Luar biasa tetapi menakutkan. Itulah gambaran hasil seni seorang artis dari Russia yang menjadi sensasi di media sosial selepas menyiarkan rakaman video bagaimana dia membuat anak patung yang seolah-olah ‘hidup’.
Para pengumpul sangat tertarik dengan lima anak patung dibawa Zajkov dikenali sebagai Anastasia, Antonina, Zoe, Nina dan Xenia yang melonjakkan popularitinya.
“Anak patung saya lebih realistik berbanding yang lain dan ramai mengatakan hasil rekaan saya amat menyeramkan,” katanya.
Namun, katanya, dia gembira dengan reaksi orang ramai apabila pertama kali melihat anak patung rekaannya itu.
Malangnya, Zajkov tidak mengambil sebarang tempahan walaupun anak patungnya sering dibeli pengumpul.
Menurutnya, dia kini sedang mengusahakan projek terbaru, pameran anak patung lelaki yang bakal dibuka di pertunjukkan Doll Salon Antarabangsa di Moscow pada Mac ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111878#sthash.OZXz86QB.dpuf
Diperbuat daripada tanah liat khas, mata kaca, rambut palsu dan 13 sendi yang bersambung, anak patung ciptaan Michael Zajkov diukir dan diwarnakan dengan penuh ketelitian.
Artis yang berpangkalan di Moscow itu mempelajari seni ukiran di Univeriti Kuban di selatan Russia ketika bekerja di teater boneka, malah membuat pakaian patung berkenaan sendiri.
Bermula dengan anak patung pertama pada 2010, dia kini menyiarkan gambar boneka seolah hidup itu di laman Instagram dan dia kini mempunyai lebih 103,000 pengikut setia dari seluruh dunia.
Bukan sekadar menyiarkan gambar anak patung yang telah siap, Zajkov juga sering berkongsi rakaman video pendek mengenai sedikit proses membuat anak patung dari dalam studionya.
Malah terdapat imej kepala anak patung yang belum disambungkan dengan anggota badan di sekeliling studionya.
Zajkov memberitahu, inspirasi di sebalik ciptaannya adalah pembuat anak patung ‘hyper -realistik’ seperti Laura Scattolini dari Itali dan Anne Mitrani dari Perancis.
Katanya, dia menggunakan fesyen awal abad ke-20 sebagai pakaian kepada anak patungnya itu dengan menjadikan sutera dan renda antik sebagai bahan hiasan utama.
Selepas tamat pengajian di universiti pada 2009, dia bekerja dengan pereka fesyen, Irina Kuzyomina dan belajar menjahit pakaian anak patung.
Dia mula mencipta nama selepas membawa beberapa ciptaannya ke Art Dolls, pameran seni antarabangsa di Moscow pada 2013.
MATA anak patung menggunakan kaca Jerman yang dilukis tangan. |
SALAH satu anak patung ciptaan Zajkov, Alice yang mengenakan fesyen era kurun 20-an yang diperbuat dari dari kain lace dan memakai topi bonet. |
ANTARA koleksi ciptaan Zajkov sebelum dikenakan pakaian. |
ANAK patung berwajah manusia yang sebesar tapak tangan. |
KEBANYAKAN koleksi anak patung Zajkov mengenakan pakaian dari kain sutera dan renda antik manakala rambut daripada mohair Perancis. |
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 9:49 AM
No comments:
Post a Comment