EVELYN, 27, dari Cape Girardeau, Missouri, di Amerika Syarikat mempunyai tabiat pelik iaitu gemar minum penyegar udara setiap hari.
“Saya amat gemarkan rasa penyegar udara. Ramai yang memberi reaksi jijik ketika saya menyemburnya di khalayak ramai, namun itu tidak sedikit pun mengurangkan ketagih saya,” katanya.
Evelyn mengaku telah menyembur sehingga 50 kali penyegar udara sehari atau 20 botol seminggu, selama tiga tahun. Malah, dia juga hanya gemarkan penyegar udara dengan perasa semula jadi yang segar.
Tunangnya, Ricky berkata, meskipun dia tidak memahami minat Evelyn, tetapi dia tetap membelikan sebotol penyegar udara untuk tunangnya itu.
“Kadang-kadang apabila terjaga pada tengah malam, saya lihat dia sedang sembur penyegar udara itu ke dalam mulutnya. Memang ia menjijikkan, tetapi disebabkan itu minatnya jadi saya ikutkan sahaja,” katanya. – Mail Online

No comments:
Post a Comment