Sebuah paten yang difailkan syarikat itu mendedahkan bahawa drone penghantaran itu akan dihubungkan dengan telefon pintar pembeli bagi membawa barangan yang dibeli berdasarkan lokasi semasa pengguna.
Mail Online melaporkan mesin itu itu juga dapat menyampaikan maklumat kepada drone lain tentang cuaca dan keadaan sebenar lalu lintas.
Sekiranya idea drone itu sedikit merisaukan pembeli, pembeli mempunyai pilihan untuk memaklumkan tentang lokasi lain supaya mesin itu dapat menghantar pesanan pengguna seperti ke rumah dan tempat kerja.
Malah, pengguna yang mengubah fikiran tentang lokasi penghantaran pesanan mereka itu boleh berbuat demikian kerana drone mampu mengemaskini laluan mereka ketika sedang terbang.
Amazon mendedahkan mereka juga akan menggunakan kenderaan tanpa pemandu, selain drone seperti kereta bagi menghantar pesanan pengguna bergantung kepada saiz yang ditempah.
Sementara itu, sistem radar, sensor, kamera dan sonar akan digunakan pada drone bagi mencari lokasi pendaratan yang selamat dan mengelak pendaratan di atas orang ramai.
Syarikat itu melepasi ujian daripada pihak berkuasa AS bagi menguji versi terbaharu drone itu pada bulan lalu selepas mengumumkan tentang rancangan berkenaan pada tahun lalu.
Difahamkan, Amazon akan menggunakan drone bagi penghantaran pesanan kepada pelanggan bagi jarak jalan 16 kilometer atau jarak yang dianggap memerlukan penggunaan drone. – AGENSI