Michal Kollbek mempamerkan aksi berani apabila menunggang basikal di tebing gunung White Line, Sedona, Arizona, baru-baru ini. – AGENSI
ARIZONA 15 Mac – Seorang pelumba basikal ekstrem, bertindak berani merentasi cerun gunung batu yang diiktiraf sebagai paling berbahaya di dunia dan amat mustahil untuk ditakluki, baru-baru ini.
Mail Online melaporkan, aksi berani yang dipamerkan oleh Michal Kollbek itu dilakukan di tebing Gunung White Line, Sedona, di sini, dengan setiap babak berbahaya berjaya dirakam dengan menggunakan drone atau pesawat tanpa juruterbang.
Kollbek, 30, yang sering berlatih bersama banyak pelumba basikal ekstrem dan acap kali memenangi pertandingan lumba basikal berkata, dia langsung tidak gentar ketika melakukan aksi berkenaan.
“Saya melakukan aksi ini kerana kebetulan berada di Arizona. Sebelum memulakan aksi, saya mengeluarkan sedikit angin tayar dan menyelaraskan kedudukan basikal supaya saya selesa menunggangnya.
“Mungkin ada sedikit gementar, tetapi saya tetap fokus dan hanya mahu lakukan yang terbaik. Apa yang penting adalah kekuatan mental,” jelasnya.
Tambah Kollbek, dia tidak menggalakkan penunggang basikal yang kurang pengalaman serta kemahiran melakukan aksi sedemikian.
No comments:
Post a Comment