Pages

Wednesday, September 23, 2015

Bina pulau mudah alih untuk bilionair



REKA bentuk konsep sebuah pulau bergerak yang akan dibina khusus untuk golongan kaya.


LONDON– Sebuah syarikat merancang membina pulau mudah alih khusus untuk golongan bilionair yang lengkap dengan kemudahan rumah emper, air terjun dan tapak pendaratan helikopter.
Menurut Pengarah Urusan, Migaloo Private Submersible Yachts, Christian Gumpold, spesifikasi sebenar reka bentuk pulau tersebut terpulang kepada permintaan pelanggan.
“Kami kini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pelanggan yang berminat dengan projek ini. Kami bangunkan dulu reka bentuk konsep sebelum membina mengikut permintaan mereka,” katanya.
Katanya, pulau mudah alih dikenali sebagai Kokomo Ailand itu boleh digerakkan ke lokasi tertentu itu dan sesuai dijadikan sebagai hotel kelas mewah, pejabat operasi syarikat dan kasino.
Pemilik pulau tersebut bukan sahaja boleh menikmati pemandangan 360 darjah di rumah emper tetapi juga memiliki kemudahan tangga bergerak setinggi 80 meter.
Selain itu, penghuninya turut disediakan kemudahan termasuk spa, gim, salon kecantikan, tempat minum dan kolam renang serta dikelilingi taman dan pokok-pokok kelapa. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3mVYecT41 
Hakcipta terpelihara 

No comments: