WALLINGFORD - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja lelaki yang berusia 15 tahun mendaftar sebagai calon Presiden Amerika Syarikat , sekaligus menjadi calon termuda untuk kerusi tersebut.
Remaja lelaki yang bernama Brady Olson, 15, yang berasal dari Wallingford, Iowa dilaporkan mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan Amerika Syarikat bulan lepas petik laporan New York Times.
Menurut ayahnya, anaknya itu adalah seorang pelajar sekolah menengah yang 'belum bekerja, belum mempunyai anak dan belum menikah.
Sementara menurut Olson dia menyertai persaingan merebut kerusi Presiden AS kerana untuk membawa masa depan yang lebih baik untuk Amerika.
"Saya sungguh-sungguh tidak ingin melihat Hillary Clinton, Jeb Bush, atau Donald Trump di Rumah Putih, jadi saya ingin mencuba melawan mereka,” katanya.
Hebatnya anak muda ini kini trending di Twitter dan mendapat dukungan sembilan peratus suara bayangan dari North Carolina.
No comments:
Post a Comment