dipenuhi pakaian anjing.
Rose Ann yang berasal dari Queens, New York, berkata ketiga-tiga anaknya tidak marah dengan tindakannya.
“Anak-anak saya sudah besar dan berjaya. Mereka tidak memerlukan wang saya.
“Kami sudah biasa memberi kehidupan mewah kepada Bella Mia, sebab itu saya mahu memastikan dia mempunyai segala-galanya apabila saya sudah tiada nanti,” kata Rose.
Anjing itu pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Fesyen Haiwan Kesayangan New York dua tahun berturut-turut.
Sebelum ini, seorang pengusaha hotel New York, Leona Helmsley mewasiatkan hartanya bernilai £8 juta (RM43.3 juta) kepada anjingnya selepas kematiannya pada 2007.
Hakim kemudian terpaksa mengurangkan jumlah itu kepada £1.5 juta (RM 8.1 juta) apabila anjing yang bernama Trouble itu mati empat tahun kemudian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 4:53 AM








ROSE Ann bersama anjingnya, Bella Mia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24854#sthash.Eo8pJbrZ.dpuf

Bapaku suamiku

Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri.


Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.
Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.
Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah.
Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya.
Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu.
Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama.
Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu.
“Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.
“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.
Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey.
“Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.
Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 4:51 AM






GAMBAR hiasan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24852#sthash.rQjpdNb9.dpuf

Festival gusti unta jadi tarikan di Turki



BERIBU-ribu penonton menyaksikan satu perlawanan gusti unta di sebuah gelanggang di Selcuk, Turki kelmarin.


SELCUK, Turki – Beribu-ribu pelancong membanjiri bandar kecil ini untuk menyaksikan festival gusti unta yang merupakan acara tradisi dan diadakan setiap tahun di Turki.
Festival berkenaan yang dipercayai bermula sekitar 2,400 tahun lalu merupakan antara daya tarikan utama pelancong untuk mengunjungi bandar ini.
Dalam acara tersebut yang berlangsung sejak beberapa hari lalu itu, beratus-ratus ekor unta yang dihiasi fabrik berwarna-warni akan bertarung dalam sebuah gelanggang untuk untuk dinobatkan sebagai juara.
Berbeza dengan pertandingan laga lembu ganas, unta yang menyertai acara itu hanya menggunakan taktik menolak, mengepit kepala dan membentes kaki untuk menjatuhkan lawan.
Walaupun pertandingan tersebut dianggap tidak ganas tetapi aktivis-aktivis haiwan bimbang acara boleh mencederakan unta yang menyertainya.
Sejak beberapa tahun lalu, pihak penganjur telah membuat beberapa perubahan termasuk memperkenalkan kategori berat dan umur bagi memastikan setiap unta bertemu lawan yang setara. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3PJE7aClX 
Hakcipta terpelihara 

Anjing cacat melompat seperti kanggaru



DICK memberi anjing peliharaannya makanan ketika sedang bersiar-siar di sebuah taman di London, Britain.


LONDON – Seekor anjing berusia lima bulan yang kudung kedua-dua belah kaki hadapannya terpaksa melompat seperti seekor kanggaru untuk membantunya bergerak.
Anjing yang dikenali sebagai Roo itu, dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki hadapan menyebabkan ia terpaksa menggunakan kaki belakangnya untuk melompat seperti kanggaru.
Haiwan tersebut diselamatkan oleh sebuah badan kebajikan haiwan di sini sebelum diserahkan kepada seorang jururawat, Nikki Dick untuk dipelihara.
Dick, 50, berkata, Roo merupakan seekor anjing yang istimewa kerana ia berjalan tidak ubah seperti kanggaru.
Katanya, walaupun hanya menggunakan dua kaki belakang untuk berjalan tetapi ia mampu bergerak dengan pantas tanpa sebarang masalah.
“Sekali imbas pasti ramai menyangka Roo adalah seekor kanggaru kerana cara ia berjalan dan melompat hampir menyerupai haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3PJDvOoUf 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 19, 2015

Wanita Ini Mengalami Penyakit Aneh Tangannya Menampar Dirinya Sendiri.

 Kerana penyakit aneh ,tangan wanita ini menyerang dirinya sendiri. Penyakit aneh ini bernama "Alien Hand Syndrome" .Bayangkan diserang oleh salah satu tangan anda sendiri, yang berulang kali cuba untuk menampar dan memukul anda. Karen Byrne 55 tahun di New Jersey, yang menderita penyakit Alien Hand Syndrome.

Tangan kirinya, dan kadang-kadang kaki kirinya, berkelakuan seolah-olah itu di bawah kawalan sebuah mahluk asing. Keadaan Karen sangat menarik, bukan hanya kerana perkara tersebut sangat aneh tapi kerana memberitahu kita sesuatu yang mengejutkan tentang bagaimana otak kita sendiri bekerja.

Ini bermula selepas Karen menjalani pembedahan di usia 27 untuk mengawal epilepsi-nya, yang telah mendominasi hidupnya sejak ia berusia 10 tahun. Pembedahan untuk menyembuhkan epilepsi biasanya melibatkan pengenalan dan kemudian memotong bahagian kecil dari otak, di mana isyarat elektrik abnormal berasal.


 Ketika ini tidak bekerja, atau ketika bahagian yang rosak tidak dapat dikenalpasti, pesakit boleh ditawarkan sesuatu yang lebih radikal. Dalam kes Karen pakar bedah dia memotong corpus callosum-nya, sebuah band dari serat saraf yang membuat dua bahagian dari otak dalam hubungan berterusan.

Hasil pembedahan epilepsi dengan memotong corpus callosum Karen sembuh, tetapi meninggalkan dia dengan masalah yang sama sekali berbeza. Karen berkata kepada saya bahawa awalnya segalanya kelihatan baik-baik saja. Lalu para doktor melihat beberapa perilaku yang sangat aneh.

"Dr O'Connor mengatakan 'Karen apa yang kamu lakukan, tangan anda melepaskan pakaian anda?". Sampai dia mengatakan bahawa saya tidak tahu bahawa tangan kiri saya membuka butang kemeja saya.



"Jadi saya mula memasang butang baju saya kembali dengan tangan kanan, begitu aku berhenti, tangan kiri mula membuka butang. Maka ia segera melakukan panggilan kecemasan melalui ke salah satu dari doktor lain.

Masalah Karen disebabkan oleh perebutan kuasa berlaku di dalam kepalanya. Sebuah otak yang normal terdiri daripada dua belahan yang berkomunikasi satu sama lain melalui corpus callosum.



Belahan kiri, yang mengawal lengan kanan dan kaki, cenderung berada di tempat kemampuan berbahasa berada. Belahan kanan, yang mengawal lengan kiri dan kaki, sebahagian besar bertanggung jawab untuk kesedaran ruang dan pola mengakui. Biasanya otak kiri lebih analisis mendominasi, selepas final mengatakan dalam aksi yang kita lakukan.

Penemuan dominasi hemispherical berakar pada tahun 1940-an, ketika doktor bedah pertama kali memutuskan untuk merawat epilepsi dengan memotong corpus callosum. Selepas mereka telah pulih, pesakit kelihatan normal. Tapi di kalangan psikologi mereka menjadi legenda.

Itu kerana pesakit akan mendedahkan sesuatu yang bagi saya benar-benar menghairankan, dua bahagian otak kita masing-masing mengandungi semacam kesedaran yang berasingan. Setiap belahan akan mampu berdikari.
http://zamrispoon.blogspot.com

Kapten Dalam Pasukan Tentera British Tukar Jantina

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 12:50 PM

Kapten Hannah Winterbourne

> Hannah Winterbourne membuat keputusan menukar jantina selepas pulang dari Afghanistan
> Kapten berusia 27 tahun itu dilahirkan sebagai seorang lelaki normal
> Dia kini mencipta nama sebagai pegawai transgender yang pertama dalam sejarah tentera British
LONDON: Selepas pulang dari perkhidmatannya di Afghanistan, seorang kapten dalam pasukan tentera British telah membuat pengisytiharan terbuka yang dia adalah bekas seorang lelaki yang kini telah bertukar jantina kepada wanita.
Kini dikenali sebagai Kapten Hannah Winterbourne, pegawai itu mencatat sejarah sebagai transgender yang pertama dalam perkhidmatan tentera British.
Wajah Winterbourne selepas menjalani pembedahan pertukaran jantina.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama lelakinya dahulu atas alasan ia adalah sejarah silam yang tidak perlu dikenang lagi.
Sebagai kapten dalam Kor Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Hannah juga adalah transgender dengan pangkat paling tinggi dan satu-satunya sebagai pegawai bertauliah.
Berusia 27 tahun, Hannah dilahirkan sebagai lelaki normal dan menghabiskan beberapa tahun perkhidmatan awalnya dalam tentera sebagai pegawai lelaki.
Dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahaan jantina sebaik sahaja pulang dari Kem Bastion iaitu petempatan utama tentera British di Afghanistan.
Menurut akhbar The Sun, UK, Hannah berasa tertekan sepanjang perkhidmatannya di Kem Bastion di mana dia 'terpaksa' berkongsi khemah dengan enam pegawai lelaki yang lain.
"Ketika di Afghanistan saya terpaksa hidup dengan penuh kepura-puraan. Saya terpaksa berlakon di hadapan semua orang di sekeliling saya.
Winterbourne enggan mendedahkan nama asalnya dan menganggap ia sebagai kenangan masa lalu.
"Ini kerana di sana saya tidak mempunyai ruang langsung di mana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar kerana segala-galanya kami terpaksa berkongsi bersama," ujarnya.
Hannah mendedahkan yang dia tidak dapat merasai perubahan dalam dirinya ketika dia muda.
Bagaimanapun ketika dia meningkat dewasa dia merasakan yang dirinya bukan seorang lelaki tetapi seorang wanita.
Walaupun berhadapan dengan dilema, Hannah tetap mahu meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang askar.
Pada usia 15 tahun, dia memilih untuk melanjutkan pengajian menengahnya di sebuah kolej tentera.
Dia lulus dengan cemerlang dan ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian tingginya dalam bidang kejuruteraan elektronik di Universiti Newcastle.
Selepas menamatkan pengajian tinggi di Newcastle, Hannah meneruskan karier tenteranya di Akademi Tentera Sandhurst.
Winterbourne bimbang kerjayanya akan berakhir selepas dia mengubah jantina tetapi sebaliknya berlaku.
Dia menamatkan latihannya sebagai pegawai bertauliah dan terus dihantar bertugas di Jerman.
Ketika di Jerman, Hannah sudah bersedia untuk menukar jantina tetapi berbelah bahagi kerana tidak pasti apakah tanggapan rakan-rakan sepasukannya nanti terhadapnya.
Tidak lama kemudian, dia dihantar ke Afghanistan pula, dan di sanalah dia membuat keputusan muktamad untuk menukar jantina.
Sebaik sahaja dia kembali ke United Kingdom serta di tempatkan di Kem Catterick, Yorkshire Utara, dia muncul ke kem tentera sebagai pegawai wanita.
Kini, sudah lebih setahun Kapten Hannah bertugas dengan identiti yang baru.
Kapten Hannah mengakui yang keluarganya berhadapan dengan kesukaran untuk menerima perubahan fizikal pada dirinya tetapi mereka tetap memberi sokongan moral dan peribadi.
"Mereka bimbang saya tidak akan dapat mengharungi kehidupan baru ini secara normal tetapi sekarang sedikit demi sedikit mereka sudah dapat menerima saya seadanya," ujarnya lagi.
Keputusan untuk menukar jantina dibuat selepas pulang dari Afghanistan.
Mengenai kerjayanya pula, kapten itu mengakui yang dia pada mulanya beranggapan yang perkhidmatannya akan berakhir sebaik sahaja dia membuat keputusan untuk menukar jantina tetapi kemudian mendapati yang pihak tentera sebenarnya mempunyai polisi yang terbuka mengenai status transgender sejak 1999.
Selepas melalui proses pertukaran identiti, dia kini masih meneruskan khidmatnya sebagai kapten dalam Kor Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal Tentera Diraja British.

Robot mudah dikawal dijual RM3.5 juta


Sedutan video penerangan robot Kurata.
Sedutan video penerangan robot Kurata.
ROBOT yang diberi nama Kurata telah dibuka untuk jualan di laman belian popular, Amazon.co.jp dengan harga RM3.5 juta.

Kurata merupakan produk Suidobashi Heavy Industry, sebuah syarikat robotik di Jepun.

Melalui laman web belian tersebut, Kurata tersebut mudah untuk kawal dan boleh memuatkan seorang pemandu pada satu-satu masa.

Pembeli juga boleh memberi aksesori tambahan seperti senjata BB dan pelancar LOHAS, yang menembak botol air atau bunga api.

Menurut dailymail.co.uk, robot tersebut juga boleh dikawal menggunakan telefon bimbit melalui sistem 'Master-Slave system'.

Robot tersebut setinggi 13 kaki dan berat 4 tan - tidak termasuk pemandu.

Lukis potret guna aplikasi emoji



MODEL terkenal, Kim Kardashian antara selebriti popular yang dilukis Jake menggunakan simbol emoji.


LOS ANGELES – Seorang artis menggunakan simbol emoji untuk menghasilkan beberapa potret selebiriti terkenal yang menakjubkan.
Artis berkenaan, Yung Jake menghasilkan gambar potret tersebut menggunakan aplikasi Emoji.Ink yang membolehkan pengguna melukis gambar dengan simbol emoji.
Kebiasaanya pengguna menggunakan aplikasi berkenaan untuk menghasilkan gambar-gambar yang ringkas seperti padang rumput atau menulis nama mereka tetapi potret yang dihasilkan Jake dianggap sangat luar biasa.
Jake mampu menghasilkan potret yang bukan sahaja sangat terperinci tetapi imej selebiriti yang dilukisnya dilihat hidup.
Antara potret selebriti yang dihasilkan beliau termasuklah penyanyi terkenal, Miley Cyrus, model popular, Kim Kardashian dan pelawak, Jerry Seinfeld.
Jake memuat naik potret-potret berkenaan di laman Twitter miliknya dan mendapat pujian daripada pengguna di laman sosial. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3PDGji654 
Hakcipta terpelihara