Dave WhitlockL
LONDON 6 Sept. – Seorang jurutera kimia mendakwa dia sudah berbelas tahun tidak mandi kerana mahu bakteria membiak dengan baik pada kulit badannya.
Mail Online melaporkan, Dave Whitlock bekas graduan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah tidak mandi lebih 12 tahun, selain turut menyemburkan ubat mengandungi bakteria hidup pada kulit badannya sebanyak dua kali sehari.
Whitlock berkata, dia menggunakan produk semburan Mother Dirt ciptaannya yang mengandungi sebatian AOBiome bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat dan menarik.
“Saya tidak mandi lebih 12 tahun kerana tiada sesiapa pernah melakukan ujian klinikal bagi membuktikan mandi setiap hari merupakan perbuatan yang sihat.
“AOBiome akan menjadikan kulit sukar dijangkiti penyakit, selain meningkatkan kekuatan kulit,” dakwanya, sambil menambah kata, dia akan mencuci kulitnya dengan span sekali-sekala.
Tambah Whitlock, idea menghasilkan ‘bakteria baik’, timbul selepas seorang wanita bertanya kepadanya kenapa kuda suka berguling di atas tanah dan mandi lumpur ketika musim panas.
“Kuda tidak akan melakukan sesuatu perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan kajian yang dijalankan mendapati bakteria mampu memberi kesan baik kepada kesihatan kulit,” dakwanya.
No comments:
Post a Comment