Empat gambar berlainan merakamkan kesan fenomena El Nino kepada manusia dan dunia sepanjang 2015. AGENSI
NEW YORK 21 Jan. - Sekumpulan saintis melaporkan bahawa 2015 merupakan tahun paling panas dalam sejarah cuaca dunia, sekali gus memecah rekod yang dicatat pada tahun sebelum itu.
Portal berita nytimes.com melaporkan, peningkatan suhu panas pada 2014 berlanjutan sehingga 2015 dan merubah corak cuaca di seluruh dunia.
Di Amerika Syarikat (AS) dan kawasan sekitarnya, tahun 2015 merupakan tahun kedua terpanas di dunia dan cuaca panas itu berterusan sehingga Disember lalu.
Cuaca panas itu telah mencetuskan banjir musim sejuk di luar jangkaan sehingga melimpahi Sungai Mississippi.
Saintis telah meramalkan peningkatan suhu global beberapa bulan sebelum itu lagi, sebahagian besarnya disumbangkan oleh corak cuaca El Nino, yang menjadi fenomena terbesar dalam abad ini, yang melepaskan jumlah haba yang tinggi dari Lautan Pasifik ke atmosfera.
Tetapi sebahagian besar rekod panas yang dicatat pada 2015 disumbangkan oleh pemanasan planet dalam jangka panjang disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau oleh manusia.
“Seluruh sistem itu mengalami peningkatan pemanasan,” kata Gerald A. Meehl, seorang saintis dari Pusat Sains Nasional bagi Penyelidikan Atmosfera di Boulder, Colo.
Ia akan mengambil masa selama beberapa tahun untuk memastikan kesannya, tetapi rekod berturut-turut yang dicatatkan pada 2014 dan 2015 mungkin telah meletakkan dunia pada landasan pemanasan global yang sangat pesat, selepas suatu tempoh pemanasan yang perlahan sejak El NiƱo paling buruk pada 1998.
Ahli-ahli politik pula mendakwa gas dari rumah hijau bukan punca masalah, merujuk kepada tempoh perlahan itu untuk mempertikai bahawa ‘amaran pemanasan global telah berhenti pada 1998’ dan kenyataan serupa muncul baru-baru ini semasa kempen oleh calon Presiden AS dari Parti Republikan.
No comments:
Post a Comment