Pages

Saturday, March 14, 2015

Doktor buat surgeri pemindahan zakar pertama di dunia



KETUA Unit Urologi Universiti Stellenbosch, Professor Andre van der Merwe (kiri) dan Ketua Eksekutif Jabatan Universiti Stellenbosch, Professor Rafique Moosa (kanan) pada sidang media di Hospital Tygerberg dekat Bellville, Cape Town semalam. Doktor Afrika Selatan berjaya melaksanakan pemindahan zakar pertama di dunia ke atas lelaki berusia 21 tahun apabila organnya itu dipotong tiga tahun lalu ketika berkhatan. - Foto AFP
CAPE TOWN: Doktor Afrika Selatan berjaya melaksanakan pemindahan zakar pertama di dunia ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun apabila organnya itu dipotong tiga tahun lalu pada satu upacara tradisional.
Pembedahan selama sembilan jam itu dibuat pada Disember, adalah sebahagian daripada kajian perintis dikendalikan Hospital Tygerberg di Cape Town dan Universiti Stellenbosch bagi membantu seramai 250 atau lebih belia lelaki Afrika Selatan yang kehilangan zakar setiap tahun selepas menjalani upacara menjadi orang dewasa.
Doktor berkata, pesakit yang tidak didedahkan namanya, sudah boleh kencing dan keupayaan fungsi pembiakan benih bermula.
Katanya, pembedahan itu boleh ditawarkan kepada lelaki yang kehilangan zakar akibat kanser atau langkah terakhir bagi mengubati masalah ereksi yang teruk.
"Matlamat kami ialah supaya zakar lelaki itu dapat berfungsi sepenuhnya dalam tempoh dua tahun dan kami amat kagum dengan tahap pemulihannya," kata Ketua Unit Urologi universiti itu, Andre van der Merwe yang mengetuai pembedahan berkenaan.
Sembilan lagi pesakit sudah disenaraikan untuk menjalani pembedahan yang sama.

PEMBEDAHAN selama sembilan jam itu dibuat pada Disember, adalah sebahagian daripada kajian perintis dikendalikan Hospital Tygerberg di Cape Town dan Universiti Stellenbosch. - Foto hiasan
Setiap tahun beribu-ribu belia lelaki Afrika Selatan terutama dari suku Xhosa, meraikan peralihan ke alam dewasa dengan mencukur kepala dan menyapu badan mereka dengan tanah liat putih dari kepala hingga tapak kaki, duduk dalam pondok jauh dari masyarakat selama beberapa minggu dan kemudiannya dipotong zakar.
Bagaimanapun pada Mei 2013, lebih 20 orang belia mati selepas upacara menjadi orang dewasa itu di utara wilayah Mpumalanga biarpun gesaan daripada parti politik supaya upacara tradisi itu diubah.
Beberapa bulan kemudian, polis membuat beberapa penahanan berikutan kematian 30 orang belia ketika menjalani upacara tradisional itu di wilayah Eastern Cape. - Reuters

No comments: