CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki bersama bapanya mengambil inisiatif mengubahsuai sebuah bas sekolah kepada sebuah rumah mini bergerak.
Patrick Schmidt yang tidak bekerja dan tinggal di California membeli bas sekolah dengan harga AS$ 4,500 (RM 19,366) pada Mac lalu dan kemudian memperuntukkan tiga bulan untuk menjadikan bas tersebut sebuah rumah mini bergerak.
Dengan bantuan bapanya, Patricks mengubahsuai bas yang berkeluasan 189 kaki persegi kepada sebuah rumah mini menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai serba guna dan secara dalam talian.
Projek tersebut yang menelan belanja £5,919 (RM28, 063) dilengkapi dengan penghawa dingin, dapur, bilik tidur serta tandas.
Patrick turut mengembara bersama rumahnya iaitu lebih 10,000 batu perjalanan merentasi 30 negeri termasuklah California, Colorado dan New York.
"Saya akan terus menambahbaik Skoolieslove (rumah mininya) dan mempromosikan kehidupan ringkas. Meneruskan pengembaraan, bertemu orang ramai dan mencari pengalaman baru,' kata Patrick dipetik MailOnlin
e
No comments:
Post a Comment