BATU labah-labah atau lebih dikenali sebagai Spider Rock setinggi 245 meter adalah ciri geologi paling ketara di Monumen Negara Canyon de Chelly dekat bahagian timur laut Arizona.
Ia juga merupakan salah satu menara berdiri bebas paling tinggi di dunia.
Malah ia dianggap sebagai sebuah tempat suci bagi masyarakat Navajo dan destinasi mendaki kepada pendaki dan pelawat.
Ada yang mengatakan pembentukannya bermula 230 juta tahun lalu dan gabungan pasir dimampatkan dari semasa ke semasa akhirnya membentuk batu pasir merah monolit yang dinamakan Spider Rock oleh kaum Red Indian atau Navajo.
Masyarakat Navajo dahulunya membina gua di atas puncak menara dan tinggal di bahagian tebing. Kebanyakan gua terletak tinggi bagi melindungi mereka daripada musuh dan banjir kilat.
Tugu Negara Canyon de Chellyini meliputi kawasan seluas 3,393 kilometer persegi dan pada tahun 2009, ia diiktiraf sebagai salah satu monument kebangsaan paling kerap dilawat di Amerika Syarikat. – Ilhawa
i
No comments:
Post a Comment