Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di China. |
Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di Nanjing, China.
Reka bentuk unik jentera bomba itu membolehkan ia membuat pusingan U tanpa perlu berpusing dan memberi kelebihan terutamanya di kawasan sempit.
Ia juga boleh dipandu dari kedua-dua arah.
Difahamkan, Nanjing merupakan sebuah bandar yang mempunyai sejumlah besar laluan sempit yang menyukarkan pergerakan jentera bomba.
Jentera baharu itu, merupakan satu-satunya kenderaan terdapat di bandar tersebut diimport dari Austria dengan harga 9 juta yuan (RM5 juta). - Chinanews.com
No comments:
Post a Comment