Sunday, February 26, 2012
Khinzir liar semakin banyak berkeliaran di Islamabad
Setiap malam, segerombolan haiwan berbulu itu muncul dari tebing sungai Islamabad, taman dan semak samun mengerumuni tong sampah di kawasan penduduk kaya dan restoran.Pihak berkuasa bandar meletakkan racun dan mengumumkan permit memburu percuma untuk menghapuskan babi liar itu.Tetapi, bagi memastikan penduduk tidak kena tembakan, mereka hanya benarkan senapang patah. Tidak ramai yang mencuba kerana gusar dianggap pengganas.
Berat haiwan itu antara 80 hingga 100 kilogram dan bergigi tajam. Ia biasanya lari sebaik melihat manusia tetapi akan menyerang jika cuba ditangkap hingga menjadi penyebab kemalangan jalan raya dalam bandar.
Kes terbaru pertembungan antara manusia dan haiwan itu di balai polis di pusat bandar minggu lalu.
“Saya dengar jeritan amaran supaya melihat belakang tetapi sebelum sempat menoleh, babi itu sudah rempuh saya,” kata Sajjad Hussain.
Haiwan itu melanggar dinding kediaman dipenuhi wayar tajam selepas Hussain yang menjadi pengawal membuka pintu pagar bagi membolehkan kereta masuk.
Hussain luka di perut yang memerlukan lapan jahitan dan terpaksa bercuti sakit. Babi itu pula terperangkap dalam kawasan pembinaan perumahan polis berdinding tinggi.
Babi liar itu turut menceroboh kawasan mewah yang dikawal ketat, termasuk kediaman presiden dan perdana menteri.
Satu pasukan dihantar untuk meletakkan racun pada makanan atau jagung, kata Ketua Alam Sekitar, Malik Aulya Khan.
“Kami melakukan operasi khas dan sudah bunuh banyak haiwan itu dengan racun. Entah bagaimana, ia boleh masuk menerusi bawah pagar,” katanya.
Babi liar ditemui di seluruh Pakistan dan menjadi haiwan perosak utama pertanian yang menyebabkan kerugian jutaan dolar hasil gandum dan tebu.
Di wilayah Punjab pada 1980-an, kerajaan melaksanakan sistem ganjaran iaitu penduduk kampung dibayar bagi setiap khinzir yang diserahkan, tetapi ia tidak diteruskan kerana kekurangan dana. – AP.
'via Blog this'
Perisik AS tidak jumpa bukti Iran bina bom atom
Memetik pegawai Amerika yang enggan nama disiarkan sebagai berkata, penilaian terkini oleh agensi perisikan Amerika adalah konsisten secara meluas dengan hasil penemuan perisikan pada 2007, yang menyimpulkan bahawa Iran meninggalkan program senjata nuklearnya.Pegawai berkata, penilaian sebahagian besarnya mengesahkan Jangkaan Perisikan Nasional 2010, dan ia masih terus kekal dengan persetujuan pendapat 16 agensi perisikan Amerika, kata laporan itu.Laporan itu dibuat selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberi amaran kebimbangannya terhadap campur tangan tentera terhadap program nuklear Iran.
NYT berkata, tiada pertelingkahan antara pegawai perisikan Amerika, Israel dan Eropah bahawa Iran sudah memperkayakan bahan api nuklear, dan membangunkan sesetengah prasarana yang sepatutnya untuk menjadi kuasa nuklear.
Tetapi, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain percaya Iran belum memutuskan sama ada mahu menyambung semula usaha mereka kepala peledak nuklear, satu program yang mereka percaya pada dasarnya dihentikan pada 2003, kata akhbar itu.
Pegawai perisikan dan penganalisis luar percaya ada lagi penjelasan lain untuk aktiviti pengkayaan Iran, kata laporan itu.
Mereka berkata, Iran mungkin mencari untuk meningkatkan pengaruh dalam rantau ini dengan mencipta apa yang disifatkan penganalisis sebagai ‘keraguan strategik’, kata akhbar itu.
Berbanding membina bom sekarang, Iran mungkin mahu meningkatkan kuasanya dengan menanam keraguan antara negara lain mengenai cita-cita nuklearnya, kata NYT.
Sesetengah pihak merujuk kepada Pakistan dan India, yang mana kedua-duanya mempunyai program senjata nuklear rahsia selama beberapa dekad sebelum membuat keputusan untuk membina bom dan menguji senjata itu pada 1998, lapor akhbar itu. – AFP.
'via Blog this'
Israel musnah solar Palestin
AL-THALA (Tebing Barat): Israel nyata tidak puas hati melihat masyarakat Palestin hidup aman damai selepas memerintah wilayah ditakluki dan menindas penduduk asalnya.Sasaran terbaru rejim Zionis itu untuk dimusnahkan ialah panel solar dan kincir angin yang membekalkan elektrik kepada penduduk Palestin yang hidup bercucuk tanam dan menternak haiwan.
Tenaga elektrik yang diperoleh daripada panel solar dan kincir angin membantu penduduk Palestin pedalaman menjalani kehidupan dengan lebih mudah menggunakan barangan elektrik dan mesin.
Bagaimanapun, projek dibiayai Jerman yang dibantu sukarelawan Israel ini berada dalam bahaya selepas pihak berkuasa Yahudi mengancam memusnahkan panel solar dan kincir angin di enam daripada 16 komuniti pedalaman Tebing Barat yang menerima sumber tenaga pilihan itu, atas alasan dipasang tanpa permit.
Kerajaan Jerman melahirkan kebimbangan dalam perkara itu dan meminta penjelasan, permintaan yang jarang disuarakan penyokong kuat Israel di Eropah. Pertelingkahan ini bukan hanya dari segi diplomatik.
Ia menambah, kritikan antarabangsa terhadap dasar Israel di 62 peratus kawasan Tebing Barat di bawah kawalan penuh Tel Aviv, dua dekad selepas rakyat Palestin dibenar memerintah sendiri baki daerah di wilayah itu.
Pembahagian bidang kuasa sepatutnya sementara tetapi ia dibekukan ketika rundingan damai menemui jalan buntu. Rakyat Palestin menuntut seluruh Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis selain Semenanjung Gaza sebagai negara.
Dusun di al Thala, satu komuniti yang didiami 80 orang di selatan Tebing Barat, tiada bekalan elektrik sehingga Ogos lalu apabila kumpulan bantuan perubatan Jerman dan kumpulan saintis Israel yang pro perdamaian, Comet-ME, membina panel solar untuk menyediakan 30 komuniti di kawasan itu mendapat kuasa solar dan angin.
Hakima Elayan, 43, sebelum ini menghabiskan masa empat jam sehari menggodak susu menjadikan mentega menggunakan tangan. Kini, mesin melakukan bagi membolehkannya menghabiskan masa dengan anak serta melakukan kerja rumah lain.
“Kami seperti tinggal di bandar. Saya tidak boleh hidup tanpanya,” katanya.
Jirannya juga membeli peti sejuk, mesin basuh, televisyen dan penggodak mentega.
Tetapi bulan lalu, Pentadbiran Awam Israel, satu cawangan ketenteraan yang mengendalikan orang awam Palestin mengeluarkan arahan menghentikan penggunaan tenaga pilihan itu dengan memusnahkan panel solar dan kincir angin di al Thala dan lima lagi komuniti dengan alasan ia dibina secara haram.
Pemerhati antarabangsa memberi amaran, Israel menindas kemajuan Palestin di sektor tadbirnya di Tebing Barat dikenali sebagai ‘Area C’ tetapi memberi segala kemudahan kepada pendatang Yahudi.
Ahli fizik Comet-ME, Elad Orian, berkata kumpulan itu tidak meminta kebenaran kerana rasa ia sia-sia saja memandangkan Israel menganggap komuniti itu haram.
Beliau percaya pemusnahan akan mengambil masa beberapa bulan lagi dan berharap tekanan politik Jerman yang memberi sumbangan lebih 400,000 euro (RM1.6 juta) dapat menyelamatkan projek itu.
Dalam kes yang serupa, Menteri Luar Poland, Jerzy Pomianowski mengarahkan duta Israel untuk melahirkan keprihatinan terhadap kemusnahan telaga di komuniti berdekatan al Thala yang dibina semula dengan dana Poland. – AP.
'via Blog this'
Bekas PM Itali Berlusconi bebas tuduhan rasuah

'via Blog this'
Buah-buahan sitrus elak serangan strok

Pengambilan keseluruhan buah-buahan itu termasuk ketika bersarapan dalam bentuk jus dipercayai dapat mengelakkan serangan otak kerana ia kaya dengan antioksida.
Bagaimanapun, mereka menyatakan lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan buah-buahan sitrus tersebut untuk melindungi manusia daripada serangan strok.
“Semua orang sepatutnya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat termasuk mengurangkan kadar pengambilan makanan berlemak dan bergaram serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap kerana ia adalah kunci utama mengelakkan serangan pelbagai penyakit,” menurut kenyataan penyelidik di Universiti East Anglia itu.
'via Blog this'
Gempa bumi kuat gegar barat daya Siberia
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 525 km tenggara dari Krasnoyarsk, Russia, dan 5,029 km barat laut Padang Besar Perlis.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.- Bernama
'via Blog this'
Pengecas guna haba tubuh

Dengan hanya menggunakan sentuhan jari, Power Felt boleh mengalirkan kuasa dengan sendiri untuk mengecas alat elektronik.
Ia berfungsi apabila fabrik itu mengesan perubahan suhu dan haba dari tubuh si pemakai yang kemudiannya akan menghasilkan elektron.
Salah seorang penyelidik, Corey Hewitt berkata, Power Felt mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu alat kelengkapan kecemasan pada masa hadapan.
“Selagi tubuh manusia mengeluarkan haba, ia akan menghasilkan voltan secara berterusan,” menurutnya.
Bakteria dalam mulut boleh membunuh

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah.
Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang).
Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology.
Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera.
'via Blog this'
Bangunan PBB di Afghan dibakar protes bakar al-Quran

Empat orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pertembungan, demikian menurut doktor.
Tiga lagi terbunuh di wilayah selatan Logar.
Lebih 20 orang maut sejak protes tercetus Selasa lalu, sehari selepas askar AS didakwa membakar beberapa naskhah al-Quran.
Kelmarin, panglima tentera Nato di Afghanistan Jen John Allen merayu agar semua pihak bertenang.
Sekumpulan 500 orang penunjuk perasaan menyerang anggota polis, yang mengawal kawasan bangunan PBB, dengan batu, batang logam dan benda-benda yang tajam, lapor BBC hari ini.
'via Blog this'
Arab Saudi tingkat eksport minyak untuk imbangi tindakan Iran
Minyak mentah Brent mencatat harga AS$125 (RM376.8) setiap tong sejurus selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mengeluarkan laporan membimbangkan mengenai program nuklear Iran.
Laporan itu turut meningkatkan kebimbangan berlaku gangguan bekalan minyak, selain mencetuskan konflik di Israel.
Jika keadaan itu berlaku, ia pasti memberi kesan ke atas Timur Tengah dan mendorong harga minyak melambung.
Sumber berkata, Arab Saudi meningkatkan eksportnya sejak minggu lalu dan menawarkan bekalan tambahan kepada pelanggan bagi menyaingi kenaikan harga pasaran.
Tindakan itu dibuat ketika AS mengkaji cadangan menggunakan Simpanan Petroleum Strategik bagi mengimbangi pengurangan eksport minyak Iran. Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner, berkata ada kemungkinan AS menggunakan rezab minyaknya.
“Iran boleh membuat kerosakan besar kepada ekonomi dunia. Kami bertindak berhati-hati bagi meminimumkan risiko itu,” katanya. - Reuters
'via Blog this'
Awas helah Barat di Syria: Xinhua
Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa kebimbangan Barat terhadap aspek kemanusiaan di Syria sebenarnya hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ.
Agensi itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan.
Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap degilnya.
Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria.
“Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria.
”Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah,” kata komentar berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin.
Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan.
Kedua-dua negara juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB.
Bagaimanapun, Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang menggesa negara lain “mengubah sikap terhadap Russia dan China.” - AFP
'via Blog this'
Protes anti AS berlarutan di Afghanistan

KABUL 25 Feb. - Sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan terbunuh hari ini ketika kumpulan itu cuba menyerang bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di daerah Kunduz, utara Afghanistan.
Korban terbaru itu menjadikan jumlah maut pada hari kelima protes berhubung pembakaran al-Quran di seluruh negara ini meningkat sekurang-kurangnya 30 orang.
Ketua Jabatan Kesihatan Awam Kunduz, Sahad Mokhtar berkata, laporan setakat ini juga menunjukkan seramai 47 lagi mangsa cedera dalam kejadian tersebut.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, polis bertindak menembak penunjuk perasaan bagi menghentikan mereka daripada memasuki bangunan tersebut.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Afghanistan berkata, enam askarnya terbunuh, manakala 16 lagi cedera apabila pasukan itu cuba mematikan bom yang dipasang penunjuk perasaan di Mukar, daerah Badghis, barat Afghanistan.
Dalam kejadian berasingan, dua tentera AS mati ditembak di bangunan Kementerian Dalam Negeri yang dikawal ketat di sini, dipercayai satu lagi reaksi balas penunjuk perasaan yang berang dengan tindakan tentera negara itu membakar Al-Quran. - AGENSI
'via Blog this'
Brunei kelima terkaya
BANDAR SERI BEGAWAN 25 Feb. - Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581).
Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli.
Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru.
"Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan antarabangsa kerana ia mengambil kira perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi berbanding hanya membuat perbandingan kadar pertukaran asing yang memutarbelit perbezaan sebenar dalam nilai," lapor majalah itu.
Awal bulan ini, Jabatan Pembangunan dan Perancangan Ekonomi (JPKE) melaporkan, indeks harga pengguna Brunei meningkat 1.8 peratus dari 2010 ke 2011, manakala purata pertumbuhan negara itu kurang daripada satu peratus setiap tahun.
Menurut JPKE, purata tahunan Indeks Harga pengguna (CPI) Brunei pada 2011 adalah 106.9 berbanding 104.8 pada 2010, dengan kadar inflasi dua peratus sepanjang tahun lalu.
Ekonomi Brunei didominasi oleh industri minyak dan gas dengan 90 peratus daripada eksportnya dan lebih separuh daripada KDNK negara itu datang daripada sektor tersebut.
Qatar dinamakan negara terkaya di dunia dengan jumlah KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065) pada 2010, sementara Luxembourg di tangga kedua dengan KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980) hasil daripada menjadi negara hab kewangan.
Singapura berada di tangga ketiga dengan KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980), manakala Norway di kedudukan keempat dengan jumlah KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629). - AGENSI
'via Blog this'
Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta
![]() LUKISAN bertajuk Sleeping Girl yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein dan bakal dilelong pada 9 Mei depan, dijangka mampu mencecah harga AS$40 juta. |
NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.
Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.
"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.
"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.
Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTE
'via Blog this'
99.8 peratus rakyat Yemen
pilih Hadi

SANAA - Calon tunggal pilihan raya presiden Yemen, Timbalan Presiden Abdrabuh Mansur Hadi memperoleh 99.8 peratus undi dalam satu kiraan undi yang sah, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Yemen semalam.
Berdasarkan kepada keputusan akhir, seramai 6.6 juta daripada 10.2 juta pengundi yang layak telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Angka itu mewakili 66 peratus golongan yang keluar membuang undi.
Hadi mengangkat sumpah di Parlimen semalam dan akan menjadi Presiden Yemen secara rasmi pada Isnin ini. Beliau sekali gus menggantikan bekas presiden, Ali Abdullah Saleh yang kini dalam proses peralihan kuasa di bawah satu perjanjian transisi kelolaan Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk.
"Majlis pelantikan akan diadakan di Istana Presiden yang menyaksikan Ali menyerahkan kuasa eksekutif secara rasmi kepada Hadi," jelas satu kenyataan daripada suruhanjaya terbabit.
Penyerahan kuasa itu menyempurnakan perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujui pada November lalu. Perjanjian kontroversi tersebut menjelaskan bahawa Ali bersetuju untuk berundur dan diberi imuniti daripada dakwaan membunuh ratusan rakyat Yemen dalam protes yang berlangsung selama 10 bulan. - AFP
'via Blog this'
Saturday, February 25, 2012
Anonymous ancaman terbaru Amerika?

Perkara itu kini dikhuatiri Amerika Syarikat (AS) dan turut diakui oleh Jeneral Keith Alexander selepas Agensi Keselamatan Kebangsaan memberi amaran penggodam antarabangsa, Anonymous mampu untuk melumpuhkan sistem kuasa di seluruh negara tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.
Dalam satu kenyataan, Anonymous mendakwa AS sengaja mereka-reka cerita untuk menjatuhkan mereka.
AS mengeluarkan kenyataan itu selepas Anonymous mengumumkan rancangan Operation Global Blackout yang bertujuan untuk menutup perkhidmatan Internet di seluruh dunia pada 31 Mac depan.
Tindakan berani Anonymous menceroboh laman rasmi Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada awal bulan lalu dipercayai telah meningkatkan lagi kebimbangan AS terhadap kebolehan kumpulan penggodam tersebut.
Semasa insiden itu, mereka didakwa telah menggodam lebih 46,000 maklumat peribadi milik penduduk AS dan beberapa laman utama agensi kerajaan.
Sebuah lagi kumpulan penggodam yang mempunyai hubung kait dengan Anonymous turut melancarkan beberapa siri serangan ke atas laman penguatkuasaan undang-undang di beberapa negeri utama di AS sejak beberapa minggu lalu.
'via Blog this'
Gempa bumi sederhana landa kawasan Marian Islands - Global - Sinar Harian
Menurut kenyataan jabatan itu, garis pusat gempat bumi itu di 2,386km timur laut Samar Island, Filipina dan 3,367km timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. -- Bernama
'via Blog this'
Barack Obama salahkan Iran
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mempertahankan dasar tenaganya dengan mendakwa kenaigan harga gas berpunca daripada pelbagai faktor, khususnya perbalahan Barat terhadap program nuklear Iran.
“Sama seperti tahun lalu, masalah paling besar yang menyebabkan kenaikan harga minyak ketika ini ialah ketidakstabilan di Asia Barat, kali ini di Iran,” katanya ketika melawat Universiti Miami.
Republikan menjadikan isu kenaikan harga gas sebagai senjata menyerang Obama menjelang pilihan raya presiden pada November depan. - AP
'via Blog this'
Bantahan pembakaran al-Quran berterusan
KABUL: Beribu-ribu penunjuk perasaan semalam berarak ke istana Presiden Hamid Karzai di Kabul, hari keempat bantahan yang berpunca daripada isu pembakaran kitab suci al-Quran di sebuah pangkalalan Nato di sini.
Sehubungan itu, polis antirusuhan dan tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Seorang penunjuk perasaan dilapor cedera akibat tembakan polis.
Polis melepaskan tembakan ke udara dalam usaha untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melontar batu dan melaungkan slogan ‘Jahanam Amerika,’ dan ‘Hidup Islam,’ selepas mereka menunaikan solat Jumaat.
Tunjuk perasaan juga berlaku di Jalalabad dan wilayah Ghazni.
Presiden Barack Obama sebelum ini menghantar surat memohon maaf kepada Hamid berhubung pembakaran al-Quran yang didakwanya dilakukan secara tidak sengaja di Pangkalan Tentera Udara Bagram. Perbuatan itu terbongkar apabila pekerja warga tempatan menemui cebisan kitab suci itu yang sudah terbakar. - AP
'via Blog this'
Bashar belum bersedia lepas jawatan
MOSCOW: Presiden Syria, Bashar al-Assad belum bersedia untuk meletak jawatan, sebaliknya mendakwa mendapat sokongan kuat meskipun selepas 11 tahun berdepan dengan bantahan yang meragut beribu-ribu nyawa, kata seorang anggota Parlimen kanan Russia.
“Saya menemui Bashar baru-baru ini dan tidak nampak bahawa beliau sudah bersedia untuk menyerahkan kuasa esok,” kata Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rendah Russia, Alexei Pushkov, memberitahu wartawan.
“Bantahan rakyat memang wujud tetapi ia tidak membuat presiden itu merasakan segala-gala yang berada di sekelilingnya akan musnah sehingga memerlukan beliau meletak jawatan,” kata Pushkov.
Beliau juga memberitahu, Bashar mendapat sokongan kuat di bandar raya Damsyik. - AFP
'via Blog this'
Nekad berjalan kaki ke Mekah
![]() |
MALANG - Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini.
Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu.
"Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di Indonesia keadilan sudah tidak ada lagi, yang ada hanya penipuan.
"Tanah suci Mekah menjadi pilihan terakhir saya untuk mendapatkan keadilan. Saya akan memohon petunjuk dan keadilan daripada Allah.
"Saya akan bermunajat dan berdoa kepada Allah dan meluahkan semua ketidakadilan di Indonesia kepada-Nya," kata Indra sambil berjalan kaki dan membawa bendera merah putih kepada Kompas.com.
Anaknya, Rifki Andika, 12, telah dilanggar lari oleh seorang anggota tentera, Lettu Joko Sumantri pada 8 Februari 1998.
Aduan yang dibuatnya kepada polis tentera dan ketua polis Jawa Timur tidak mendapat pembelaan, malah suspek dibebaskan daripada tahanan selepas dua minggu insiden langgar lari itu berlaku.
Pada September 2006 pula, Mahkamah Tentera III-12 Surabaya menyatakan kes itu tidak boleh dibicarakan kerana suspek telah menjadi perwira menengah.
Indra masih tidak berputus asa sehinggalah Majlis Hakim Mahkamah Tentera pada Februari 2008 menyatakan kes itu tidak lagi boleh diterima kerana telah luput. - AGENSI
'via Blog this'
Pasukan keselamatan Syria tembak orang awam
BEIRUT 25 Feb. - Pasukan keselamatan Syria didakwa menembak mati sekurang-kurangnya 18 orang termasuk lima orang kanak-kanak di sebuah perkampungan di Syria semalam, kata aktivis.
Satu rakaman video yang dimuat naik di Internet menunjukkan orang ramai menutup sejumlah mayat kanak-kanak dan empat orang dewasa dengan selimut.
Aktivis berkata, satu keluarga terdiri daripada bapa, ibu dan lima anak mereka termasuk seorang berumur 10 bulan merupakan mangsa kejadian itu. - REUTERS
'via Blog this'
Pasukan keselamatan Syria tembak orang awam
BEIRUT 25 Feb. - Pasukan keselamatan Syria didakwa menembak mati sekurang-kurangnya 18 orang termasuk lima orang kanak-kanak di sebuah perkampungan di Syria semalam, kata aktivis.
Satu rakaman video yang dimuat naik di Internet menunjukkan orang ramai menutup sejumlah mayat kanak-kanak dan empat orang dewasa dengan selimut.
Aktivis berkata, satu keluarga terdiri daripada bapa, ibu dan lima anak mereka termasuk seorang berumur 10 bulan merupakan mangsa kejadian itu. - REUTERS
'via Blog this'

