SNOWDONIA, Britain – Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kambing biri-biri yang tersangkut di tebing gunung pada ketinggian 45 meter di Llanberis di sini baru-baru ini.
Dua orang penyelamat dari Persatuan Diraja bagi Perlindungan Haiwan (RSPCA) menuruni permukaan berbatu itu menggunakan tali keselamatan dan memasukkan kambing tersebut di dalam sebuah beg.
Ketua pasukan bertali RSPCA, Chris Dunbar berkata, mereka terpaksa berhati-hati ketika proses menyelamat kerana permukaan gunung yang curam berisiko membawa kecelakaan.
“Kedua-dua anggota penyelamat terpaksa menuruni gunung tersebut dengan tali keselamatan sebelum berjaya menangkap kambing itu untuk dibawa turun,” ujar salah seorang wakil RSPCA, Mark Roberts.
Dia menambah, kambing biri-biri itu yang kelihatan penat dan haus terus makan dengan laju apabila diberi makanan dan minuman selepas diselamatkan. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3VoklhB5t
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment