Pages

Thursday, January 28, 2016

Wanita dakwa panjang umur kerana amalan merokok


LAMICHHANE mendakwa amalan merokok sejak 95 tahun lalu salah satu sebab dia dapat hidup sehingga 112 tahun. - AGENSI


KATHMANDU, Nepal – Seorang wanita berusia 112 tahun di sini mendakwa dia dapat hidup lama kerana tabiat menghisap sebanyak 30 batang rokok pada setiap hari.
Batuli Lamichhane berkata, dia menghisap rokok sejak berusia 17 tahun dan terus mengamalkan tabiat buruk itu hingga ke hari ini.


SENTIASA bergerak aktif dan bebas tekanan antara rahsia Lamichhane hidup lama.- AGENSI


Namun, Lamichhane menasihatkan supaya hanya mengambil rokok tempatan, beedis yang digulung sendiri dan mengelak daripada menghisap rokok komersial yang banyak dijual di pasaran.
“Saya tidak kisah mengenai usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” kata Lamichhane.
Dia turut berkongsi rahsia kesihatan dengan sentiasa bergerak aktif dan tidak membiarkan diri berasa tertekan.
“Orang pada zaman moden ini mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3yUMuqYHS 
Hakcipta terpelihara 

No comments: