Penemuan itu nyata menggemparkan penduduk di sekitar Danau Limboto yang pertama kali melihat saiz belut berkenaan yang amat besar.
Liputan6.com melaporkan, penduduk sekitar yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan baru pertama kali melihat belut seperti itu yang dianggarkan seberat 80 kilogram.
Seorang penduduk, Noval 
berkata, dia terkejut apabila 
berjaya menangkap belut tersebut.
“Saya terkejut kerana dapat belut itu, sekarang saya mahu jual kalau ada yang memberi tawaran tertinggi,’’ kata Noval.
Noval menjelaskan, oleh kerana saiz belut itu terlalu besar, 
sebanyak dua orang diperlukan 
untuk mengangkat haiwan 
berkenaan ke permukaan air.
Ketika ini, Noval menyimpan belut itu di rumahnya yang terletak di mukim Telaga.
Tambah Noval, buat masa ini, dia telah diberikan tawaran 
sebanyak 900,000 rupiah 
(RM 254) untuk menjual belut raksasa itu.