Umar Patek |
Ketika memberi keterangan dengan nada emosi, dia juga berkata, serangan yang mengorbankan 202 orang itu bertentangan dengan suara hatinya.Umar, 45, juga menegaskan dia hanya memegang peranan kecil dalam pengeboman itu dan sudah menyuarakan rasa kesal dengan memohon maaf kepada keluarga mangsa.Bagaimanapun, pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Umar dengan menuduhnya pembuat bom utama dalam serangan ke atas dua kelab malam di pulau pelancongan Indonesia itu yang membunuh ramai pelancong asing.
“Saya hanya mencampurkan kurang 50 kilogram bahan kimia,” kata Umar yang membaca kenyataan panjang lebar dengan memetik ayat-ayat al-Quran. Dia berkata, orang lain yang mencampurkan baki 950 kilogram bahan letupan dalam serangan itu.
“Saya melakukannya separuh rela, hanya kerana orang yang mencampurkannya penat dan tertekan. Ia bukan dari hati nurani saya dan ia bertentangan dengan suara hati saya.
“Saya akan genap 46 tahun 50 hari lagi, usia yang dianggap tua jadi hukuman panjang di penjara terlalu kejam. Saya juga belum ada anak,” katanya di Mahkamah Daerah Jakarta Barat,
“Saya harap hakim akan menimbang rayuan saya dan memberi hukuman paling ringan berdasarkan kebenaran dan keadilan.”
Dia juga menggesa panel lima hakim tidak dipengaruhi dengan stigma mengenai identitinya selain teori, pendapat dan spekulasi dalam media massa apabila membuat keputusan muktamad.
Umar juga mengkritik pendakwa kerana tidak mengambil kira fakta oleh saksi apabila menderaf cadangan hukuman.
“Semua fakta yang didedahkan dalam perbicaraan secara khusus daripada saksi dan kenyataan saya ditolak ke tepi. Pendakwaan dibentangkan begitu saja,” kata Patek sambil meninggikan suaranya.
Umar adalah sebahagian anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) dan ditahan tahun lalu di bandar Abbottabad, Pakistan, empat bulan sebelum komando Amerika Syarikat membunuh pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden.
Pendakwa raya Indonesia, bagaimanapun, tidak mencadangkan hukuman mati minggu lalu dan merujuk kepada rasa kesalnya atas pembabitannya untuk megelak daripada menjalani hukuman oleh skuad penembak. Tiga pengebom Bali sudah dihukum mati.
Dalam perbicaraan yang bermula Februari lalu, tertuduh berulang kali menafikan pembabitannya secara mendalam. Dia juga mendakwa menukar fikiran dan cuba menghentikan serangan pada saat akhir.
Mahkamah dijangka mengumumkan keputusannya esok. Patek pernah menjadi suspek pengganas paling dikehendaki di Indonesia dan menghabiskan hampir sedekad sebagai orang buruan Amerika yang menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM3.14 juta) ke atasnya. – AFP
No comments:
Post a Comment