Pages

Sunday, May 29, 2016

Bas atas kenderaan lain


Beijing: Jurutera di China - negara paling ramai penduduk di dunia - berjaya mendapat jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas teruk di negara itu dengan bas yang ditinggikan sehingga mampu bergerak di atas kenderaan lain.

Reka bentuk bas itu didedahkan di Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing ke-19. Bas berkenaan mampu membawa sehingga 1,200 penumpang.

Model skala ‘Bas Transit Ditinggikan’ (TEB) dipamerkan minggu ini menunjukkan seolah-olah kenderaan berkenaan berjalan di atas rel yang dibina di atas jalan raya, tidak ubah seperti gabungan tram dan bas.

Jurutera berharap reka bentuk bas itu membolehkan lebih banyak ruang di jalan raya seterusnya mengurangkan kesesakan berbanding jika bas biasa digunakan.

Ia juga dijangka menjimatkan kos berbanding pilihan pengangkutan awam lain seperti kereta api bawah tanah atau subway.

Ketua Jurutera projek TEB berkata: “Dengan kapasiti membawa sehingga 1,200 pada satu masa, TEB mempunyai fungsi sama dengan kereta api bawah tanah sedangkan kos pembinaannya hanya seperlima daripada yang diperlukan untuk subway.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 7:23 AM

MODEL bas ditinggikan dipamerkan pada ekspo teknologi di China.

No comments: