15 Januari 2016 12:39 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-tertua-di-dunia-131-tahun-di-brazil-1.179741#sthash.MGyTb2zF.dpuf
Joao Coelho de Souza berusia 131 tahun (kiri) bersama Kennedy Afonso. De Souza dari bandar Acre dipercayai lelaki tertua di dunia. AGENSI
BRASILIA 14 Jan. – Seorang kakitangan awam di Brazil, baru-baru ini mendakwa berjaya menemui seorang warga emas berusia 131 tahun di bandar Acre yang layak digelar sebagai lelaki tertua di dunia.
Portal Mirror.co.uk melaporkan, kakitangan keselamatan sosial, Kennedy Afonso mengejutkan ramai pihak pada Isnin lalu apabila memuat naik gambar warga emas tersebut, Joao Coelho de Souza bersama sijil kelahirannya yang bertarikh 10 Mac 1884 di laman Facebooknya.
Dokumen itu menunjukkan de Souza dilahirkan di kota Meruoca di bandar Ceara, dan Afonso memberitahu bahawa rakan sekerjanya mengesahkan warga emas itu masih hidup dan kini tinggal bersama isterinya yang berusia 62 tahun serta cucu perempuannya.
Afonso turut menggesa kerajaan negeri mengesahkan penemuan itu dan mendaftarkan de Souza sebagai pemegang rekod terbaharu sebagai lelaki tertua di dunia dalam Guinness World Records.
“Saya bertanya kepada salah seorang anaknya jika ada sesiapa pernah menemuramah de Souza dan terkejut apabila mengetahui belum pernah ada sesiapa yang pernah berbuat demikian.
“Justeru saya merayu kepada kerajaan tempatan supaya datang bersama badan-badan berkaitan agar de Souza mendapat tempat dalam Guinness World Records sebagai manusia tertua di dunia yang masih hidup di Brazil,” katanya.
Guinness World Records sebelum ini mengiktiraf Yasutaro Koide dari Jepun yang berusia 112 tahun sebagai manusia tertua, manakala wanita Perancis, Jeanne Calment yang meninggal dunia ketika berusia 122 pada 1997, memegang rekod manusia paling lama hidup di dunia.
No comments:
Post a Comment