WISCONSIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dari Fond Du Lac, Wisconsin, Tim Friede, 37, membiarkan dirinya digigit ular berbisa untuk membuat dirinya menjadi kebal.
Bagi membuktikan perkara itu, Friede yang juga merupakan seorang saintis muda menunjukkan saat-saat dirinya digigit oleh dua ekor ular berbisa di dunia, iaitu ular tedung hitam dan ular orok-orok di depan orang ramai.
Memetik laporan Metro.Uk. Friede mendakwa dia telah melakukan 'aktiviti' itu selama 16 tahun.
"Selain untuk menjadi kebal, saya juga ingin mencari vaksin bagi mencegah bisa ular, sepanjang 16 tahun itu saya telah digigit ular berbisa lebih daripada 160 kali," katanya.
Lebih membahayakan, semua percubaan itu tidak dipantau oleh doktor.
Maka tidak menghairankanlah, apabila obsesinya ini menyebabkan dirinya hampir mati dalam beberapa 'uji kaji'.
Bahkan kerana selalu membahayakan dirinya, akhirnya isterinya meminta bercerai pada Oktober tahun lalu.
Sementara itu menurut , Dr. Brian Hanley, seorang ahli mikrobiologi dari Universiti California, ujian yang dilakukan oleh Freide telah menunjukkan dirinya memiliki dua kali ganda antibodi menentang bisa ular berbanding manusia biasa.
"Badannya telah 'alah' dengan bisa ular," katanya.

No comments:
Post a Comment