Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab menerbangkan puluhan dron di sekitar ibu negara Paris. |
Media tempatan, semalam melaporkan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti sama ada ia adalah pesawat tanpa pemandu yang dihebohkan sebelum ini.
"Kelibat dron tersebut dilihat berhampiran Sungai River Seine, Place de la Concorde dan muzium tentera Invalides. Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," menurut laporan itu lagi.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve memaklumkan kira-kira 60 aduan berkaitan dron telah dilaporkan di negara itu sejak Oktober lalu.
Menurut Press TV, sejak beberapa bulan lalu, sebilangan wartawan asing telah diberkas atau dikenakan denda kerana menerbangkan dron di ruang udara Perancis.
Di bawah undang-undang negara itu, pesawat tanpa pemandu dilarang terbang dalam lingkungan 5 kilometer dari pusat kemudahan nuklear dan sekitar Paris.
No comments:
Post a Comment