Pages

Sunday, January 25, 2015

Bayar pendahuluan kereta 20,000 Yuan guna duit syiling



AGENSI - BEBERAPA pekerja kedai menjual kereta sedang mengira wang syiling seorang pelanggan di Shijiazhuang, wilayah Hebei, China baru-baru ini.


SHIJIAZHUANG, China – Seorang jurujual kereta di sini terkejut apabila seorang lelaki datang ke kedainya untuk membeli sebuah kereta baharu bernilai 51,800 Yuan (RM27,000) secara tunai dengan menggunakan duit syiling baru-baru ini.
Pembeli tersebut semasa membuat tempahan sebelum itu telah memberitahu jurujual berkenaan bahawa dia akan membuat pembayaran dengan cara lain daripada biasa.
“Ketika membuat tempahan kereta Cowin C3, dia cuma kata dia akan membayar secara tunai dan saya tidak mempunyai masalah dengan hal itu, tetapi saya tidak menyangka dia datang dengan duit syiling berkampit-kampit.
“Saya bersama tujuh rakan sekerja terpaksa menghabiskan masa sepanjang hari untuk mengira duit syiling bernilai 20,000 Yuan (RM11,500) seberat 150 kilogram yang dibawanya sebagai bayaran pendahuluan,” kata jurujual tersebut.
Menurutnya lagi, lelaki berkenaan memberitahu bahawa wang syiling itu adalah hasil daripada perniagaannya tetapi merahsiakan jenis perniagaan yang dia jalankan.
Pelanggannya itu berkata, dia akan kembali ke premis jualan kereta berkenaan untuk membayar baki harga keretanya dengan menggunakan cara yang sama tidak lama lagi. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3PmnBrs68 
Hakcipta terpelihara 

No comments: