MICHIGAN, Amerika Syarikat (AS) – Misteri kehilangan seorang warga emas sejak sembilan tahun lalu terungkai selepas Google Maps berjaya merakam imej sebuah kereta yang tenggelam di dalam sebuah tasik.
Davie Lee Niles yang berusia 72 tahun dilaporkan hilang pada 11 Oktober 2006 selepas dia dilihat kali terakhir di Bar Jake di Byron.
Ketika itu, ahli keluarganya berkata, dia yang menghidap penyakit kanser telah keluar untuk menemui seorang rakannya.
Bagaimanapun, dia kemudian meninggalkan rakannya itu secara tiba-tiba, namun tidak pulang ke rumah. Mereka kemudian membuat laporan polis tetapi usaha mengesan gagal menemuinya.
Sementara itu, seorang kakitangan Google Maps, Brian Houseman berkata, dia terlihat imej kereta yang tenggelam di dalam sebuah tasik menyebabkan dia segera menghubungi pihak polis.
“Saya tidak sangka terdapat sebuah kereta yang tenggelam di tasik itu. Tidak ada sesiapa yang boleh mengesan objek itu dengan tepat memandangkan airnya agak keruh,” katanya.
Pihak polis kemudian menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum mengesahkan itu adalah mayat Niles. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3rdpZIffl
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment