Pages

Thursday, December 9, 2010

Selebriti Britain gagal jamin pengasas WikiLeaks


KIRI: LAKARAN artis menunjukkan Julian Assange muncul di sebuah mahkamah di London kelmarin.


LONDON - Sekumpulan selebriti Britain gagal dalam usaha mereka untuk mengikat jamin pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange yang kini ditahan di sebuah penjara di negara ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara selebriti yang hadir untuk menjamin Assange di sebuah mahkamah majistret di sini kelmarin termasuk Jemima Khan yang merupakan bekas isteri bintang kriket Pakistan, Imran Khan, pengarah filem, Ken Loach dan wartawan John Pilger selain dua aktivis hak asasi manusia.
Masing-masing berjanji untuk membayar £20,000 (RM99,290) sebagai wang ikat jamin untuk membebaskan Assange.
Namun, mereka hampa kerana gagal meyakinkan majistret bahawa Assange tidak akan melarikan diri selepas dia diikat jamin.
Assange, 39, yang merupakan bekas penggodam komputer ialah dalang di sebalik pendedahan lebih 250,000 fail sulit Amerika Syarikat di Internet.
Dia kini berdepan risiko diekstradisi ke Sweden berhubung jenayah merogol dan mencabul dua wanita. - Agensi

Bahasa Arab popular di Amerika


WASHINGTON 8 Dis. - Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.
Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.
Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).
Tetapi bahasa Sepanyol kekal menjadi bahasa popular di kalangan pelajar universiti AS selepas bahasa Inggeris dengan 865,000 pelajar mendaftar mengikuti pengajian bahas itu, meningkat lima peratus sejak 2006.
Ia diikuti bahasa Perancis dengan pendaftaran pelajar berjumlah 216,000 orang, meningkat lima peratus dan Jerman dengan 96,000 pelajar, meningkat kira-kira dua peratus berbanding 2006.
Pelajar yang mendaftar mengikuti bahasa Rusia pula meningkat dari 24,000 pada 1980 kepada hampir 45,000 orang pada 1990 ketika Kesatuan Soviet berpecah.
Lima tahun kemudian, jumlah pelajar yang mengikuti bahasa Rusia kembali merosot kepada kira-kira 25,000 orang.
Jumlah pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab telah meningkat daripada 5,500 pada 1998 - ketika al-Qaeda mengaku mengebom Kedutaan AS di Nairobi dan Dar-es-Salaam yang mengorbankan ratusan jiwa, melonjak kepada 10,584 orang pada 2002, setahun sebelum Amerika mengetuai penaklukan ke atas Iraq, dan jumlah itu terus meningkat tahun ini kepada 35,000 pelajar.
Kajian itu dibuat berdasarkan pendaftaran kelas bahasa di 2,514 kolej dan universiti di AS yang mewakili 99 peratus institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa di negara ini, kata laporan tersebut. - AFP

Henti hantar pembantu rumah Indonesia ke Saudi


JAKARTA 8 Dis. - Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) mendakwa berjuta-juta penyokongnya mahu kerajaan menghentikan penghantaran rakyat negara ini ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Pengerusi NU, Said Aqil Siradj hari ini berkata, cadangan itu yang mendapat sokongan daripada 12 kumpulan Islam lain yang mempunyai pengikut berjumlah lebih 100 juta orang menggesa kerajaan menghentikan amalan tersebut sehinggalah langkah-langkah perlindungan dilaksanakan di Arab Saudi.
Lebih 80,000 pembantu rumah Indonesia dihantar ke Arab Saudi setiap tahun menerusi agensi pekerjaan yang beroperasi di bawah dasar eksport buruh negara ini.
Pertubuhan hak asasi manusia berkata, pembantu-pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi sering diperlakukan seperti hamba dan turut mengalami penderaan seksual.
Rakyat negara ini pada bulan lepas berang apabila media melaporkan tentang kes seorang pembantu rumah Indonesia, Sumiati Binti Salan Mustapa didera dengan bibirnya digunting dan belakangnya diseterika.
Sumiah, 23, masih dirawat di hospital di Madinah kerana kecederaan teruk yang dialaminya akibat perbuatan yang dipercayai dilakukan majikannya, seorang wanita Arab Saudi yang telahpun ditangkap.
Awal bulan lepas, mayat seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Kikim Komalasari, 36, ditemui dekat Abha di Arab Saudi dengan kesan-kesan dipukul.
Pertubuhan hak asasi manusia dan aktivis buruh berkata, insiden terbaru itu menunjukkan ketiadaan perlindungan untuk berjuta-juta pembantu rumah asing di Arab Saudi dan negara lain di Teluk.
Namun, wanita yang menjalani kursus latihan pembantu rumah di luar Jakarta menganggap insiden tersebut sebagai kes terpencil dan mereka melahirkan keyakinan bakal majikan mereka di Arab Saudi akan melayan mereka dengan baik. - AP/AFP

Penyokong WikiLeaks serang web pendakwa Sweden


WASHINGTON 8 Dis. - Penyokong WikiLeaks melancarkan serangan siber ke atas laman web pejabat pendakwa raya Sweden, yang mengeluarkan waran tangkap ke atas pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange atas dakwaan jenayah seksual.
Serangan semalam adalah yang terbaru dalam kempen penyokong WikiLeaks yang sebelum ini turut menyerang laman-laman web PayPal dan bank Pejabat Pos Switzerland.
PandaLabs, iaitu makmal pengesan perisian perosak bagi firma keselamatan komputer Panda Security, berkata, laman web pendakwa raya Sweden, aklagare.se dilumpuhkan oleh anggota kumpulan hacktivis siber dikenali sebagai Anonymous.
Serangan ke atas laman web pendakwa raya Sweden itu dilancarkan selepas Assange tidak dibenarkan ikat jamin oleh seorang hakim sebuah mahkamah di Britain berhubung dakwaan melakukan jenayah seksual di Sweden dan beliau akan ditahan sehingga kesnya didengar pada 14 Disember ini.
Penyelidik ancaman di PandaLabs, Sean-Paul Correll berkata, Anonymous melabel serangan ke atas laman-laman web pejabat pendakwa raya Sweden, PayPal dan bank Pejabat Pos Switzerland itu sebagai 'Operasi Menuntut Bela Untuk Assange'.
Katanya, serangan itu adalah sebahagian pertarungan yang meletus di Internet antara penyokong dan penentang WikiLeaks.
WikiLeaks sendiri telah menyaksikan laman webnya diserang berkali-kali oleh penggodam komputer, manakala firma-firma Amerika Syarikat (AS) beransur-ansur menarik balik sokongan mereka.
"Dua pihak terlibat dalam kempen serangan ini, dengan Anonymous di satu pihak memperjuangkan kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar, manakala di pihak lain kita ada golongan yang menganggap diri mereka sebagai patriot yang cuba mempertahankan kepentingan AS," kata Correll.
WikiLeaks menjadi sasaran serangan siber sejak Assange mula menyiarkan dokumen-dokumen rahsia AS pada minggu lepas, sehingga memaksanya menukar alamat dan hos laman web. - AFP

Ular sawa nak 'makan' mi bandung


Ular sawa batek yang berjaya ditangkap di bawah pangkin sebuah gerai makan di Jalan Abd. Aziz, Kota Tinggi, semalam.


KOTA TINGGI 8 Dis. - Sepasang suami isteri yang membuka gerai menjual mi bandung di Jalan Abd. Aziz di sini menerima kunjungan 'pelanggan' istimewa iaitu seekor ular sawa petang ini.
Kehadiran reptilia sepanjang lebih empat meter dan berat kira-kira 25 kilogram ditemui melingkar di bawah pangkin yang sering menjadi tempat mereka berehat di belakang gerai tersebut.
Bagaimanapun, Satar Mohamad, 63, dan isteri, Rohani Othman, 52, bernasib baik kerana menyedari kehadiran reptilia itu dalam kejadian pukul 12.45 petang tadi.
"Saya terkejut mendapati apa yang saya dengar dan lihat itu sebenarnya ular sawa yang besar dan panjang," kata Satar semasa ditemui di sini.
Dengan bantuan dua anak lelaki dan tiga anggota bomba dan penyelamat, ular sawa itu berjaya ditangkap namun kemudian mati akibat kecederaan di kepalanya.
Seorang anak Satar, Aziz, 35, berkata, dia dan adiknya Rashid, 28, bergegas ke gerai itu sebaik dihubungi bapa mereka.
"Kami terpaksa berhati-hati kerana ular itu bertindak agresif apabila didekati," katanya sambil memberitahu terdapat seorang pelanggan semasa kejadian.
Rohani pula bersyukur kerana ular sawa itu berjaya ditangkap dan memberitahu, sebelum ini suaminya juga pernah membunuh seekor ular sawa yang saiznya lebih kurang sama sedang menjalar di dalam longkang di hadapan gerai mereka.
Sementara itu, pegawai operasi Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Abdullah Abd. Majid berkata, beliau yang membantu menangkap reptilia itu mati akibat kecederaan di kepala semasa ditangkap penduduk.

Bilal bin Rabah al-Habashi ra. (Muazin Pertama Dalam Sejarah Islam)

Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya.
Bilal lahir di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Kerana ibunya itu, sebahagian orang memanggil Bilal dengan sebutan ibnus-Sauda’ (putra wanita hitam).
Bilal dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah) sebagai seorang hamba milik keluarga bani Abduddar. Saat ayah mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum kafir.
Ketika Mekah diterangi cahaya agama baru dan Rasul yang agung Shalallahu ‘alaihi wasallam mulai mengumandangkan seruan kalimat tauhid, Bilal adalah termasuk orang-orang pertama yang memeluk Islam. Saat Bilal masuk Islam, di bumi ini hanya ada beberapa orang yang telah mendahuluinya memeluk agama baru itu, seperti Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar ash-Shiddiq, Ali bin Abu Thalib, ‘Ammar bin Yasir bersama ibunya, Sumayyah, Shuhaib ar-Rumi, dan al-Miqdad bin al-Aswad.
Bilal merasakan penganiayaan orang-orang musyrik yang lebih berat dari siapa pun. Berbagai macam kekerasan, siksaan, dan kekejaman mendera tubuhnya. Namun ia, sebagaimana kaum muslimin yang lemah lainnya, tetap sabar menghadapi ujian di jalan Allah itu dengan kesabaran yang jarang sanggup ditunjukkan oleh siapa pun.
Orang-orang Islam seperti Abu Bakar dan Ali bin Abu Thalib masih memiliki keluarga dan suku yang membela mereka. Akan tetapi, orang-orang yang tertindas (mustadh’afun) dari kalangan hamba sahaya dan budak itu, tidak memiliki siapa pun, sehingga orang-orang Quraisy menyiksanya tanpa belas kasihan. Quraisy ingin menjadikan penyiksaan atas mereka sebagai contoh dan pelajaran bagi setiap orang yang ingin mengikuti ajaran Muhammad.
Kaum yang tertindas itu disiksa oleh orang-orang kafir Quraisy yang berhati sangat kejam dan tak mengenal kasih sayang, seperti Abu Jahal yang telah menodai dirinya dengan membunuh Sumayyah. Ia sempat menghina dan mencaci maki, kemudian menghunjamkan tombaknya pada perut Sumayyah hingga menembus punggung, dan gugurlah syuhada pertama dalam sejarah Islam.
Sementara itu, saudara-saudara seperjuangan Sumayyah, terutama Bilal bin Rabah, terus disiksa oleh Quraisy tanpa henti. Biasanya, apabila matahari tepat di atas ubun-ubun dan padang pasir Mekah berubah menjadi perapian yang begitu menyengat, orang-orang Quraisy itu mulai membuka pakaian orang-orang Islam yang tertindas itu, lalu memakaikan baju besi pada mereka dan membiarkan mereka terbakar oleh sengatan matahari yang terasa semakin terik. Tidak cukup sampai di sana, orang-orang Quraisy itu mencambuk tubuh mereka sambil memaksa mereka mencaci maki Muhammad.
Adakalanya, saat siksaan terasa begitu berat dan kekuatan tubuh orang-orang Islam yang tertindas itu semakin lemah untuk menahannya, mereka mengikuti kemauan orang-orang Quraisy yang menyiksa mereka secara lahir, sementara hatinya tetap pasrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kecuali Bilal, semoga Allah meridhainya. Baginya, penderitaan itu masih terasa terlalu ringan jika dibandingkan dengan kecintaannya kepada Allah dan perjuangan di jalan-Nya.
Orang Quraisy yang paling banyak menyiksa Bilal adalah Umayyah bin Khalaf bersama para algojonya. Mereka menghantam punggung telanjang Bilal dengan cambuk, namun Bilal hanya berkata, “Ahad, Ahad … (Allah Maha Esa).” Mereka menindih dada telanjang Bilal dengan batu besar yang panas, Bilal pun hanya berkata, “Ahad, Ahad ….“ Mereka semakin meningkatkan penyiksaannya, namun Bilal tetap mengatakan, “Ahad, Ahad….”
Mereka memaksa Bilal agar memuji Latta dan ‘Uzza, tapi Bilal justru memuji nama Allah dan Rasul-Nya. Mereka terus memaksanya, “Ikutilah yang kami katakan!”
Bilal menjawab, “Lidahku tidak bisa mengatakannya.” Jawaban ini membuat siksaan mereka semakin hebat dan keras.
Apabila merasa lelah dan bosan menyiksa, sang tiran, Umayyah bin Khalaf, mengikat leher Bilal dengan tali yang kasar lalu menyerahkannya kepada sejumlah orang tak berbudi dan anak-anak agar menariknya di jalanan dan menyeretnya di sepanjang Abthah1 Mekah. Sementara itu, Bilal menikmati siksaan yang diterimanya kerana membela ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ia terus mengumandangkan pernyataan agungnya, “Ahad…, Ahad…, Ahad…, Ahad….” Ia terus mengulang-ulangnya tanpa merasa bosan dan lelah.
Suatu ketika, Abu Bakar Rodhiallahu ‘anhu mengajukan penawaran kepada Umayyah bin Khalaf untuk membeli Bilal darinya. Umayyah menaikkan harga berlipat ganda. Ia mengira Abu Bakar tidak akan mau membayarnya. Tapi ternyata, Abu Bakar setuju, walaupun harus mengeluarkan sembilan uqiyah emas.
Seusai transaksi, Umayyah berkata kepada Abu Bakar, “Sebenarnya, kalau engkau menawar sampai satu uqiyah-pun, maka aku tidak akan ragu untuk menjualnya.”
Abu Bakar membalas, “Seandainya engkau memberi tawaran sampai seratus uqiyah-pun, maka aku tidak akan ragu untuk membelinya.”
Ketika Abu Bakar memberi tahu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bahwa ia telah membeli sekaligus menyelamatkan Bilal dari cengkeraman para penyiksanya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Abu Bakar, “Kalau begitu, biarkan aku bersekutu denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar.”
Ash-Shiddiq Rodhiallahu ‘anhu menjawab, “Aku telah memerdekakannya, wahai Rasulullah.”
Setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mengizinkan sahabat-sahabatnya untuk hijrah ke Madinah, mereka segera berhijrah, termasuk Bilal Rodhiallahu ‘anhu. Setibanya di Madinah, Bilal tinggal satu rumah dengan Abu Bakar dan ‘Amir bin Fihr. Malangnya, mereka terkena penyakit demam. Apabila demamnya agak reda, Bilal melantunkan gurindam kerinduan dengan suaranya yang jernih,
“Duhai malangnya aku, akankah suatu malam nanti ,Aku bermalam di Fakh dikelilingi pohon idzkhir dan jalil, Akankah suatu hari nanti aku minum air Mijannah ,Akankah aku melihat lagi pegunungan Syamah dan Thafil”
Tidak perlu hairan, mengapa Bilal begitu mendambakan Mekah dan perkampungannya; merindukan lembah dan pegunungannya, kerana di sanalah ia merasakan nikmatnya iman. Di sanalah ia menikmati segala bentuk siksaan untuk mendapatkan keridhaan Allah. Di sanalah ia berhasil melawan nafsu dan godaan syaitan.
Bilal tinggal di Madinah dengan tenang dan jauh dari jangkauan orang-orang Quraisy yang kerap menyiksanya. Kini, ia mencurahkan segenap perhatiannya untuk menyertai Nabi sekaligus kekasihnya, Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam. Bilal selalu mengikuti Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam ke mana pun beliau pergi. Selalu bersamanya saat shalat maupun ketika pergi untuk berjihad. Kebersamaannya dengan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam ibarat bayangan yang tidak pernah lepas dari pemiliknya.
Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam selesai membangun Masjid Nabawi di Madinah dan menetapkan azan, maka Bilal ditunjuk sebagai orang pertama yang mengumandangkan azan (muazin) dalam sejarah Islam.
Biasanya, setelah mengumandangkan azan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam seraya berseru, “Hayya ‘alashsholaati hayya ‘alashsholaati…(Mari melaksanakan shalat, mari meraih keuntungan….)” Lalu, ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam keluar dari rumah dan Bilal melihat beliau, Bilal segera melantunkan iqamat.
Suatu ketika, Najasyi, Raja Habasyah, menghadiahkan tiga tombak pendek yang termasuk barang-barang paling istimewa miliknya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mengambil satu tombak, sementara sisanya diberikan kepada Ali bin Abu Thalib dan Umar ibnul Khaththab, tapi tidak lama kemudian, beliau memberikan tombak itu kepada Bilal. Sejak saat itu, selama Nabi hidup, Bilal selalu membawa tombak pendek itu ke mana-mana. Ia membawanya dalam kesempatan dua shalat ‘id (Idul Fitri dan Idul Adha), dan shalat istisqa’ (mohon turun hujan), dan menancapkannya di hadapan beliau saat melakukan shalat di luar masjid.
Bilal menyertai Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam dalam Perang Badar. Ia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah memenuhi janji-Nya dan menolong tentara-Nya. Ia juga melihat langsung tewasnya para pembesar Quraisy yang pernah menyiksanya dengan hebat. Ia melihat Abu Jahal dan Umayyah bin Khalaf tersungkur berkalang tanah ditembus pedang kaum muslimin dan darahnya mengalir deras karena tusukan tombak orang-orang yang mereka siksa dahulu.
Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menaklukkan kota Mekah, beliau berjalan di depan pasukan hijaunya bersama ’sang pengumandang panggilan langit’, Bilal bin Rabah. Saat masuk ke Ka’bah, beliau hanya ditemani oleh tiga orang, yaitu Utsman bin Thalhah, pembawa kunci Ka’bah, Usamah bin Zaid, yang dikenal sebagai kekasih Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam dan putra dari kekasihnya, dan Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.
Solat Zhuhur tiba. Ribuan orang berkumpul di sekitar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, termasuk orang-orang Quraisy yang baru masuk Islam saat itu, baik dengan suka hati maupun terpaksa. Semuanya menyaksikan pemandangan yang agung itu. Pada saat-saat yang sangat bersejarah itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam memanggil Bilal bin Rabah agar naik ke atap Ka’bah untuk mengumandangkan kalimat tauhid dari sana. Bilal melaksanakan perintah Rasul Shalallahu ‘alaihi wasallam dengan senang hati, lalu mengumandangkan azan dengan suaranya yang bersih dan jelas.
Ribuan pasang mata memandang ke arahnya dan ribuan lidah mengikuti kalimat azan yang dikumandangkannya. Tetapi di sisi lain, orang-orang yang tidak beriman dengan sepenuh hatinya, tak kuasa memendam hasad di dalam dada. Mereka merasa kedengkian telah merobek-robek hati mereka.
Saat azan yang dikumandangkan Bilal sampai pada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”. Juwairiyah binti Abu Jahal bergumam, “Sungguh, Allah telah mengangkat kedudukanmu. Memang, kami tetap akan solat, tapi demi Allah, kami tidak menyukai orang yang telah membunuh orang-orang yang kami sayangi.” Maksudnya, adalah ayahnya yang tewas dalam Perang Badar.
Khalid bin Usaid berkata, “Aku bersyukur kepada Allah yang telah memuliakan ayahku dengan tidak menyaksikan peristiwa hari ini.” Kebetulan ayahnya meninggal sehari sebelum Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam masuk ke kota Mekah..
Sementara al-Harits bin Hisyam berkata, “Sungguh malang nasibku, mengapa aku tidak mati saja sebelum melihat Bilal naik ke atas Ka’bah.”
AI-Hakam bin Abu al-’Ash berkata, “Demi Allah, ini musibah yang sangat besar. Seorang budak bani Jumah bersuara di atas bangunan ini (Ka’bah).”
Sementara Abu Sufyan yang berada dekat mereka hanya berkata, “Aku tidak mengatakan apa pun, karena kalau aku membuat pernyataan, walau hanya satu kalimat, maka pasti akan sampai kepada Muhammad bin Abdullah.”
Bilal menjadi muazin tetap selama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam hidup. Selama itu pula, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam sangat menyukai suara yang saat disiksa dengan siksaan yang begitu berat di masa lalu, ia melantunkan kata, “Ahad…, Ahad… (Allah Maha Esa).”
Sesaat setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mengembuskan nafas terakhir, waktu shalat tiba. Bilal berdiri untuk mengumandangkan azan, sementara jasad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam masih terbungkus kain kafan dan belum dikebumikan. Saat Bilal sampai pada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”, tiba-tiba suaranya terhenti. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Kaum muslimin yang hadir di sana tak kuasa menahan tangis, maka meledaklah suara isak tangis yang membuat suasana semakin mengharu biru.
Sejak kepergian Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam, Bilal hanya sanggup mengumandangkan azan selama tiga hari. Setiap sampai kepada kalimat, “Asyhadu anna muhammadan rosuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)”, ia langsung menangis tersedu-sedu. Begitu pula kaum muslimin yang mendengarnya, larut dalam tangisan pilu.
Kerana itu, Bilal memohon kepada Abu Bakar, yang menggantikan posisi Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam sebagai pemimpin, agar diperkenankan tidak mengumandangkan azan lagi, karena tidak sanggup melakukannya. Selain itu, Bilal juga meminta izin kepadanya untuk keluar dari kota Madinah dengan alasan berjihad di jalan Allah dan ikut berperang ke wilayah Syam.
Awalnya, ash-Shiddiq merasa ragu untuk mengabulkan permohonan Bilal sekaligus mengizinkannya keluar dari kota Madinah, namun Bilal mendesaknya seraya berkata, “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhak menahanku, tapi jika engkau telah memerdekakanku karena Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepada-Nya.”
Abu Bakar menjawab, “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah, dan aku memerdekakanmu juga kerana Allah.”
Bilal menyahut, “Kalau begitu, aku tidak akan pernah mengumandangkan azan untuk siapa pun setelah Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasallam wafat.”
Abu Bakar menjawab, “Baiklah, aku mengabulkannya.” Bilal pergi meninggalkan Madinah bersama pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Ia tinggal di daerah Darayya yang terletak tidak jauh dari kota Damaskus. Bilal benar-benar tidak mau mengumandangkan azan hingga kedatangan Umar ibnul Khaththab ke wilayah Syam, yang kembali bertemu dengan Bilal Rodhiallahu ‘anhu setelah terpisah cukup lama.
Umar sangat merindukan pertemuan dengan Bilal dan menaruh rasa hormat begitu besar kepadanya, sehingga jika ada yang menyebut-nyebut nama Abu Bakar ash-Shiddiq di depannya, maka Umar segera menimpali (yang artinya), “Abu Bakar adalah tuan kita dan telah memerdekakan tuan kita (maksudnya Bilal).”
Dalam kesempatan pertemuan tersebut, sejumlah sahabat mendesak Bilal agar mau mengumandangkan azan di hadapan al-Faruq Umar ibnul Khaththab. Ketika suara Bilal yang nyaring itu kembali terdengar mengumandangkan azan, Umar tidak sanggup menahan tangisnya, maka iapun menangis tersedu-sedu, yang kemudian diikuti oleh seluruh sahabat yang hadir hingga janggut mereka basah dengan air mata. Suara Bilal membangkitkan segenap kerinduan mereka kepada masa-masa kehidupan yang dilewati di Madinah bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam..BiIal, “pengumandang seruan langit itu”, tetap tinggal di Damaskus hingga wafat.

Tudung wanita itu ada 4

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”


Kelebihan Beriltizam Dengan Ibadah Sunat

Adalah hamba Ku sentiasa mendekati Ku dengan ibadah sunat hingga Aku mencintainya. Bila Aku mencintainya, Aku akan jadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta Ku nescaya akan Ku berikan kepadanya, dan jika dia meminta perlindungan Ku, akan Ku lindunginya (HR al-Bukhari)

Antara ibadah nafilah iaitu solat-solat sunat. Ibadah sunat perlu dilakukan dengan komited untuk menampung kekurangan dalam ibadah fardhu. Solat sunat dhuha boleh menyebabkan rezeki datang mencurah-curah
Doa Yang Tidak Diperkenankan Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Hai
manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu
melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada
orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.
Firman-Nya : “Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal)
dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan”. (Surah al-Mukminun : Ayat 51). “Wahai orang-orang yang
beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan
kepadamu…” (Surah al-Baqarah : Ayat 172). Kemudian Nabi SAW menceritakan
tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya
perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.
Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa : “Wahai Tuhanku! Wahai
Tuhanku!”. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari
yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan
yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”. (Hadis
Riwayat Muslim)

Cara Membentengi Diri Dari Syaitan


Bismillahirrahmanirrahiim

Seorang hamba tidak akan selamat dari godaan syaitan, kecuali dengan empat buah benteng

1. Selalu berdzikir kepada Allah.
Sehubungan dengan hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala tealh berfirman :
" Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram ".
( QS. Ar-Ra'd (13) : 28 ).
" Oleh kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku akan ingat ( pula ) kepadamu ".
( QS. Al-Baqarah (2) : 152 ).

Ibnu 'Abbas mengatakan bahwa syaitan bercokol dalam kalbu seorang hamba.Apabila hamba yang bersangkutan berdzikir menyebut nama Allah, syaitan pun bersembunyi, dan apabila dia lupa, syaitan kembali menggodanya.
Seorang hamba tidak akan selamat dari godaan syaitan, kecuali dengan berzikir menyebut nama Allah Yang Maha Esa. Zikir adalah benteng yang paling besar dalam kehidupan dan ia merupakan senjata orang-orang yang mengesakan Allah.Ia merupakan nasyid para wali dan orang-orang solih dan ia merupakan benteng bagi para ahli ibadah dan pedang bagi orang-orang yang arif.

Barangsiapa yang mendapat petunjuk untuk melakukan zikrullah, niscaya ia akan mendapatkan kecukupan, perlindungan, dan penjagaan. Barangsiapa yang lalai dari zikrullah, niscaya dia akan terperangkap oleh langkah-langkah syaitan,godaan, dan kekejiannya.

2. Mengambil wuduk
Kerana dengan mengambil air wuduk ini, syaitan tidak mau mendatangi, kecuaali orang-orang yang suka dengan najis dan berhadast selamanya.Oleh kerana itu, tempat tinggal syaitan adalah rumah-rumah yang najis dan yang sudah menjadi puing-puing serta kalbu yang tidak mengenal Tuhan langit dan bumi.Syaitan selalu menempati tempat yang najis, menyukai, dan senang bergaul dengan para penghuninya.

Oleh kerana itu, barangsiapa yang terus-menerus melestarikan wuduknya dan bersuci, terlindunglah ia dari godaan syaitan dan syaitan menjauh darinya.Kebanyakan orang-orang yang terkena sambetan dan gangguan syaitan adalah orang-orang yang suka najis dan berhadas.Syaitan suka mendatangi mereka dan mengganggunya, kerana syaitan sebagaimana yang disebutkan oleh firmanNya : "...dia adalah golongan jin, maka ia mendurhakai perintah TuhanNya..." ( QS. Al-Kahfi (18) : 50 ).

3. Bergaul dengan orang yang solih.
Hendaknya teman-teman kita terdiri dari dari orang-orang yang bertakwa yang pilihan, ahli mengerjakan solat lima waktu, ahli membaca Al-Qur'an, ahli masjid, dan ahli sunnah. Mereka akan selalu memerangi syaitan dan membantu kita untuk mengalahkan syaitan.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : " Sesungguhnya serigala itu hanya memangsa kambing yang memisahkan diri."
( HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Nasa'i ).

Manakala kita berteman dengan golongan orang-orang yang jahat dan kelompok orang-orang yang zalim iaitu mereka yang biasa memasang perangkap terhadap kekasih-kekasih Allah untuk menjerumuskan mereka dan menghadang jalannya para nabi dan para rasul, maka pada saat itu juga kita akan terlepas dari manhaj kita, ibadah kita, kehendak kita, dan kita tukar pahala kita dari Allah dengan murka dan kemarahan serta laknat dariNya.

Imam Syafi'i mengatakan : " Aku menyukai orang-orang shalih.Sekalipun aku bukan termasuk mereka. Kerana barangkali aku mendapat syafa'at berkat bergaul dengan mereka. Dan aku benci terhadap orang yang bisnesnya adalah kedurhakaan sekalipun kita memiliki sarana jualan yang sama ".

Ibnul Mubarak mengatakan : " Apabila kamu berteman, bertemanlah dengan orang yang mulia, yang memilki kehormatan, rasa malu, dan kedermawanan. Perkataannya terhadap sesuatu ialah "tidak" jika kamu katakan tidak dan jika kamu katakan "ya" maka dia mengatakan ya pula ".

'Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan : " Berbekallah kamu dari teman-teman yang solih, kerana sesungguhnya mereka adalah perbendaharaan simpanan, baik di dunia maupun di akhirat ".Mereka mengatakan : " Kalau di dunia ya, tetapi kalau di akhirat bagaimana ?" 'Ali menjawab : " Bukankah Allah telah berfirman dalam KitabNya : " Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya manjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa ". ( QS. Az-Zuhruf (43) : 67 ).

Oleh kerana itu, wahai saudara-saudaraku kerana Allah. Bertakwalah kepada Allah melalui berteman dengan orang-orang yang solih, kerana sesungguhnya mereka adalah balatentara dan penolong-penolong kita dalam meniti jalanNya.

4. Meninggalkan kedurhakaan dan perbuatan-perbuatan keji berpaling dari dosa-dosa, banyak beristighfar, taubat, dan kembali kepada Allah.
Sehubungan dengan hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman : " Dan ( juga ) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji dan menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui ".
( QS. 'Ali Imran (3) : 135 )

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera ingat kepada Allah dan memohon ampun dari dosa-dosa mereka.

Semoga yang sedikit ini bermanfaat.Marilah kita untuk senantiasa Mengajak Dan Menebar Kebaikan kepada sesama.

Kami beristighfar kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.Semoga Allah melimpahkan shalawat,salam dan keberkahan kepada Nabi kita Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam, keluarga dan para shahabatnya dan seluruh pengikut beliau.
Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu alla ilaa hailla anta astaghfiruka wa atubu ilaika...

Wassalam...

LIMA PENYEBAB CELAKA DAN BAHAGIA

Bismillahirrahmannirrahiim

Muhammad Ibnu Dauri rahimahullah berkata : "Iblis itu celaka kerana lima hal, yaitu :
  1. Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.
  2. Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.
  3. Tidak pernah mencela dirinya.
  4. Tidak pernah punya niat untuk bertaubat.
  5. Putus asa dari rahmat Allah.
Sebaliknya, Nabi Adam a.s bahagia kerana lima hal, yaitu :
  1. Mau mengakui dosa yang pernah beliau perbuat.
  2. Menyesali dosanya.
  3. Mencela dirinya sendiri (kerana melakukan suatu kesalahan).
  4. Segera bertaubat (setiap kali melakukan kesalahan).
  5. Tidak putus asa dari rahmat Allah."
Kalimat pengakuan Nabi Adam a.s atas dosanya adalah sebagai berikut :
Robbana zholamnaa anfusanaa wa illam tagfir lanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khoosiriin.
" Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri.Apabila Engkau tidak mengampuni kami dan tidak merahmati kami,tentu kami termasuk orang yang merugi."
( QS. Al-A'raaf (7) : 23 ).

Berkaitan dengan pengakuan atas dosa yang pernah dilakukan.Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : " Sesungguhnya seorang hamba itu jika mau mengakui dosa yang dikerjakannya, kemudian bertaubat kepada Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya."
( HR. Bukhari Muslim ).

Berkaitan dengan penyesalan atas dosa yang pernah dilakukan, Rasullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : " Barangsiapa melakukan suatu kesalahan atau berbuat dosa, kemudian ia menyesal maka penyesalannya itu adalah sebagai kifaratnya ."
( HR. Baihaqi ).

Semoga yang sedikit ini bermanfaat.Marilah kita untuk senantiasa Mengajak Dan Menebar Kebaikan bagi para sesama.

Kami beristighfar kepada Allah.Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan shalawat,salam dan keberkahan kepada Nabi kita Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam, keluarga dan para shahabatnya serta seluruh pengikut beliau.
Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu alla ilaa hailla anta astaghfiruka wa atubu ilaika...

Wassalam...

Strategi Syaitan Memperdayakan Manusia



Sebelum kita mengetahui strategi syaitan dan iblis untuk menjerumus dan membinasakan manusia, ada baiknya kita terlebih dahulu mengetahui visi dan misi syaitan yang suka menggoda manusia dengan menabur janji palsu dan tipu daya serta berusaha menjauhkan manusia kepada Allah SWT.

Antara strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya untuk melupakan dan memperdayakan manusia adalah seperti berikut ;

1. Waswas
  • waswas atau sangsi bermaksud membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal salih. Ketika azan Subuh berkumandang, misalnya tubuh kita masih dililit selimut. 
  • Timbul dalam fikiran kita; "Nanti dulu, lima minit lagi". Ini adalah waswas. Kenyataannya bukan lima minit, tapi satu jam, sehingga akhirnya solat Subuh terlambat atau tidak solat langsung kerana sudah habis waktu. Ada juga yang waswas sama ada kita sudah melaksanakan duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat

2. Tazyin
  • Tazyin bermaksud membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya dilihat indah dan mengasyikkan. Misalnya, merpati dua sejoli yang kelihatan lebih mesra daripada pasangan suami-isteri. Kemesraan berdua-duaan tanpa nikah dilihat lebih nikmat dan mengesankan daripada setelah diijabkabulkan. 
  • Ini kerana ada unsur tazyin. Berdua-duaan itu menjurus kepada maksiat, manakala nikah itu suatu ibadah.
  • Inilah yang disebut strategi tazyin.

3. Tamanni
  • Tamanni bermaksud memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Ada di antara kita berniat sebelum tidur untuk mendirikan solat tahajud dengan menetapkan jam loceng pada jam tiga pagi. Apabila loceng berbunyi pada jam itu, kita segera mematikannya dan meneruskan tidur hingga tidak dapat menunaikan niat kita.
  • Pernahkah kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, sesetengah kita terus saja melakukannya. Ironisnya ini berlaku berkali-kali.
  • Inilah yang disebut strategi tamanni.

4. A'dawah
  • A'dawah bermaksud berusaha menanamkan permusuhan. Syaitan berikhtiar mewujudkan permusuhan sesama manusia apa lagi kepada suami-isteri, adik-beradik dan jiran tetangga. Biasanya permusuhan bermula dari prasangka buruk. 
  • Supaya manusia bermusuhan, syaitan akan menumbuhkan sikap itu. Jika kita berprasangka buruk kepada orang lain, bermakna kita telah terperangkap dengan strategi syaitan.

5. Takhwif
  • Takhwif bermaksud menakut-nakuti. Pernahkah kita merasa takut akan jatuh miskin kerana menginfakkan atau mendermakan sebahagian harta kita? 
  • Pernahkah kita takut disebut alim kerana datang ke majlis taklim (ilmu agama)? Kalau pernah merasakannya,
  • inilah strategi takhwif.

6. Shaddun
  • Shaddun bermaksud berusaha menghalangi manusia daripada menjalankan perintah Allah SWT dengan menggunakan pelbagai cara. 
  • Pernahkah kita berasa malas untuk solat atau mengantuk ketika membaca al-Quran meskipun sudah cukup tidur? 
  • Pernah kita malas untuk solat berjemaah dengan mendengar ceramah agama di masjid?
  • Ini adalah gejala shaddun dari syaitan.

7. Wa'dun
  • Wa'dun bermaksud membuat janji palsu. Syaitan berusaha memujuk manusia agar memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya, manusia mempercayainya.
  • Misalnya, banyak kes seorang wanita menyerahkan kehormatan diri kepada kekasihnya yang berjanji untuk bernikah, namun setelah hamil atau dinodai, si lelaki menghilangkan diri. Dia tidak mahu bertanggungjawab.
  • Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari syaitan.

8. Kaidun
  • Kaidun bermaksud helah dan tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak.
  • Pernahkah ketika diberi tugas, kita berfikir "Ah, nanti dulu, masa lama lagi!" Ternyata setelah dekat waktunya kita mengerjakan secara tergesa-gesa atau asal siap sehingga hasilnya tidak memuaskan pihak atasan. Ada kemungkinan pada waktu yang ditetapkan kerja tidak selesai.
  • Strategi ini disebut kaidun.

9. Nisyan
  • Nisyan bermaksud lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi syaitan berusaha agar manusia menjadikan pelupa sebagai alasan untuk menutupi tanggungjawab.
  • Pernahkah kita lupa menunaikan janji, lupa solat dan lupa membuat sesuatu pekerjaan yang disuruh? Kalau sesekali itu boleh disebut manusiawi,
  • tetapi kalau sering dilakukan bermakna kita terjebak dengan strategi nisyan.

Justeru, berhati-hatilah dengan hasutan dan godaan syaitan ketika menjalani kehidupan seharian.

7 Perangkap Iblis




Dalam mencapai kecintaan tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT, adalah menjadi kewajiban kepada setiap jiwa yang mengaku Muslim dan beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya untuk memperdalamkan ilmu dengan segala daya tenaga.

Di dalam perjalanan untuk mencari ilmu yang asrar yakni tinggi tahap fahamnya serta pelbagai kemuliaan yang khatir, maka bersedialah dalam mengorbankan tenaga serta memerah usaha kepada guru-guru yang mursyid dalam memahami tingkatan tipuan syaitan.

Pelbagai daya syaitan dan iblis dalam meminggirkan usaha mukmin daripada ibadah kepada ALLAH SWT;

1. Syaitan dengan berterusan melarang manusia daripada taat kepada ALLAH.

Sedangkan kepada orang-orang yang sentiasa patuh kepada ALLAH SWT pasti menolak ajakan syaitan dengan berkata “aku mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Untuk itu, hanya bekalan di dunia ini mampu membawaku kepada akhirat yang kekal”.

2. Dalam ibadat juga syaitan akan memujuk manusia meninggalkan taat kepada ALLAH SWT. Kata syaitan laknatullah ; “lakukan ibadatmu di waktu tua, masa masih muda”.

Bagi hamba ALLAH SWT yang terpelihara pasti menyatakan “Kematianku bukan terletak ditanganmu wahai syaitan dan iblis laknatullah. Sekiranya aku menundakan beramal pada hari ini untuk hari esokku, dapatkah aku beramal pada masa yang akan datang? Sedangkan mati itu sahaja tidak tahu bila bakal menjemputku. Apakah yang akan ku jawab didepan Tuhanku?”

3. Sifat tergesa-gesa adalah sifat syaitan. 

Maka syaitan akan mengesa manusia mempercepatkan amalan. Contohnya solat tanpa tomakninah, bagaikan ayam yang mematum-matuk makanan. Syaitan laknatullah akan mengatakan ; “cepatlah engkau beramal, perihal dunia yang lebih penting menantimu”

Manakala, bagi orang-orang yang selamat amalnya, pasti berkata ; “Amal yang baik tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna”

4. Kemudian, syaitan laknatullah akan meneruskan usahanya dengan tahapan lebih tinggi denganmenyuruh orang-orang yang soleh dan mukhlish beramal agar melaksanakan amal ibadat dengan sempurna agar tidak dicela orang lain.

Kepada orang-orang yang ikhlas amalnya pasti berkata ; “Cukuplah hanya ALLAH SWT sebagai penilai kepada segala amalanku, bukan kerana manusia aku ini beramal”

5. Tusukan hasutan syaitan diteruskan dengan membisikan pujian kepada orang yang beramal ; “hebat dan tersusun ibadatmu hingga engkaun kelihatan mempunyain darjat yang tertinggi berbanding orang lain”

Apabila mendengar lintasan itu, orang-orang soleh yang celik kehambaannya kepada ALLAH SWT akan berkata segala keaggungan dan pujian itu adalah dikembalikan kepada pemiliknya iaitu ALLAH SWT Yang Maha Jamil lagi Kamil. Bukanlah kekuatan itu miliku. ALLAH SWT adalah pemberi redha NYA hingga aku beramal sebagaimana diredhai NYA. Tanpa kurnia NYA Yang Esa, apalah yang dapatku harapkan daripada amalku yang tidak setanding dengan banyaknya dosaku.

6. Apabila mengetahui kegagalan usaha syaitan laknatullah, diteruskannya pula menghasut sesat manusia dengan cara yang lebih hebat. Caranya dengan membisikkan kepada manusia ; “bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr, jangan sampai diketahui amalmu itu oleh orang. Sesungguhnya hanya ALLAH akan mengkhabarkan kebaikan serta keikhlasanmu kepada orang lain”

Melihatkannya, menampakkan kebaikkan yang dilakukan pasti mendapat tempat di sisi ALLAH SWT Yang Maha Mulia. Namun, kepada Ahlul Haq pasti menyedari itu adalah usaha syaitan laknatullah meletakkan penyakit riya di hati.

Berkatalah Ahlul Haq dengan kebesaran ALLAH SWT ;
“hai syaitan laknatullah, tiada guna segala usahamu menyesatkan ku. Engkau berpura-pura memperbaiki amalanku, sedangkan engkau menginginkan kerosakkan amalku. Aku adalah hamba ALLAH SWT, aku tertakluk kepada kekuasaan NYA. Jika DIA berkehendak, ALLAH akan melahirkan atau menyembunyikan amalanku. DIA lah yang akan menentukan duduk letak mulia atau hina amalanku. Tiadalah kekhuatiran kepadaku andai amalanku dinampakkan atau tidak di kalangan manusia, kerana itu bukan urusan makhluk setarafku”

7. Seterusnya, syaitan laknatullah dengan segala usaha akan mengoda manusia dengan membisikkan ; “hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya ALLAH telah menetapkanmu sebagai orang yang berbahagia pada hari ‘azali kelak, maka meninggalkan ibadah tidak akan memudaratkan dirimu. Dan jika ALLAH menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tiada gunanya engkau beribadah, kerana engkau akan tetap celaka ”

Ketika inilah lahirnya golongan jabariah, qadariyyah (perbuatan mereka bukan daripada ALLAH, tetapi terhasil daripada diri sendiri), bahkan mujjassimmah dengan meletakkan ketentuan berdasarkan akal. Pada rupa luarnya seakan berlainan, namun jauh tersimpang dari manhaj Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Berhati-hatilah kalian dalam menghadapi tipu daya syaitan laknatullah.
http://almukminun.blogspot.com/

Politik Syaitan - Percaturan Syaitan


http://rezqi.com/wp-content/uploads/2010/03/syaitan.jpg 

Kitab Al-Arais Karangan Abi Ishak, halaman 29, maksudny : Diceritakan bahawasanya IBLIS berkata kepada Tuhannya ( ALLAH S.W.T ).

IBLIS : " Hai Tuhanku, telah Engkau laknat akan daku dan telah engkau keluarkan aku dari syurga dan telah engkau jadikan aku daripada syaitan yang dilontar dan dicela, padahal kepada Bani Adam(anak cucu Adam) telah engkau bangkitkan para Rasul, maka siapakah Rasul-rasulku? "

ALLAH S.W.T : " Rasul-rasulmu ialah tukang tenung. "

IBLIS : " Apakah kitab-kitabku? "

ALLAH S.W.T : " Wasyam yakni hikayat atau dongeng. "

IBLIS : " Apakah hadisku? "

ALLAH S.W.T : " Hadismu adalah dusta. "

IBLIS : " Apakah bacaaku? "

ALLAH S.W.T : " Bacaanmu adalah syair. "

IBLIS : " Siapakah tukang azanku? "

ALLAH S.W.T : " Mu'azzinmu ialah Seruling, Serunai(Mizmar) . "

IBLIS : " Apakah rumahku? "

ALLAH S.W.T : "Rumahmu ialah tandas. "

IBLIS : " Apakah masjidku? "

ALLAH S.W.T : "Masjidmu ialah pasar(pekan). "

IBLIS : " Apakah makananku? "

ALLAH S.W.T : "Makanan yang tidak dibaca Bismillah atasnya . "


IBLIS : " Apakah minumanku? "

ALLAH S.W.T : "Minumanmu ialah minuman yang memabukkan. "


IBLIS : " Siapakah pukatku? (jaringku) "

ALLAH S.W.T : "Jaringmu ialah PEREMPUAN. "
http://skyhanz.blogspot.com