Pages

Sunday, March 29, 2015

Sukar buang hajat kecil


China: Pelanggan lelaki di sebuah restoran mengadu mereka sukar kencing kerana patung model yang diletakkan dalam tandas restoran itu begitu realistik dan terlampau seksi.

Tiga patung model itu diletakkan di depan tempat kencing lelaki, menyebabkan beberapa pelanggan berkata, mereka sukar buang hajat kecil.

Restoran itu terletak di bandar Taiyuan, Shanxi, wilayah di utara China.

Untuk membolehkan mereka menggunakan tandas, pelanggan lelaki perlu berdiri di sebelah panel kaca yang menempatkan tiga patung model itu.

Seorang pelanggan, Sun Kao, 24, memberitahu stesen televisyen tempatan: “Saya keluar dari tandas itu apabila melihat wanita di dalamnya kerana menyangka saya silap masuk. Tetapi apabila saya mengesahkan ia memang tandas lelaki, saya masuk balik. Tetapi saya tidak boleh melepaskan hajat kecil saya.

“Walaupun patung, ia kelihatan macam betul, menyebabkan saya tak selesa.”

Gambar tandas berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata di media sosial China dengan ramai pengguna menyuarakan simpati terhadap tetamu yang merasakan privasi mereka terganggu.

Seorang pengguna menulis: “Saya dapat bayangkan pelanggan yang merasa malu apabila hendak membuang hajat kecil mereka.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:14 AM

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki cuba membuang air kecil di tandas restoran di Shanxi itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39849#sthash.9EbMpagN.dpuf

No comments: