Gambar makhluk asing yang dirakam oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949, dipamerkan kali pertama di National Auditorium, New Mexico, baru-baru ini. AGENSI
NEW MEXICO 11 Mei - Dua keping gambar yang diambil oleh seorang ahli geologi, menjadi bahan bukti penting menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas di Roswell, di sini pada tahun 1940-an, dinaiki oleh makhluk asing.
Laman web Inquisitr melaporkan, gambar yang memaparkan sebahagian daripada bentuk badan makhluk asing itu diambil oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949 dengan menggunakan filem Kodachrome.
Pakar UFO mengesahkan, gambar tersebut tulen dan tidak wujud sebarang unsur penipuan selepas menjalankan kajian selama lima tahun.
“Kami percaya gambar berkenaan adalah tulen kerana pada masa itu lakaran makhluk asing masih belum wujud dan tidak mungkin manusia boleh memikirkan cara menghasilkan model sedemikian.
“Ini jelas menunjukkan memang wujud perhubungan antara makhluk asing dengan Bumi sejak dahulu lagi,” kata pakar UFO Mexico, Jaime Maussan ketika menjadi pengacara dalam rancangan Be A Witness, yang memaparkan imej makhluk asing berkenaan kepada umum buat pertama kali di National Auditorium, baru-baru ini.
Kata Maussan, gambar tersebut dijumpai di dalam kotak yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama di rumah loteng milik Ray di Arizona, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, pengkaji dan penulis buku UFO terkenal, Richard Dolan tidak setuju dengan keputusan kajian berkenaan dengan berkata, foto tersebut perlu dianalisis dengan lebih mendalam kerana bukti bergambar tidak memberi maklumat yang jelas.
No comments:
Post a Comment