Seorang lelaki bermanja dengan seekor beruang yang bersaiz tiga hingga empat kali lebih besar daripadanya di sebuah pusat perlindungan haiwan di Rusia, baru-baru ini. Agensi
MOSCOW 13 Jan. - Seorang lelaki Rusia layak digelar manusia luar biasa selepas berjaya mendekati dan memeluk seekor beruang gergasi, yang sememangnya terkenal sebagai haiwan paling bahaya di dunia.
Menurut portal Mail Online, aksi ‘manja’ tersebut dirakam di sebuah taman perlindungan haiwan di sini baru-baru ini.
Dalam video tersebut, lelaki yang memakai baju berwarna kelabu dan seluar jean itu dirakam memeluk haiwan ganas terbabit yang bersaiz tiga atau empat kali ganda daripadanya sambil sesekali mengusap kepala beruang berkenaan.
Pada satu ketika, beruang itu dilihat memeluk bahu lelaki berkenaan, menggesel kepalanya pada dada lelaki tersebut serta menjilat pipinya.
Tindakan beruang itu membuatkan lelaki berkenaan ketawa besar.
Beruang itu juga kelihatan ‘selesa’ sepanjang bersama lelaki tersebut.
Identiti lelaki itu tidak dinyatakan, namun berdasarkan kesan lumpur pada pakaiannya, dia mungkin bekerja di pusat perlindungan haiwan tersebut dan sudah biasa mengendalikan haiwan ganas berkenaan.
No comments:
Post a Comment