Pauline Chai
Mail Online semalam melaporkan, Pauline Chai Siew Phin (gambar), 68, yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia pada 1969, turut memfailkan dakwaan terhadap suaminya kerana gagal membayar nafkah.
Pauline yang kini menetap di negara ini, menuduh suaminya kedekut, memusnahkan keyakinannya, dan bertindak ganas terhadapnya.
“Saya dilihat sebagai seorang pisau cukur kerana cuba merampas kekayaannya, namun apa yang saya mahukan adalah harta sepencarian kami.
“Mungkin jumlah yang saya tuntut dilihat besar, tetapi saya berkahwin dengannya selama 43 tahun dan melahirkan lima orang anak yang saya jaga bersendirian,” katanya.
Siew Chin menuntut sebanyak 220 juta pound (RM1.2 bilion) dalam prosiding kes yang diadakan di England serta Malaysia.
Sebelum ini, dia pernah menuntut sebanyak 135,000 pound (RM729,036) sebagai wang pelancongan tahunan dan bayaran sebanyak 85,000 pound (RM459,022) setiap bulan untuk bayaran keperluan termasuk penerbangan kelas pertama, hotel, dan pemandu.