Pages

Tuesday, July 7, 2015

China guna haiwan ramal gempa bumi

Gambar yang dirakam pada 3 Julai lalu ketika gempa bumi 6.5 melanda wilayah Pishan, utara China menyebabkan ribuan rumah runtuh atau rosak serta enam mati. - Foto AP
Beijing: Penyelidik kerajaan China yang cuba menggunakan ayam, ikan dan katak untuk meramalkan gempa bumi, sudah mengubahsuai tujuh ladang haiwan menjadi stesen seismologi.
Akhbar China Daily melaporkan pemilik ladang di Nanjing itu diarah memberi maklumat mengenai kelakuan haiwan di ladang mereka dua kali sehari kepada agensi seismologi.
Keganjilan kelakuan dan tindak balas haiwan boleh dikaitkan dengan gempa bumi seperti ayam terbang ke atas pokok, ikan melompat keluar dari kolam dan katak bergerak secara berkumpulan.
Akhbar itu melaporkan, tujuh lagi ladang di Nanjing akan dipilih tahun ini dengan menyediakan kemudahan menempatkan tiga jenis haiwan itu serta peralatan pemantauan.
Penggunaan haiwan bagi meramal gempa bumi bukan baru di China kerana tahun lalu, Nanchang menggunakan anjing untuk meramalkan gegaran. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 4:22 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62454#sthash.dk2xS4xX.dpuf

No comments: