Pages

Wednesday, January 9, 2013

PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI




Umat Islam Cuba Hidup Berlandaskan Agama
Dalam bab-bab yang lepas, kita hanya meninjau keadaan negara-negara yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti, dan telah menganalisis penderitaan yang dikenakan ke atas mereka oleh kuasa-kuasa penakluk atau pun sistem pentadbiran yang bersifat menindas. Namun, banyak juga negara-negara di dunia ini yang memiliki penduduk Islam yang sedikit. Ber­juta-juta umat Islam sedang turut menderita di negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand.
Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem­bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me­neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber­landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng­asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.
Bab ini akan menghuraikan penderitaan-penderitaan yang dikenakan ke atas mereka, dan akan berusaha untuk mereka yang sedang menjerit meminta bantuan.
MYANMAR, Penduduk yang Berhadapan Dengan Kezaliman Penganut Budda
Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat seramai 48 juta orang, 15 peratus daripadanya beragama Islam. Bakinya kebanyakan beragama Budda. Umat Islam tinggal di kawasan Arakan yang terletak di negara tersebut.
Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi simpanan minyak dan gas asli, dan penduduknya telah memeluk Islam melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam me­mun­cak dengan penubuhan ke­rajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini telah bertahan selama 350 tahun, sehinggalah penganut Budda me­namatkannya dengan menakluki Arakan.
Serta-merta selepas umat Islam kehilangan kuasa politiknya pada tahun 1783, penganut Budda Burma telah memulakan polisi menindas dan malah secara fizikal cuba meng­hapuskan umat Islam. Negara ini kemudian dikoloni oleh British sehingga akhir abad ke-19.
Kempen anti-Islam yang di­lancarkan oleh penganut Budda semakin rancak pada abad ke-20, dan terjadilah peristiwa pem­bunuhan beramai-ramai di Arakan pada tahun 1942 yang meng­akibatkan kematian kira-kira 100,000 umat Islam. Beratus-ratus ribu yang lain pula sama ada lumpuh atau dihalau dari tanah mereka sendiri.
Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948 dengan berakhirnya pemerintahan British. Namun, pemerintah yang baru telah menjadikan kehidupan umat Islam lebih huru-hara. Jeneral komunis Ne Win, yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1948, telah menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat Islam. "Program Parti Sosialis Burma" telah menggunakan segala macam cara untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka.
Ini bermakna umat Islam telah kehilangan semua hak-hak politik. Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat hiburan ataupun kuil Budda. Mengerjakan haji, berkorban di bulan Haji, solat berjemaah dan segala macam bentuk ibadah yang lain telah diharamkan. Kesan daripada tekanan-tekanan yang dilakukan, sesetengah rakyat yang beragama Islam lari meninggalkan negara itu. Walaupun berlakunya per­pindahan, majoriti rakyat di Arakan masih beragama Islam. Jeneral Ne Win dengan itu meningkatkan lagi tekanan, dan melakukan tangkapan-tangkapan yang tidak sah dan seterusnya mendera mereka. Akibatnya, lebih sejuta umat Islam dipaksa meninggalkan Burma. Untuk menyembunyikan kebuasan yang dilakukan, kerajaan Burma enggan membenarkan kemasukan wartawan asing dan juga pelancong selama bertahun-tahun.
Rejim militari di Myanmar memulakan perang besar-besaran ke atas umat Islam, terutama ke atas masjid-masjid, para imam dan orang-orang soleh. Para pelajar Islam juga dipaksa menerima ajaran Buddha di Arakan. Wanita-wanita Islam dibawa ke kem-kem, dengan alasan untuk memberi “latihan profesional,” dan kemudian dirogol. Sesiapa yang didapati hamil akan dipaksa mengahwini mana-mana ahli pasukan keselamatan Buddha. Perkampungan dimusnahkan, rumah ditukar menjadi stesen polis, dan mereka yang kehilangan rumah berhadapan dengan kelaparan dan kemiskinan.
Berdasarkan kepada laporan pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa, kira-kira 20,000 umat Islam Arakan telah dibunuh oleh rejim penindas ini di antara tahun 1962 sehingga 1984. Beratus-ratus wanita diperkosa dan semua harta benda milik umat Islam telah dirampas. Komunikasi dalam negeri telah digunakan untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah terhadap Islam. Pada 1978, kerosakan yang dilakukan oleh askar memaksa lebih 200,000 umat Islam melarikan diri ke Bangladesh dalam keadaan yang sangat memayahkan. Mereka kembali di bawah perlindungan PBB pada 1979.60

Untuk menggambarkan Arakan sebagai sebuah wilayah Buddha, kerajaan Ne Win telah memulakan operasi pelarian di bawah nama “Naga Raja.” Rakyat yang tinggal di perkampungan-perkampungan kecil dipaksa berpindah ke kem-kem. Kampung-kampung dan masjid-masjid dimusnahkan, ramai yang dibunuh, dirogol, ditangkap dan didera. Pada tahun 1978, seramai 200,000 umat Islam meninggalkan Arakan dan melarikan diri ke Bangladesh. Namun kem-kem pelarian di negara itu hanya memberikan sebuah kemiskinan, kelaparan dan penyakit. Gambar-gambar ini sudah cukup untuk memeberikan idea tentang keadaan mereka yang berada di kem pelarian Rohingya.
Selepas perletakan jawatan Ne Win pada tahun 1988, pelbagai pentadbiran awam dan militari telah silih berganti, dan lebih dari 3,000 orang telah dibunuh dalam satu kebangkitan yang tercetus ketika itu. Pada 1992, kira-kira 700 orang umat Islam minoriti yang tinggal di sempadan Bangladesh telah dihapuskan. Lebih dari 1,000 orang menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994.
Kes wanita Islam yang dirogol dan didera di Myanmar masih terdapat dalam laporan hak-hak asasi manusia setiap tahun. Namun disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, Barat masih terus membisu.
DIMENSI-DIMENSI KEKEJAMAN
KEDIAMAN YANG MUSNAH
10-15,000
BERPINDAH
SEKITAR 2 JUTA
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI
200,000
ROGOL
20,000
BUNUH
20,000
TAHANAN
40,000
MASJID DIBAKAR DAN DIMUSNAHKAN
5,000
HILANG
50,000
MENGANGGUR ATAU TIADA TEMPAT BERGANTUNG
1 JUTA
Salah satu masalah paling berat yang sedang dihadapi oleh umat Islam yang tidak bersenjata di Myanmar ialah mereka tidak berupaya untuk berkomunikasi dengan dunia luar untuk memberitahu apa yang sedang terjadi ke atas diri mereka. Ini kerana kerajaannya menghalang seseorang dari memasuki negara itu dengan jalan darat, dan walaupun seseorang boleh memasukinya dengan jalan udara, namun banyak kawasan yang ditutup kepada orang asing. Adalah sesuatu yang sukar untuk mengetahui perkara-perkara yang dikenakan ke atas umat Islam Myanmar.
Satu lagi layanan buruk yang dikenakan berlaku pada tahun 1990-an, yang mana ketika itu kira-kira 200,000 orang lagi terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.61 Para pelarian yang lari dari penindasan Myanmar kemudian mendapati mereka sedang berhadapan dengan sebuah drama kemanusiaan yang menakutkan. Bangladesh merupakan sebuah negara Islam yang miskin, dan ia tidak mampu memberikan makanan dan tempat perlindungan kepada pelarian dari Myanmar, walaupun ia membenarkan kemasukan mereka.
Di sebalik kemiskinan teruk di kem-kem pelarian Rohingya (bawah), penganut Budda di Myanmar menikmati kehidupan yang mewah.

Semua umat Islam mesti menghayati tangisan dan jeritan meminta tolong dari Myanmar dan juga Bangladesh. Di dalam al-Quran, Allah mengarahkan manusia supaya membantu orang-orang miskin, mereka yang dihalau dari rumah dan juga mereka yang memerlukan. Ia menjadi satu tugas bagi setiap umat Islam untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada mereka yang dihalau, sedia berkorban untuk membantu mereka, dan memberikan sokongan serta menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka. Contoh-contoh tersebut telah diberitahu di dalam al-Quran, yang telah mem­berikan contoh terbaik yang patut diikuti oleh umat Islam terhadap mereka yang diusir dari tempat tinggal masing-masing:
Bagi para fakir yang ber­hijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka, (kerana) men­cari kurnia Allah dan keredaan-Nya, dan me­reka menolong Allah dan rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hasyr, 59:8)
Dan orang-orang yang telah berada di kota Madinah dan telah ber­iman (iaitu orang-orang Ansar) sebelum (ke­datangan) mereka (iaitu orang-orang Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Hasyr, 59:9)
Seperti yang telah diwahyukan di dalam Al-Quran, orang-orang mukmin adalah mereka yang menghulurkan tangan persaudaraan kepada seseorang yang mereka cintai. Apabila sikap yang tersangat mulia ini dapat diamalkan di seluruh dunia, maka sudah pastilah masalah kemiskinan dan juga masalah-masalah lain yang sedang dihadapi oleh para pelarian akan dapat diatasi.
FILIPINA, Umat Islam Bangsa Moro dan Si Kanibal Marcos
Ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa Fili­pina mempunyai jumlah penduduk Islam yang agak ramai, dan mereka sedang bergelut dengan pe­nin­dasan, penderaan dan polisi tidak ber­peri­ke­manusiaan selama ber­tahun-tahun. Namun umat Islam di Filipina telah dibunuh dengan kejam, dan mereka sedang menanti bantuan dari umat Islam di seluruh dunia bagi membolehkan mereka terus hidup.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Filipina adalah Katolik, walaupun situasi se­be­narnya begitu berbeza se­kali di bahagian selatan pulau, yang mana popu­lasinya adalah 70 peratus Katolik dan 30 peratus Islam. Umat Islam terdiri dari bangsa Moro di Min­danao dan juga umat Islam yang tinggal di Sulu. Kira-kira 97 peratus dari­pada penduduk Sulu ber­agama Islam.
Punca konflik di Fili­pina bermula pada tahun 1946, apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas Amerika meme­rintah selama bertahun-tahun. Tidak seperti umat Islam di Mindanao dan Sulu, kebanyakkan masya­rakat Kristian di Filipina tidak memberikan sebarang tentangan terhadap kolonialis Amerika dan menerima gabenor yang mentadbir kehidupan mereka. Amerika telah mendidik para pemimpin Filipina bagi membentuk sebuah pentadbiran yang pro-Amerika. Apabila Amerika berundur, ia telah meninggalkan kuasanya di bawah tangan Filipina, dan menerima Mindanao dan Sulu sebagai sebahagian daripada Filipina. Jadi, umat Islam di situ berada di bawah undang-undang Filipina.
Filipina telah mengenakan polisi-polisi yang mampu mengu­kuhkan lagi kekuasaannya, dan secara khususnya telah mengambil tanah umat Islam Moro. Undang-undang baru telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar tanah, tetapi ia telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlakulah perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti. Pada dekad di antara 1966 dan 1976, 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan tanah umat Islam.
Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam telah menubuhkan "Pergerakan Kemerdekaan Muslim" (MIM), yang bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan, dan tidak lama kemudian hilang begitu sahaja. Kerajaan pusat tidak menimbangkan langsung perkembangan itu, sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi polisi-polisi anti-Moro. Pada masa yang sama, Marcos mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Pasukan Bersenjata Filipina. Tidak lama selepas itu, beliau mengumumkan undang-undang tentera, dengan ber­justifikasi bahawa ia bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang Islam di negara itu. Beliau kemudian menggantung Perlembagaan, dan akhirnya menjadi seorang diktator yang memerintah keseluruhan negara.
Sejak waktu itu, Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam, yang telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan. Kira-kira 50,000 orang Islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Kumpulan penentang Islam bagi menjatuhkan Marcos telah dikelolakan oleh anak-anak muda yang mendapat latihan di Timur Tengah pada tahun 1960-an. Kemunculan secara tiba-tiba dan menyeluruh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah menumbangkan rejim Marcos. Berlaku pertempuran berdarah di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.


Sejarah umat Islam Moro di Filipina dipenuhi dengan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai. Sewaktu rejim Marcos berkuasa, kampung-kampung dibakar, masjid-masjid yang terdapat orang di dalamnya dibom, dan rogol beramai-ramai dilakukan. Malah sehingga kini serangan dan penderaan masih diteruskan, dan konflik telah berlaku selama bertahun-tahun. Apa yang umat Islam Moro mahukan cuma kedamaian dan keselamatan, dan sebuah negara yang bebas yang mana mereka dapat hidup dengan agama yang dianuti.


Marcos telah menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih khas bagi menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya, terutama sekali MNLF. Kumpulan-kumpulan ini, paling kejam dipanggil Ilaga, telah melakukan tindakan-tindakan yang sangat mengerikan. Majalah berbahasa Turki Nokta telah menceritakan tentang perihal mereka di dalam sebuah artikel yang bertajuk "Kanibal Marcos":
Encik Kassam telah dihentak. Beberapa cebisan-cebisan otak terkeluar dari tengkoraknya. Lelaki bersenjata yang lain berebut-rebut untuk mendapatkan cebisan-cebisan tersebut. Ahli-ahli kumpulan Ilaga berpendapat bahawa meminum darah dan memakan daging musuh mampu membuatkan mereka kebal. Satu kekebalan yang dahsyat!... Ahli kumpulan Ilaga, yang ditubuhkan pada tahun 1970-an sewaktu kebangkitan Islam, telah mendera beribu-ribu umat Islam sehingga mati. Mereka percaya bahawa mereka mendapat kuasa yang sangat luar biasa dengan meminum darah dan memakan daging manusia yang telah mereka bunuh... Mereka akan menyerang kampung-kampung dan membunuh penduduk dengan kejam. Serangan-serangan itu kemudiannya berubah menjadi rampasan dan rompakan. Sebuah botol yang dipenuhi dengan telinga manusia telah ditemui di sebuah perkampungan Mindanao baru-baru ini, para pemiliknya masih belum lagi dikenal pasti.63
Perkampungan-perkampungan Islam telah dibakar sewaktu serangan tersebut, dan harta benda milik bangsa Moro dirompak. Namun hanya sedikit yang berubah apabila Marcos ditumbangkan dalam satu pemberontakan pada tahun 1986. Penggantinya, Corazon Aquino bercadang untuk menceroboh dan menghapuskan umat Islam dengan cara yang lain. Sewaktu pemerintahan Aquino, operasi ketenteraan dan pemberontakan telah diperkuatkan dan kerajaan secara terbuka mengisytiharkan peperangan menentang pergerakan-pergerakan Islam. "Polisi perang total" telah dilakukan oleh Presiden Aquino, yang mengakibatkan penyingkiran lebih sejuta rakyat Filipina. Bangunan-bangunan sekolah dan gereja digunakan sebagai tempat berlindung keluarga-keluarga yang melarikan diri.64
Penentangan ke atas umat Islam diteruskan selepas Aquino. Perhubungan kemudian menjadi baik buat beberapa ketika, sebelum ia menjadi tegang semula apabila masjid-masjid dibom pada tahun 1994. Di sebaliknya, hakikat bahawa sebuah pertubuhan radikal dan prokeganasan yang menindas asas-asas Islam pada masa yang sama telah memburukkan lagi keadaan. Penyelesaian terhadap masalah di Filipina hanya dapat ditemui sekiranya Manila meninggalkan polisi-polisi lapuknya yang bersifat menindas. Manila juga mesti mengiktiraf hak-hak umat Islam di bahagian selatan, dan jika pergerakan-pergerakan teroris yang muncul dengan mendakwa mereka mewakili umat Islam tetapi sebenarnya hanya membawa kerosakan, dapat dihentikan dari terus berleluasa.
KEMBOJA, Kebencian Terhadap Islam Selama Bertahun-Tahun
Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, yang berada di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Elemen paling penting dalam pertanian ini ialah tanaman padi beras yang banyak terdapat di negara itu.
Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Budda di situ. Umat Islam juga membentuk sebuah minoriti yang lain.




Umat Islam di Kemboja dilarang hidup berlandaskan agama, menggunakan abjad Arab, ataupun menunaikan solat. Sesiapa yang melanggar larangan-larangan tersebut akan dihukum dan dibelasah teruk. Rakyat menjadi semakin miskin: Harta benda peribadi telah dirampas oleh kerajaan dan hak-hak mereka dicabuli. Mereka mati akal untuk menentang penindasan kerajaan. Satu-satunya cara yang mereka ada ialah melarikan diri. Gambar ini menunjukkan umat Islam yang lari dari penindasan di bawah keadaan yang amat susah.
Islam datang ke Kemboja melalui jalan laut, dibawa oleh pedagang dan pelayar Islam. Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1975, masih terdapat kira-kira 75 buah masjid yang bersejarah di negara ini.
Kita sudah pun meng­kaji kebencian komunisme terhadap agama dan pem­bunuhan kejam yang di­lakukan oleh komunis ke atas tanah penduduk Islam. Contohnya, rejim Maoist Khmer Rouge ada­lah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia men­dapat kuasa melalui so­ko­ngan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini ber­kuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.
Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhir­nya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menu­buh­kan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem peme­rintahan yang memiliki sebuah parti politik sa­haja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge me­mutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar - ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual - telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.
Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun meng­amalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai "aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan," dan dengan itu pembunuhan pun bermula. Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah "padang pembunuhan." Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.
Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisy­tiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.
The Black Book of Communism telah menggambarkan kebuasan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham:
Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak... Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65
Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.
Sehingga hari ini sekali pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Vietnam turut memusnahkan semua artifak-artifak bersejarah yang mereka temui. Ketika ini terdapat hanya 20 buah masjid kecil yang masih berdiri di Kemboja.
Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh. Seperti juga Chechnya dan Turkestan Timur, peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.
TANZANIA: Tekanan Tidak Dapat Menghentikan Kebangkitan Kesedaran Islam
Umat Islam tiba di Tanzania yang terletak tengah-tenggara Afrika melalui sub-benua India. Kesan daripada aktiviti-aktiviti dakwah, masyarakat tempatannya telah meninggalkan gaya hidup kafir dan lalu memeluk agama Islam. Agama Islam dianuti oleh kira-kira 120 buah suku kaum di Tanzania.
Walaupun lebih separuh daripada masyarakatnya beragama Islam (dalam 55 peratus), umat Islam masih dilayan seperti puak minoriti. Masyarakat Kristian yang men­jadi minoriti memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam me­wakili lebih dari separuh po­pulasi Tanzania, namun negara ini masih digambarkan sebagai separuh Kristian dan separuh "agama tempatan." 9 juta umat Islam sedang berhadapan dengan polisi sistematik Kritianisasi. Para pelajar sekolah menengah yang gagal mengamalkan ajaran Kristian akan disingkirkan. Dengan cara yang sama, badan-badan dan pertubuhan-per­tubuhan Islam adalah di­larang, begitu juga dengan penyebaran Islam. Kerajaan juga turut meng­haramkan bahasa Arab dan me­nunaikan haji. Walaupun kera­jaan Tan­zania melakukan polisi-polisi sedemikian, jumlah umat Islam di sana terus meningkat setiap hari.
Salah satu daripada polisi kerajaan yang bermatlamat untuk mengkristiankan masya­rakat adalah dengan me­nu­buhkan sistem kepercayaan Islam/Kristian di bawah nama Pergerakan Pembaharuan Islam. Rakyat adalah alat, dan sebagai sebahagian daripada polisi ini, mereka diberitahu supaya tidak perlu mengamalkan asas-asas Islam dengan begitu banyak. Mereka yang menentang ke­percayaan yang mengelirukan ini akan dipenjara, atau dibunuh, atau dihalau keluar dari negara.
SRI LANKA, Terorisme yang Ditujukan Terhadap Umat Islam
Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak bersalah. Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3 Mei 2001. Umat Islam Sri Lanka telah membina sebuah laman web bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan di dalamnya mereka cuba menggambarkan penderitaan yang sedang mereka alami seperti berikut:
...Kami umat Islam, secara asas­nya, adalah sebuah masyarakat yang menjalankan aktiviti per­niagaan dan perdagangan, de­ngan per­kembangan terkini kami menceburkan diri dalam pelbagai lapangan profesional. Sumbangan kami terhadap pem­bangunan dan perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa po­sitif dan kami semenjak dahulu lagi telah membentuk pehubungan yang mesra dan rapat dengan semua komuniti yang tinggal bersama-sama kami.
Isu kumpulan pemisah Hari­mau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawa­san-kawasan yang terjejas di ba­hagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sin­halese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan kami, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi kami


Rejim Kristian di Tanzania melakukan kezaliman melampau bagi menentang masyarakat Islam majoriti. Satu-satunya sebab terjadinya pergaduhan seperti yang ditunjukkan adalah kerana mereka beragama Islam. Beberapa orang telah diserang polis kerana mereka memiliki Al-Quran di dalam kereta ataupun kerana melakukan solat berjemaah. Orang muda yang mahu mempelajari agama telah dihalang. Menyebarkan Islam, mempelajari bahasa Arab dan pergi menunaikan Haji adalah diharamkan di Tanzania, walaupun jumlah umat Islam di sana semakin bertambah setiap hari.
Kami adalah masyarakat minoriti yang mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap lapisan masyarakat, memastikan kami dibenarkan untuk hidup dengan agama kami dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan sejak dahulu lagi... Kami bukannya sebuah masyarakat yang sukakan perpecahan dan keganasan seperti Tamil. Kami tidak suka menentang dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang lain... Apa yang kami cari ialah kehidupan penuh sopan supaya kami dapat hidup aman dan selesa, meneruskan penyembahan kami terhadap Yang Maha Besar, menjalankan perniagaan dan profesion kami, dan mendidik serta membesarkan anak kami dengan cara yang mulia.66
Petikan di atas adalah bersumberkan kesedaran umat Islam Sri Lanka. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai keamanan dan keselamatan yang dicari-cari. Dalam serangan terbaru sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam telah dimusnahkan.
Umat Islam Sri Lanka sering diserang, didera dan dirompak setiap hari. Di dalam laman web yang mereka bina bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, mereka mengatakan apa yang mereka mahu ialah kebebasan untuk hidup berlandaskan agama, membesarkan anak-anak mereka dalam keadaan beriman, dan juga sebuah kehidupan yang aman dan selamat. Namun demikian, siri-siri serangan semakin menjadi perkara rutin dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Ali Sahir Moulana, seorang ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella.
PATTANI, Kezaliman yang Tidak Berperikemanusiaan yang Dilakukan Ke Atas Umat Islam Thailand
Kawasan pergunungan dan perhutanan Pattani adalah yang terkaya di Thailand, dan ia menjadi sumber 35 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Namun demikian, umat Islam Patani, yang mem­bentuk kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan populasi seramai 55 juta orang, sedang ditekan dan ditindas sejak 200 tahun, dan kini sedang berhadapan dengan polisi genocide.
Penderitaan umat Islam Pattani yang pertama bermula pada tahun 1782 apabila Dinasti Rama mula berkuasa di Pattani. Dinasti ini memindahkan ibu negaranya ke Bangkok dan seterusnya mewujudkan sebuah sistem pentadbiran moden. Pada waktu itu, pergaduhan berlaku di antara umat Islam Pattani dan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai orang-orang Siam, dan ia berlarutan selama beberapa hari. Banyak bandar-bandar Pattani yang habis dibakar, ibu pejabat militarinya dimusnahkan, dan kira-kira 4,000 orang umat Islam Pattani dipenjarakan oleh Siam sepanjang tempoh berlakunya pergaduhan itu.
Siam dengan kejam mendera mereka yang dipenjarakan, membawa mereka ke Bangkok dengan mengikat di antara satu sama lain dengan tali yang yang dikenakan pada telinga dan kaki mereka dengan menggunakan jarum, dan memaksa mereka bekerja mengorek terowong tanpa diberikan sebarang peralatan dan perkakasan.67 Sultan Pattani turut dibunuh dengan kejam oleh Siam. Thailand telah terbahagi kepada 7 kawasan selepas peperangan, dan Pattani dipaksa membayar cukai, dan berada selama 70 tahun yang berikutnya di bawah kawalan Siam. Umat Islam Pattani mendakwa bahawa mereka bukannya berbangsa Siam, dan mereka juga bukannya berbangsa Thailand, tetapi lebih kepada Indonesia dan Malaysia. Sebenarnya, mereka menggunakan Bahasa Melayu, iaitu bahasa umat Islam Malaysia. Walaupun bahasa tersebut telah ditulis dalam huruf Arab selama beratus-ratus tahun, mereka telah dipaksa untuk meng­gunakan huruf Roman oleh kerajaan Thailand.
Pada tahun 1909, Siam menganugerahkan kepada Pattani sesuatu yang konon­nya dipanggil kemerdekaan, walaupun polisi menindas kerajaan Thailand tidak ber­ubah sama sekali. Umat Islam Pattani bangkit bagi menuntut kemerdekaan se­benar selama berkali-kali, tetapi pasti dikalahkan de­ngan kejam sekali, lalu me­nyebabkan mereka ber­hijrah beramai-ramai ke Malaysia.
Lebih dari 36,000 umat Islam telah dibunuh setakat ini dalam pembunuhan di Patani. Jumlah mereka yang cedera dan cacat adalah jauh lebih tinggi. Umat Islam Patani masih berjuang bagi mempertahankan identiti keIslaman mereka.
Para pemerintah Thai terus menjalankan polisi mene­kan dan asimilasi yang bertujuan untuk me­ma­dam­kan identiti Islam Pattani. Tindakan yang pertama ber­laku pada tahun 1932, apabila pertubuhan-pertubuhan pendidikan Islam telah di­haramkan dari menjalankan sebarang kegiatan. Polisi penghapusan yang lebih besar telah dimulakan pada tahun 1944, dan mengakibatkan umat Islam Pattani dan ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh para penganut Budda. Pengamalan rukun-rukun Islam dilarang sama sekali, dan ajaran Budda mula disebarkan kepada masyarakat. Ajaran Buddhisme menjadi wajib di sekolah-sekolah, dan para pelajar Islam dipaksa mengamalkan ajaran-ajaran Budda.
Selama bertahun-tahun, para pemerintah Thailand telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Pattani. Pada tahun 1944, 125 buah keluarga Islam yang tinggal di Belukar Samak telah dibakar hidup-hidup. Polisi-polisi asimilasi yang dilaksanakan oleh Thailand dapat dilihat dan dirasai dalam setiap aspek kehidupan. Banyak menara-menara yang diruntuhkan di Pattani.
Sebagai sebahagian daripada polisi asimilasi ini, keseimbangan demografi di kawasan Pattani turut diubah apabila orang-orang Budda digalakkan supaya berpindah ke sana. Patung Budda terbesar di Thailand telah ditegakkan di Pattani, dan umat Islam dipaksa supaya menyembahnya. Sesiapa yang enggan telah dibunuh atau dicampakkan ke Kota River.
Pada masa yang sama, tempat perlindungan pejuang kebebasan Pattani telah diruntuhkan oleh kerajaan Thailand dan beratus-ratus rakyat Pattani yang tidak bersalah telah didera. Para ulama Islam yang terkenal telah mati di bawah keadaan yang sangat mencurigakan di pusat-pusat kesihatan milik kerajaan Thailand. Pembunuhan dan kehilangan yang tidak berkesudahan sudah menjadi darah daging kehidupan.
Perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan oleh umat Islam Pattani, yang sedang mengalami penderitaan, bermula selepas Perang Dunia II dan berterusan sehingga ke hari ini.
sumber

KESIMPULAN

Era Kebangkitan Ummah; Zaman Keemasan
Di awal-awal bab buku ini, kita telah pun membincangkan tentang dunia Islam yang kucar-kacir dan konflik-konflik yang semakin meningkat. Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, pen­deritaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama. Para pembaca mung­kin terkejut dengan kisah-kisah yang di­dedahkan ini. Seseorang yanga gagal berfikir sedalam-dalamnya mungkin akan melakukan kesilapan dengan menganggap adalah sesuatu yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, dan juga menganggap apa sahaja yang dilakukan tidak akan membawa sebarang keputusan yang positif. Namun pada hakikatnya, ia berbeza sama sekali. Apa yang sedang berlaku adalah satu berita baik dan setiap inci perkara adalah satu tanda kedatangan zaman penuh rahmat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kata lain ia adalah petanda kepada Akhir Zaman.
Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman
Konsep "Akhir Zaman" mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.
Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah mene­rangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.
Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih meng­gembirakan.
Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai "zaman tanpa senjata," dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:
...kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah)
Pertempuran akan meletakkan senjatanya (Sunan Ibnu Majah)
Seperti yang telah diberitahu oleh hadith tersebut, sewaktu Zaman Keemasan, wujud sebuah ikatan yang baik di antara masyarakat yang berbagai-bagai, terutama sekali mereka yang pernah berkonflik, dan persaudaraan serta kasih sayang akan menggantikan konflik yang pernah berlaku.
Umat Islam Pernah Menghadapi Kesukaran yang Sama Dahulu
Sepanjang buku ini kita telah melihat banyak penerangan-penerangan terperinci tentang penderitaan yang berlaku di negara-negara Islam, termasuk pengeboman hospital bersalin di Chechnya, pembunuhan kejam ke atas wanita hamil di Bosnia, dan pembunuhan ke atas kanak-kanak kecil yang dilakukan oleh askar-askar Israel di Palestin. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk lagi pernah dirasai oleh masyarakat Islam di zaman dahulu. Para pemerintah ateis atau pun pemimpin terkenal dari pelbagai bangsa telah mendera utusan-utusan yang dihantar kepada mereka dan juga masyarakat yang beriman. Mereka telah mengusir rakyat yang tidak bersenjata dari tanah air mereka dan terus menindas mereka. Salah satu contoh paling jelas ialah Firaun. Sewaktu Firaun menikmati hidup yang penuh mewah, pemerintah Mesir purba ini telah menyebabkan penderitaan ke atas umat Islam di waktu itu, dengan kata lain ke atas kaum Bani Israel. Allah telah menggambarkan penderitaan kaum Bani Israel di dalam al-Quran:
Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Firaun) dan para pengikutnya; mereka mengenakan seksaan berat ke atas kamu, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan anak-anak perempuanmu hidup. Dan pada yang demikian itu ada ujian-ujian yang besar dari Tuhanmu. (Al-Baqarah, 2:49)
Satu rahsia penting telah diberitahu menerusi ayat ini: Kekejaman Firaun adalah untuk menguji keimanan seseorang. Dengan cara yang sama, Allah mahu menguji umat Islam pada hari ini dengan kekejaman yang sama. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia ini dan juga syurga-Nya yang penuh dengan segala nikmat di Hari Akhirat nanti. Kenikmatan yang tidak terbatas di syurga adalah sebagai balasan ke atas orang-orang beriman yang telah hidup di dalam dunia yang sementara ini. Banyak masyarakat Islam yang telah mengalami kepayahan serupa di zaman dahulu, dan ia diuji lagi ke atas umat Islam hari ini. Allah telah menerangkannya seperti berikut:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)
Seperti yang kita dapat lihat menerusi ayat ini, orang-orang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah dengan kesusahan dan masalah, namun Allah sentiasa memberikan bantuan. Di samping itu, seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, pertolongan itu pasti datang segera.
Apabila Moral Islam Menguasai Dunia, Kekejaman Akan Berakhir
Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada dominasi Islam di serata dunia. Terdapat banyak persamaan di antara semua ini dengan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi Muham­mad s.a.w. tentang Zaman Keemasan. Memandangkan zaman ini tidak datang di zaman kita, jelaslah bahawa dominasi Islam yang meluas yang diceritakan di dalam al-Quran sebenarnya merujuk kepada Akhir Zaman yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. Di sini adalah beberapa contoh berkenaan dengan kekuatan dan kekuasaan yang diberikan terhadap mereka yang mengikut ajaran-ajaran al-Quran:
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mem­per­sekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)
Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujaadilah, 58:21)
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap me­nyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala-segala agama meski­pun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (Ash Shaff, 61:8-9)
Juga telah menjadi ketetapan Allah, yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:
Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa', 21:105)
Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka me­mohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa', 21:18)
Kekayaan Yang Melimpah Ruah di Zaman Keemasan
Di samping kedamaian dan keselamatan, Zaman Keemasan juga adalah suatu zaman yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah dari segi hasil keluaran dan barangan. Setiap insan akan menikmati lebih dari apa yang diingini, dan tidak wujud kelaparan dan kemiskinan. Orang-orang mukmin, dan mereka yang berusaha di jalan Allah, akan menerima segala kebaikan terhadap apa yang mereka usahakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Kekayaan yang dapat dirasakan pada setiap masa adalah datang dari kemurahan Allah yang diberikan kepada mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran. Segala amal kebaikan mereka akan dipulangkan dalam bentuk kekayaan yang melimpah-ruah. Di dalam satu ayat, Allah telah menggambarkan kemewahan yang akan dinikmati oleh orang-orang mukmin yang sedia mengorbankan harta benda mereka di jalan Allah:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)
Banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang masa tersebut yang mana kemewahan hasil keluarannya adalah tersangat banyak sehingga mereka tidak tahu hendak diberikan kepada siapa:
Sewaktu (zaman) itu, umatku akan hidup dengan selesa dan bebas yang tidak pernah mereka bayangkan. (Tanah) akan mengeluarkan hasil tanaman dan menumbuhkan apa sahaja dan harta benda ketika itu adalah melimpah-ruah. (Sunan Ibnu Majah)
....Penduduk langit dan bumi akan berasa gembira. Bumi akan menumbuhkan apa sahaja, dan langit akan me­nurunkan hujan dengan selebat-lebatnya. Daripada segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada penduduk bumi, yang hidup akan berharap agar yang mati dapat hidup semula. (Yanabi' al-mawadda, Jilid 2, halaman 177)
Bumi akan bertukar menjadi seperti dulang perak yang menumbuhkan sayur-sayuran...(Sunan Ibnu Majah)
Apabila ajaran al-Quran diamalkan, setiap lapisan masyarakat akan menikmati sebuah persekitaran yang adil, aman dan selamat. Kesannya, manusia akan berpaling dari kesalahan, kejahatan, penipuan dan maksiat. Hadith di bawah menerangkan tentang zaman yang penuh adil itu:
Bumi akan dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana ia pernah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. (Riwayat Abu Daud)
Hati-hati manusia akan dipenuhi dengan ketaatan, dan keadilan wujud di mana-mana. (Bihar al-anwar, Jilid 51, halaman 74)
Berita Baik Zaman Keemasan
Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.
Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini. Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.
Adalah salah untuk berkata, "Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya." Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan. Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama.
Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk meng­hapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21:18)
Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.
Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM

SYRIA
Sejarah Ngeri Penindasan yang Disembunyikan Dari Mata Dunia
Umat Islam di Syria, sebuah negara yang diperintah oleh Parti Baath yang merupakan nasionalis Arab sejak tahun 1963, telah mengalami penderitaan dan penin­dasan sejak tahun 1920-an lagi.
Syria yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11 peratus Syiah, dan 9 peratus Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan warisan budaya yang sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.
Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthma­niyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula se­hinggalah ia dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah dipisahkan daripadanya.

Hafez al-Assad
Polisi penindasan selama 26 tahun yang berakhir dengan ke­mer­dekaan pada tahun 1946 adalah serupa dengan apa yang dikenakan oleh Pe­rancis ke atas Algeria, Tunisia, dan banyak lagi negara-negara Islam yang lain. Rakyat Syria telah memulakan kempen me­nentang selepas penaklukan Perancis. Perancis dengan kejamnya telah membunuh puluhan ribu rakyat dan mengebom banyak bandar-bandar besar. Kebangkitan yang berlaku telah dihapuskan dengan kejam, namun Perancis menyedari bahawa hari-hari mereka berada di Syria sedang dihitung.
Perancis terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II, dan ia akhirnya menerima kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Namun demikian, mereka meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan sering terdedah kepada konflik. Mandat Perancis yang dikenakan ke atas Syria selepas Perang Dunia I telah memberikan lebih manfaat kepada puak Syiah berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah percaya kepada kesucian Saidina Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian ke atas Nabi Isa a.s.). Pentadbiran Perancis telah meletakkan minoriti Syiah dalam jawatan-jawatan penting kerajaan, lalu menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan di antara dua golongan tersebut. Ramai pakar di Timur Tengah berpendapat bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan militari yang tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Berikutan dengan kemerdekaan tersebut, perkara penting yang berlaku ialah puak Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan kedudukan golongan ahli sunnah wal jama'ah yang telah lama menerajui perkembangan politik dan ekonomi tanah air.
Selepas kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa. Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad. Rejimnya telah menamatkan rampasan kuasa tetapi telah mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang bersifat menekan. Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan. Kesemua pergerakan Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.
Kekejaman dan Penindasan, Simbol Era Assad

Penduduk Hama, yang dikenali kerana berpegang teguh dengan Islam, telah dibunuh dengan kejam dalam satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai selama 27 hari, yang didalangi oleh adik kepada pemimpin Syria Hafez al-Assad, iaitu Rifaat.
Matlamat utama rejim Baath adalah untuk memadamkan identiti Islam Syria. Bagi mencapai hasrat ini, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah ditahan tanpa sebab dan kemudiannya didera. Kebanyakannya telah dikenakan hukuman, dan yang lain hilang begitu sahaja. Rejim Assad telah melakukan tindakan-tindakan seperti merogol wanita, memukul mereka sehingga mati dan menggantung mereka pada bahagian kaki. Rejim ini juga cuba untuk memusnahkan masyarakat Islam dengan menyerang rumah-rumah, masjid dan melakukan penghinaan dan kekacauan yang tidak pernah putus, dan se­sungguhnya mereka amat gembira melakukannya.
Contoh paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang membawa kepada penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat berkuasa di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 umat Islam ke­hilangan nyawa kesan daripada kebuasan rejim Assad selama 27 hari itu.
Terdapat banyak lagi pembunuhan yang dilakukan oleh Assad selama 3 dekad sebagai seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang melarikan diri dari Assad masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian. Terdapat kira-kira 1 juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.
Di sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang mengambil alih pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar signal yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria. Kami berharap signal ini akan membawa kepada satu perubahan positif dan seterusnya membolehkan Syria bebas, aman dan menjadi sebuah negara yang adil. Tiada seorang pun yang ditekan disebabkan oleh kepercayaan dan asal-usul keturunannya.
Namun demikian, kita harus ingat bahawa tiada satu pun masalah sosial di Timur Tengah dan di kawasan-kawasan Islam lain yang tidak memiliki jalan penyelesaian. Sekali pandang, memanglah masalah yang berlaku di kawasan tersebut sangat kompleks dan tidak dapat diselesaikan sama sekali. Namun demikian, jalan penye­lesaiannya di cari selama beratus-ratus tahun di tempat yang salah. Jawapan kepada permasalahan itu ialah dengan hidup berlandaskan ajaran Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada seluruh manusia. Menjadi lemah dalam menghadapi situasi sedemikian adalah tidak patut bagi diri umat Islam. Ini kerana Allah, yang telah menciptakan segala-galanya, yang membina sebuah sistem yang membolehkan manusia hidup di dalamnya dalam aman, sejahtera dan selamat, dan telah mewahyukan semua itu kepada manusia melalui al-Quran. al-Quran telah menunjukkan kepada kita jalan yang sebenar bagi setiap perkara, seperti yang diterangkan dalam ayat berikut, "...Kami turunkan kepada kamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi Muslimin." (An-Nahl, 16:89)

Adik kepada Hafez al-Assad, Rifaat telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Hama selama 27 hari yang bermula pada 2 Februari 1982. Rifaat telah diberikan kuasa sepenuhnya oleh abangnya, dan dia mengarahkan 12,000 orang askar, termasuk pasukan-pasukan khas. Satu pertiga dari bumi Hama yang diduduki seramai 350,000 orang telah dimusnahkan. Seramai 30-40,000 orang telah dibunuh dan tiada berita tentang 15,000 yang lain. Beribu orang penduduk terpaksa melarikan diri. Masjid-masjid dan bangunan bersejarah telah diruntuhkan. Kerajaan Syria telah mengambil tindakan bagi memastikan berita tentang peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan wartawan asing. Segala bentuk komunikasi denga bandar tersebut telah diputuskan, dan tiada siapa yang dibenarkan masuk atau keluar. Walaupun begitu, mereka tetap gagal untuk menyembunyikan pembunuhan beramai-ramai yang kejam.
Sekiranya ajaran moral terbaik yang diberitahu di dalam al-Quran dapat difahami dan seterusnya diamalkan, maka segala masalah yang sedang berlaku di dunia ini akan dapat diselesaikan dengan mudah. Memandangkan jalan penyelesaiannya adalah hidup berdasarkan ajaran al-Quran, maka mereka yang memiliki kesedaran adalah bertanggungjawab untuk menerangkan al-Quran kepada orang lain. Di dalam al-Quran, para utusan Allah telah menerangkan tanggungjawab mereka seperti berikut:
Kami hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan dengan jelas. (Yaasin, 36:17)

Allah menyeru kepada keamanan dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Yunus, 10:25)
sumber

Saintis temui banyak planet seperti Bumi



Saintis menemui kira-kira 17 bilion bintang mengandungi planet sebesar Bumi, sekali gus meningkatkan peluang untuk menemui planet kedua yang boleh didiami manusia. - AGENSI
WASHINGTON 8 Jan. - Bima Sakti mengandungi kira-kira 17 bilion planet yang mempunyai saiz seperti Bumi, sekali gus meningkatkan peluang untuk menemui planet kedua yang boleh didiami manusia, menurut kajian terbaharu yang didedahkan semalam.
Ahli astronomi yang menggunakan kapal angkasa lepas Kepler milik NASA, mendapati kira-kira 17 peratus bintang di galaksi mengandungi planet sebesar Bumi dengan tempoh orbit yang hampir sama.
Bima Sakti mengandungi kira-kira 100 bilion bintang, bermakna kira-kira satu daripada setiap bintang tersebut mempunyai planet bersaiz Bumi yang mengelilinginya.
Namun, penemuan itu tidak bermakna kesemua planet tersebut yang berada di luar atau di dalam sistem suria boleh didiami, tetapi ia tetap meningkatkan peluang penemuan planet sama seperti Bumi.
Untuk boleh didiami dan membolehkan air mengalir dalam bentuk cecair, sesebuah planet itu haruslah terletak pada jarak tertentu dari bintang yang diorbit supaya suhu tidak terlalu sejuk atau panas.
Ahli astronomi membuat penemuan itu ketika kapal angka lepas Kepler melalui bahagian depan sistem suria planet-planet itu dan menyebabkan berlaku gerhana kecil yang memalapkan pancaran cahaya.
Mereka mendapati 17 peratus dari bintang-bintang itu mempunyai planet yang bersaiz 0.8 hingga 1.25 kali hampir sama besar dengan Bumi dan tempoh orbit selama 85 hari atau kurang.
Kira-kira satu perempat dari bintang itu pula memiliki saiz 1.25 hingga sekali ganda saiz Bumi dengan tempoh orbit selama 150 hari atau kurang, manakala satu planet yang mempunyai saiz dua atau empat kali lebih besar dari Bumi mengorbit selama 250 hari.
Penyelidik itu membentangkan analisis mereka pada mesyuarat American Astronomical Society di Long Beach, California. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130109/lu_04/Saintis-temui-banyak-planet-seperti-Bumi#ixzz2HRIWQ7GH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa bumi sederhana melanda Aegon, Turki



ISTANBUL 9 Jan. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan barat laut persisiran Aegon di sini, semalam.
Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mengesahkan tiada laporan kerosakan diterima.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira 95 kilometer di barat daya Canakkale dengan kedalaman 10 kilometer dan turut dirasai di timur Istanbul dan barat Athens. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130109/lu_05/Gempa-bumi-sederhana-melanda-Aegon-Turki#ixzz2HRIL4pKh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Teleskop NASA kesan 461 planet baharu




AP
LAKARAN artis menunjukkan beberapa planet yang dikesan teleskop kapal angkasa Kepler.


CAPE CANAVERAL, Florida - Teleskop kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesan 461 lagi planet baharu, kata seorang saintis, Christopher Burke kelmarin.
Menurutnya, kebanyakan planet itu menyamai saiz Bumi.
Bagaimanapun, katanya, terdapat sebahagian planet itu yang mempunyai saiz beberapa kali ganda lebih besar berbanding Bumi.
Pengumuman itu menjadikan sebanyak 2,740 planet mungkin boleh diduduki manusia.
"Dua tahun lalu, kami mempunyai sekitar 1,200 calon planet (yang mungkin boleh diduduki). Setahun kemudian, kami menambah sejumlah besar planet baharu," kata Burke pada satu sidang media di Long Beach, California.
Antara penemuan baharu itu termasuk sebuah planet bersaiz 1.5 kali ganda lebih besar berbanding Bumi.
Planet itu mengelilingi matahari dalam kitaran orbit lengkap 242 hari. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2HQc9pCKD 
Hakcipta terpelihara 

Sejuta warga Syria kekurangan makanan



AP
GAMBAR bertarikh 5 Januari lalu menunjukkan bangunan yang musnah akibat serangan tentera Syria di Binnish.


GENEVA, Switzerland - Sekitar satu juta penduduk Syria mengalami kekurangan makanan dengan kebanyakan mereka berada di zon konflik berikutan tindakan pemerintah menyekat pengagihan bantuan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Elizabeth Byrs berkata, pihaknya kini menyalurkan bantuan makanan kepada sekitar 1.5 juta rakyat Syria pada setiap bulan berbanding sejumlah 2.5 juta orang yang memerlukan bantuan.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kelmarin berkata, tindakan Presiden Syria, Bashar Al-Assad meletakkan syarat untuk berdamai tidak akan membantu menamatkan penderitaan rakyat Syria.
"Setiausaha Agung (Ki-moon) kecewa bahawa ucapan Bashar pada 6 Januari lalu tidak membantu ke arah penyelesaian bagi menamatkan kesengsaraan rakyat Syria," kata jurucakap PBB, Martin Nesirky.
Menurutnya, Ki-moon dan Utusan PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi sedang berusaha membentuk peralihan politik termasuk penubuhan pentadbiran sementara dan mengadakan pilihan raya di bawah kelolaan PBB.
Selepas usaha damai terbaharu tersebut ditolak Bashar, Brahimi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi pada hari ini.
Iran kini merupakan satu-satunya negara yang menyokong ucapan Bashar tersebut.
Dalam ucapannya, Bashar berikrar mahu menghapuskan pihak penentang di Syria yang dilabel sebagai pengganas yang disokong oleh pihak asing.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011 dengan lebih 43,000 orang dilaporkan terbunuh.
Para penentang Bashar mahu beliau digulingkan selepas didapati gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2HQb4eYuy 
Hakcipta terpelihara 

Kereta elektrik Kemboja dipamerkan




AFP
kereta Angkor EV 2013 dipamerkan di sebuah bilik pameran di Phnom Penh semalam.


PHNOM PENH - Sebuah kereta elektrik buatan Kemboja yang diberi nama Angkor EV 2013 dipamerkan di sebuah bilik pameran di sini semalam. Kereta itu dikeluarkan sebuah firma tempatan, Syarikat Pembangunan Heng di daerah Takhmao, dalam wilayah Kandal. Ia mempunyai kelajuan maksimum 60 kilometer sejam. Reka bentuk kenderaan tersebut dihasilkan seorang penduduk tempatan, Nhean Phaloek.

AFP
BUTANG menghidupkan enjin terletak berhampiran stereng kereta.


Menurut Ketua Pengarah Syarikat Pembangunan Heng, Sieng Chan Heng, kereta elektrik itu bakal popular dalam kalangan pembeli tempatan kerana harganya yang berpatutan. "Harga kereta itu kurang AS$10,000 (RM30,430)," kata Chan Heng. Menurutnya, kereta itu juga akan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Beliau berkata, kereta tersebut juga akan dapat mengurangkan penggunaan minyak. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2HQas0IUJ 
Hakcipta terpelihara 

Termometer tertinggi di dunia menanti pembeli



AFP
SEBUAH trak melintasi termometer tertinggi di dunia di Baker, California kelmarin.


BAKER, Amerika Syarikat - Sebuah termometer paling tinggi di dunia yang terletak di sini kini ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga AS$1.75 juta (RM5.32 juta).
Pemilik termometer itu, Matt Pike dari daerah Orange membelinya daripada seorang rakan perniagaan restoran Bun Boy pada tahun 2005.
Termometer itu dibina oleh Willis Herron yang juga pemilik bersama restoran tersebut pada tahun 1991.
Pike yang merupakan pemilik restoran Bob's Big Boy menyatakan, bil lampu termometer itu ialah AS$8,000 (RM24,336) sebulan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2HQaFcmMz 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, January 8, 2013

Bilionair cadang bina penempatan di Marikh




IMEJ yang dirakamkan kenderaan robotik Curiosity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan sebuah kawasan di Marikh pada 23 Ogos tahun lalu.


NEW YORK - Bilionair yang merupakan pengasas sistem pembayaran internet, PayPal merancang membina penempatan masa depan di planet Marikh untuk beribu-ribu penjelajah angkasa lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.
Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.
"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA yang mendominasi penjelajahan angkasa lepas tidak merancang untuk meneroka Marikh.
"Namun, dengan usaha saya dan ramai lagi usahawan sektor swasta, misi itu semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.
"Di Marikh, anda boleh memulakan sebuah tamadun baharu," tambah Musk.
Beliau yang juga seorang jurutera pernah bercadang untuk menghantar sebuah roket ke Marikh.
Roket tersebut akan membawa beberapa suka-relawan dengan bayaran £300,000 (RM1.4 juta) seorang. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2HKqKfrt0 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk pakai kostum pelik di Silio


SEORANG lelaki memakai kostum seperti pokok pada Festival Vijanera di Silio kelmarin.


SILIO, Sepanyol - Beberapa orang lelaki memakai kostum pelik yang menyebabkan sebahagian mereka kelihatan seperti pokok pada Festival Vijanera di Silio, utara negara ini kelmarin.
Terdapat juga penduduk yang memakai topeng muka, kulit haiwan dan pakaian yang berwarna cerah pada festival itu.
Ia merupakan festival pertama diadakan di Eropah pada awal tahun ini.
Festival tersebut berasal dari era empayar Rom.
Muka penduduk yang menyertai festival itu diwarnakan hitam dengan kepercayaan ia akan dapat mengelak kedatangan roh jahat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2HKpbAwLm 
Hakcipta terpelihara 

Imej sotong gergasi yang dirakam di Lautan Pasifik didedahkan saintis




IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun.


TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.
Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.
Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.
Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.
"Haiwan itu bersinar dan amat cantik," kata Kubodera.
Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2HKpmlhr8 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 7, 2013

Macam Thunderbird 2


pix_toprightCALIFORNIA: Sebuah kapal yang akan merevolusikan pengangkutan kargo didedahkan. baru-baru ini.

Ia kelihatan seperti pesawat dalam siri televisyen, Thunderbird 2.


Pesawat 79 meter panjang itu, ML 866, boleh berlepas dan mendarat secara menegak serta mampu mengangkut barangan sehingga seberat 66 tan.

Prototaip ini yang dinamakan Dragon Dream berwarna hijau, sama seperti jet pengangkut Penyelamat Antarabangsa yang dikendalikan Virgil Tracy dalam siri kegemaran ramai zaman 60-an itu.


Pesawat itu yang dibina oleh Worlwide Aeros Corp di California dengan dibiayai tentera Amerika Syarikat dan Nasa akan menjalani ujian penerbangan sepenuhnya beberapa bulan lagi.


Ketua syarikat itu, Igor Pasternak berkata: “Anda boleh mengangkut banyak barangan pada satu masa dan terbang jarak jauh.
Foto

THUNDERBIRD 2 yang asal.

Ini adalah permulaan kepada penyelesaian pengangkutan global secara menegak, mungkin untuk 100 tahun akan datang. - Daily Mail

Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong




SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell.


AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini.
Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles.
Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini.
Tarikh yang terdapat di belakang gambar itu ialah Februari 1981.
Gambar tersebut dirakamkan selepas Charles dan Diana menamatkan spekulasi bahawa mereka akan berkahwin.
Menurut agensi berita AP semalam, gambar berkenaan diperoleh dari Arkib Caren.
Arkib itu mengumpulkan koleksi gambar-gambar dari surat khabar dan penerbitan lain.
Gambar tersebut dibeli dari akhbar Daily Mirror tujuh tahun lalu.
Naib Presiden RR Auction, Bobby Livingston pada Sabtu lalu menyatakan beliau tidak mengetahui identiti lelaki yang berada di sebelah Diana.
Bagaimanapun, beliau difahamkan, sebuah akhbar Britain berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu.
Media Britain mengenal pasti lelaki muda itu sebagai Adam Russell.
Russell ialah cicit bekas Perdana Menteri Britain, Stanley Baldwin.
Diana dan Charles berkahwin pada 29 Julai 1981.
Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berkecai pada 1996.
Diana kemudian meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sebuah terowong di Paris, Perancis pada tahun 1997.
Beliau merupakan ibu kepada Putera William dan Putera Harry. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2HFK7CRXl 
Hakcipta terpelihara 

Bashar muncul beri ucapan



BASHAR (dalam bulatan) berucap di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Dar Al-Assad, Damsyik semalam. - AP


DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, negaranya belum menemui 'rakan sekutu' bagi menyelesaikan krisis politik di negara ini yang telah berlanjutan selama 21 bulan.
Beliau berkata demikian pada ucapan pertamanya dalam tempoh tujuh bulan di hadapan sejumlah orang di sini semalam.
"Hanya kerana kita tidak menemui sekutu, ia tidak bermakna kita tidak berminat berhubung penyelesaian politik," kata beliau ketika berucap di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Dar Al-Assad.
Katanya, konflik yang berlaku bukan melibatkan pemerintah dan pembangkang tetapi antara negara dengan pihak musuh.
"Satu perkara yang pasti adalah orang-orang yang kita hadapi hari ini merupakan mereka yang membawa ideologi Al-Qaeda," kata Bashar.
"Terdapat mereka yang ingin memecah-belahkan negara ini dan melemahkannya.
"Bagaimanapun, Syria terlalu kuat dan akan kekal berdaulat. Itu yang membuatkan pihak Barat berasa susah hati."
Penentangan terhadap pentadbiran Bashar mula tercetus pada Mac 2011.
Sejak itu, lebih 43,000 nyawa terkorban dan kebanyakannya merupakan orang awam.
Terdapat juga perangkaan yang menyatakan 60,000 orang telah terbunuh di Syria.
Kebangkitan penduduk yang berjuang dalam pertempuran menentang tentera Bashar berlaku kerana mereka marah dengan kepimpinannya.
Bashar dilihat gagal membawa pembaharuan pentadbiran terutamanya seperti isu-isu kebebasan bersuara.
Pertempuran tersebut berlaku selepas kebangkitan penduduk menuntut demokrasi berlaku di Tunisia, Libya dan Mesir. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2HFIHJvT8 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, January 6, 2013

Kemeja emas pikat wanita?


Kemeja emas pikat wanita?

Datta berharap kemeja yang dibuat daripada emas 24 karat itu dapat membantunya memikat wanita.
PUNE - Seorang lelaki kaya di India sanggup membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita.

Peminjam wang berasal dari Pimpri-Chinchwad, Datta Phuge, 32, berkata, seramai 15 tukang emas digunakan bagi menyiapkan sehelai kemeja yang mengambil masa lebih 16 jam sehari serta selama dua minggu untuk disiapkan.

"Saya bukan seorang lelaki paling kacak di dunia dan disebabkan itulah saya menghasilkan kemeja ini kerana yakin mana-mana wanita pasti akan terpesona dengan keindahan baju diperbuat daripada emas ini," kata Datta.

Datta memberitahu, selain bakal menarik perhatian wanita di luar sana, baju emas itu turut melambangkan dirinya sebagai 'lelaki emas Pimpri'.

Lapor akhbar Pune Mirror, kemeja emas tulen yang dicampur fabrik baldu putih import itu, turut dihiasi dengan enam butir kristal Swarovski pada bahagian butang serta tali pinggang emas. - MailOnline

Jutawan sapu jalan


pix_topright
Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.

Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.


Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.

“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.


Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.


“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.

Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.


Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.

“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.


Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.


Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.


Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.


Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.

Minuman dalam botol lebih mudah tercemar



 
London: Minuman dalam botol mungkin lebih mudah tercemar dan menjadi sumber pencemaran berbanding air paip, dakwa satu kajian baru.

Walaupun kos bagi minuman botol lebih tinggi berbanding air paip, namun ia lebih tercemar dan menjadi sumber jangkitan, lapor akhbar Daily Mail yang memetik kajian oleh penyelidik pasaran Mintel.
Secara purata, penduduk Britain minum 33 liter minuman botol setiap tahun, tidak kira sama ada ia air mineral, minuman bergas atau air paip disulingkan.

Jalani ujian bulanan

Hampir satu perempat daripada penduduk yang minum air botol di rumah berkata, mereka melakukannya kerana percaya ia adalah lebih baik berbanding air paip.

Tetapi, apa yang pengguna tidak sedari adalah air paip diperiksa setiap hari di bawah pemeriksaan ketat.

Ia juga mengandungi klorin yang menghalang sebarang penyebaran pencemaran bahaya seperti jangkitan bakteria.
Ini berbeza sekali dengan air botol kerana pengeluarnya hanya dikehendaki menjalani ujian bulanan terhadap sumber produk itu.

Sebaik saja ia diisi dan diketatkan, minuman botol terbabit akan berada di dalam tempat simpanan selama beberapa bulan sebelum ia dijual.

Tiada bahan tambahan

Air botol tidak mengandungi bahan tambahan pembasmi kuman seperti klorin.
Selepas air botol dibuka, ia tidak lagi mengekalkan mutunya dan perlu diminum dalam masa beberapa hari.

Pernah beberapa bungkusan air botol terpaksa ditarik balik dari pasar raya Britain disebabkan kebimbangan mengenai pencemaran. - AGENSI

Tuna dilelong RM5.5 juta




KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi miliknya di Tokyo, Jepun semalam.


TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.
Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.
Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.
"Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.
Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).
Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2H9ISZCCC 
Hakcipta terpelihara