Pages

Sunday, July 31, 2016

Budak tua

BAYEZID nampak seperti lelaki berusia 80 tahun. FOTO Cover Asia Press/Qamruzzaman.

Dhaka: Seorang budak lelaki berusia empat tahun tidak ubah seperti warga emas 80 tahun akibat penyakit dihidapi yang menyebabkannya jauh lebih tua daripada umur sebenar.
Bayezid Hossain, dari Magura di selatan Bangladesh mempunyai wajah sembap, mata cengkung serta kulit menggelebeh seperti orang tua.
Malah, dia turut mengalami masalah sama seperti warga emas apabila sendinya sering sakit selain sukar membuang air kecil dan giginya semakin longgar serta rapuh.
Orang kampungnya sering menjauhkan diri dan kanak-kanak juga takut bermain dengannya walaupun Bayezid sangat bijak.
Dia dipercayai menghidap progeria yang menyebabkan badan menua lapan kali kadar biasa.

Monday, July 11, 2016

Rambut 6kg dikeluarkan daripada perut wanita








COX (kanan) bersama anaknya, Alice.- AGENSI (gambar kecil) GUMPALAN rambut yang ditemui dalam perut Cox.

CHELTENHAM, Britain – Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan rambut seberat enam kilogram (kg) dari dalam perutnya baru-baru ini.

Sophie Cox, 23, yang berasal dari sini menghidap sejenis penyakit digelar Sindrom Rapunzel yang menyebabkan dia memakan rambutnya sendiri. Dia berbuat demikian selama tujuh tahun semasa sedang tidur.

Cox mula hilang berat badan dan menyedari terdapat bahagian di kepalanya yang botak sebelum mengalami sakit perut ketika mengandung anak perempuannya pada penghujung 2014.

“Pada Oktober 2015, saya tidak boleh makan tanpa muntah dan perut saya membengkak. Doktor tidak tahu mengapa keadaan saya sedemikian. Mereka membuat ujian batu hempedu dan kanser perut, namun tidak menemui apa-apa,” kata Cox.

Dia kemudian menjalani pemeriksaan endos­kopi pada November tahun lalu dan doktor menemui gumpalan rambut seberat 6kg di dalam perutnya.

Cox bagaimanapun terpaksa menunggu selama empat bulan sebelum menjalani pembedahan yang memakan masa selama enam jam bagi membuang gumpalan rambut itu pada April lalu.

Dia kini dipantau bagi memastikan tiada lagi gumpalan rambut baharu terbentuk di dalam perutnya.

– Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4E4MnS4mA
Hakcipta terpelihara