Apartmen 5 tingkat yang dibina menggunakan pencetak 3D. - Foto CNet. |
Syarikat WinSun mengaku berjaya 'mencetak' 10 buah rumah kurang dari 24 jam pada Mac, tahun lalu menggunakan teknologi pencetak 3D, lapor portal CNet.
Pencetak 3D atau 3D Printer berkenaan menggunakan bahan binaan dan buangan dan simen yang kering dengan pantas, dicampur bersama unsur pengeras yang kuat.
Terbaru, WinSun membuat demostrasi kecekapan teknologi tersebut dengan mencetak apartmen 5 tingkat dan sebuah villa.
Villa bersaiz 11,840 kaki persegi tersebut cuma menelan belanja sebanyak RM582,000.00.
Apartmen dan villa tersebut dipamerkan di Taman Industri Suzhou.
Menurut laporan CNet, percetakan bahan binaan menjimatkan antara 30 hingga 60 peratus dan mempercepatkan proses pembinaan sebanyak 50 hingga 80 peratus.
Disebabkan bahan yang digunakan melibatkan unsur kitar semula yang banyak, proses pembinaan ini terbukti mesra alam dan melibatkan kos kecil.
No comments:
Post a Comment