Replika pesawat Boeing 737 yang dibina Wang Lin untuk dijadikan sebagai sebuah restoran di wilayah Henan, China. AGENSI
BEIJING 3 Jan. – Kerja sebagai petani tidak menghalang hasrat seorang lelaki di China menampilkan ideanya untuk membina sebuah replika pesawat Boeing 737 yang dirancang dijadikan sebagai sebuah restoran.
Portal UPI melaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Wang Lin, 61, mengetuai sekumpulan petani untuk membina replika tersebut di kawasan lapang dekat wilayah Henan selepas dia mendalami ilmu kejuruteraan mekanikal dan besi pada hujung 2014.
Lin mengakui dia membesar tanpa pendidikan sewajarnya, tetapi kekurangan tersebut bukan penghalang buat dirinya untuk mencapai impian yang lebih besar.
“Saya telah berjaya membina pesawat berukuran 35 meter panjang dengan ukuran sayap sepanjang 38 meter.
“Pelan seterusnya adalah menghiasi bahagian dalaman pesawat untuk dijadikan sebagai sebuah restoran yang unik,” katanya sambil menambah projek berkenaan telah menelan kos sebanyak AS$22,000 (RM94,457).
No comments:
Post a Comment