16 MEI 2016 DHAKA - BANGLADESH. Lebih 50 maut di seluruh Bangladesh akibat dipanah petir dalam tempoh dua hari lalu, kata polis.
Memetik laporan BBC, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia adalah petani yang sedang bekerja di sawah padi.
Mangsa lain termasuk dua orang pelajar di Dhaka yang maut dipanah petir ketika bermain bola sepak manakala seorang remaja lelaki meninggal dunia ketika memetik buah mangga.
Pakar berkata, peningkatan suhu dan penerokaan hutan berkemungkinan menjadi faktor.
Kira-kira 90 terbunuh akibat dipanah petir sejak Mac berbanding 51 mangsa pada tahun 2015, lapor Voice of America.
Ketua Pengurusan Bencana Bangladesh, Mohammad Riaz Ahmed memberitahu, peningkatan jumlah kematian akibat dipanah petir amat membimbangkan.
"Ribut petir diramalkan berpanjangan hingga akhir bulan ini," katanya.
Ribut tropika kerap melanda Bangladesh menjelang dan semasa musim tengkujuh yang berlangsung sehingga Jun hingga September.
No comments:
Post a Comment