Pages

Tuesday, September 22, 2015

Penyelidik dedah tiket tunai haji kurun ke-19


London: Seorang penyelidik dari Kolej St John, University of Cambridge mendedahkan tiket menunaikan haji ke Makkah dari kurun ke-19 dipercayai antara pakej percutian pertama di Britain.

Kajian Dr John Slight mendapati tiket itu dikeluarkan syarikat pelancongan Thomas Cook & Son pada 1886 untuk perjalanan menaiki kapal api dari Jeddah ke Bombay (kini Mumbai) selain tiket kereta api tambahan dengan keseluruhan pakej pergi dan balik merangkumi pelbagai kawasan di India ke Makkah serta Madinah.

Satu risalah turut ditemui bertajuk ‘The Mecca Pilgrimage’ yang menghuraikan proses perjalanan bagi jemaah haji.

Menurut kajian Dr Slight, Thomas Cook & Son dilantik ejen pelancongan rasmi bagi mereka yang mahu menunaikan haji oleh kerajaan British ketika itu untuk memudahkan penyelarasan jemaah dari India ke Makkah bagi mengekang pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap golongan itu.

Syarikat itu diberi kontrak untuk menguruskan tiket, perjalanan kereta api, kapal dan logistik lain bagi membolehkan umat Islam di India menunaikan haji.

Bagaimanapun, projek itu tidak kekal lama apabila pada 1893, firma itu menanggung kerugian dan terpaksa menarik diri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 7:22 AM

Tiket bagi perjalanan ke Makkah bertarikh 1886.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79256#sthash.VZHV07p0.dpuf

No comments: