Menurut akhbar IL Fatto Quotidiano yang dipetik oleh laman web metro.co, suami wanita itu menuduh isterinya ‘lemah dalam pengurusan kerja-kerja rumah’.
Akhbar tersebut turut melaporkan, wanita berusia 40 tahun itu juga melakukan pembaziran kerana banyak makanan tidak dimakan.
Lelaki itu juga mendakwa merasa terhina sejak dua tahun lalu kerana isterinya itu tidak melayannya, selain tidak membenarkan lelaki tersebut tidur bersamanya di dalam bilik.
Lelaki berusia 47 tahun itu juga mendakwa ‘dipaksa hidup dalam keadaan kotor’.
Perbicaraan terhadap wanita itu akan diadakan pada 12 Oktober ini.