Lizzie Velasquez
NEW YORK 15 Mac – Sebuah dokumentari mengenai gadis yang digelar sebagai ‘wanita terhodoh dunia’, akhirnya ditayangkan di Festival Muzik South by Southwest (SXSW) di Texas, hari ini.
Dokumentari berjudul A Brave Heart: The Lizzie Velasquez Story itu, mengisahkan hidup gadis berusia 26 tahun tersebut yang menghidap sindrom ganjil, mengakibatkan berat badannya tidak naik.
Berat badan Velasquez tidak pernah melebihi 29 kilogram dan dia juga buta sebelah mata.
Dia pernah dibuli di sekolah dan di YouTube ekoran paras rupanya selain menerima banyak kritikan negatif antaranya dipanggil ‘raksasa’ yang tidak sepatutnya dilahirkan di dunia ini.
Namun, Velasquez tidak sama sekali mengambil hati atas kritikan tersebut, malah dia menggunakanya sebagai inspirasi untuk memulakan kempen antibuli pada tahun 2013 yang berjaya mendapat perhatian antarabangsa.
“Saya tahu apa rasanya apabila seseorang itu dibuli, dan saya ingin menjadi pembimbing kepada mereka yang menjadi mangsa buli.
“Saya tidak berasa sedih, malah saya mengambil ini sebagai satu peluang kerana sindrom ini bukan satu masalah, tetapi rahmat yang membolehkan saya memperbaiki diri dan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment