Pages

Monday, June 29, 2015

Tunisia tutup 80 masjid


KAKITANGAN perubatan bersiap sedia memindahkan mayat mangsa pembunuhan di sebuah resort di tepi pantai Sousse, Tunisia semalam.


TUNIS – Kerajaan Tunisia semalam memutuskan untuk menutup 80 masjid yang didakwa mempunyai kaitan menyebarkan aktiviti keganasan termasuk menyebabkan serangan yang mengorbankan 39 orang kelmarin.
“Semua 80 buah masjid akan ditutup dalam masa seminggu,” kata Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid.
Katanya, langkah itu juga sebagai salah satu tindakan meningkatkan kawalan keselamatan ekoran pembunuhan di sebuah resort tepi pantai Saosse.
Habib memberitahu, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu terdiri daripada warga Britain rakyat Jerman, Belgium dan lain-lain negara.
“Kerajaan akan mengambil langkah ke–selamatan tambahan luar biasa,” katanya yang menekankan kepada kawasan pelancongan dan arkeologi.
Tentera simpanan juga telah dikerahkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di semua lokasi yang berpotensi menjadi sasaran pengganas.
“Kerajaan juga akan membubarkan parti politik dan mana-mana pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang,” kata Habib merujuk kepada kumpulan yang menyebarkan fahaman radikal.
Semalam, militan Islamic State (IS) me–ngaku bertanggjawab melakukan serangan oleh seorang anggota mereka yang bernama Abu Yahya al-Kairouani. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3eRLT4aFo 
Hakcipta terpelihara 

No comments: