SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki dari Australia yang berusia empat tahun dipasang dengan pankreas tiruan yang dikatakan sebagai kaedah rawatan pertama seumpamanya di dunia bagi penyakit diabetes ketegori pertama.
Xavier Hames menjadi pesakit pertama selepas menjalani ujian klinikal untuk menggunakan peranti baru itu yang kelihatan seperti pemain mp3 yang dilekatkan pada tubuhnya menggunakan beberapa tiub dan dimasukkan di bawah kulit.
Sistem pam insulin itu berfungsi untuk menggantikan keperluan menguruskan kesan penyakit ini - yang berlaku apabila seseorang itu tidak menghasilkan insulin iaitu hormon yang mengawal gula darah - seperti melalui suntikan setiap hari.
"Teknologi ini meniru fungsi biologi pankreas untuk meramalkan paras glukosa rendah dan menghentikan penghantaran insulin," kata jabatan kesihatan di Australia Barat dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

No comments:
Post a Comment