Portal Oddity Central melapor­kan, kampung Houtou Wan yang terletak di satu daripada 394 pulau di Kepulauan Shengsi, merupakan bekas bandar nelayan yang membangun pesat beberapa dekad lalu tetapi ditinggalkan selepas kawasan itu tidak lagi mampu menampung kadar pertumbuhan penduduk dan industri perikanan di sana.
Pertumbuhan industri perikanan juga menyaksikan kapal-kapal besar tidak dapat lagi berlabuh di pulau tersebut kerana kece­tekan paras air di teluk di pulau itu sehingga mempengaruhi pemba­ngunan di bandar tersebut.
Kini, pokok ivy tumbuh meliar di setiap inci kebanyakan bangunan di kampung tersebut.
Kecantikan pemandangan di kampung tersebut menarik kembali manusia ke pulau tersebut, tetapi bukan untuk tinggal semula di situ, tetapi untuk melihat keindahan pemandangan di pulau berkenaan.
Beratus-ratus pengunjung me­ngunjungi Houtow Wan setiap hari untuk menyaksikan sendiri keunikan bandar lama tersebut.
Sejumlah warga emas yang merupakan bekas penduduk kampung tersebut turut kembali ke pulau berkenaan.
Seorang bekas nelayan, Sun Ayue, 59, juga membuat keputusan untuk tinggal di pulau tersebut tanpa bekalan elektrik dan air.