Gordon Blacklock dinobatkan sebagai Raja Muka Terhodoh Dunia 2015, baru-baru ini. AGENSI
EGREMONT, England 21 Sept. – Seorang penduduk tempatan Gordon Blacklock tidak menyangka dirinya dinobatkan sebagai Raja Muka Terhodoh Dunia, baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, Blacklock menewaskan juara bertahan, Tommy Mattinson yang juga merupakan juara 16 kali berturut-turut pada Pertandingan Muka Terhodoh, sebelum ini.
“Saya tidak pernah menyangka akan menang. Saya hanya melakukan yang terbaik dan selebihnya terpulang kepada pengadil,” ujarnya.
Sementara itu, Clare Spedding, yang juga penduduk tempatan di pekan ini mempertahankan kejuaraan dalam kategori wanita, sebagai Ratu Muka Terhodoh, buat kali kedua berturut-turut.
Ratu Muka Terhodoh sebelum Spedding dipegang Anne Woods, yang meninggal dunia pada musim bunga lalu, selepas menjadi juara sebanyak 28 kali sejak 1977.
Pertandingan itu diperkenalkan di Egremont, Cumbria, sejak 1267, sebagai sebahagian daripada acara sempena Festival Ketam yang diadakan di pekan itu pada setiap tahun.
Menjadi kelaziman bagi penduduk tempatan di Cumbria, utara England untuk menyambut festival pelik pada pertengahan September setiap tahun, yang dikenali sebagai ‘Gurn’ atau mempamerkan mimik muka paling hodoh.
Sebelum memulakan pertandingan, peserta dikehendaki menyarung sejenis alat khas berbentuk gegelung di leher mereka yang dipanggil ‘Horse Collar’.
Gegelung tersebut berfungsi sebagai bingkai bagi menambahkan lagi kehodohan ekspresi wajah yang dipamerkan peserta sebelum pihak juri memilih pemenangnya
No comments:
Post a Comment