Rakaman drone oleh Dustin McCaslin menunjukkan ikan jerung putih (dalam bulatan) berenang di bawah peluncur di Pismo State Beach, California, baru-baru ini. Agensi
CALIFORNIA 11 Ogos – Seorang pengunjung Pismo State Beach yang berhasrat merakam aksi peluncur air menggunakan drone miliknya, terkejut apabila mendapati bayangan jerung berada betul-betul di bawah beberapa orang peluncur di pantai berkenaan, baru-baru ini.
Menurut Daily Mail, Dustin McCaslin dari Bakerfirled menggunakan drone DJI Phantom 3 ketika merakamkan pemandangan tersebut.
“Saya ternampak objek hitam yang pelik, namun pada mulanya menyangka itu hanya rumpai laut. Selepas meneliti rakaman, saya dapati objek tersebut mempunyai bayang sirip dan ekor yang mengepak tajam seolah-olah seperti seekor ikan jerung putih yang sangat besar.
“Sejurus itu saya terus ke pantai dan menunjukkan rakaman tersebut kepada anggota penyelamat pantai. Mereka mengesahkan objek tersebut seekor jerung putih sebesar kira-kira tiga meter.
McCaslin berkata, selepas penyelamat pantai melihat rakaman itu, mereka segera ke lokasi berkenaan dengan bot untuk menyiasat.
Tambahnya, jerung sentiasa berlegar berhampiran pantai, cuma orang ramai tidak dapat melihat haiwan berkenaan melainkan terdapat alat pengesan seperti drone.
Menurut laporan Universiti Stanford, risiko serangan jerung di California telah berkurangan hampir 91 peratus sejak 1950, biarpun pantai California masih penuh dengan kehadiran jerung yang sentiasa berlegar di kawasan perairan itu.
No comments:
Post a Comment