BAYI yang dilahirkan pada 22 Ogos lalu mempunyai dua muka, dua hidung dan empat mata pada satu kepala di Hospital Awam Khatav, India. - AGENSI |
Menurut laporan portal berita Metro, bayi yang tidak dinamakan itu dilahirkan pada 22 Ogos lalu di Hospital Awam Khatav, mengalami tahap kecacatan pelik yang dikenali sebagai 'craniofacial duplication' atau pertindihan muka.
Tambah laporan tersebut, tahap kesihatan bayi berkenaan sangat serius dan memerlukan rawatan lanjut bagi menyelamatkan nyawanya.
Rakaman video yang merakamkan kecacatan bayi itu menunjukkan, kanak-kanak terbabit mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat mata pada satu kepala.
Pakar bedah di hospital itu, Dr. Suresh Sirsat berkata, unit pediatrik yang diketuai beliau berdepan kes yang sangat serius dan peluang untuk bayi berkenaan terus hidup sangat rendah.
Jelasnya, sebanyak 36 kes yang sama dilaporkan di seluruh dunia sebelum ini, tetapi tiada seorang bayi pun terselamat apabila dilahirkan dalam keadaan cacat sedemikian.
"Kami juga masih belum menemukan cara rawatan yang paling sesuai untuk menangani kes yang jarang berlaku ini, namun kami akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa bayi malang ini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_08/Bayi-miliki-dua-muka#ixzz3C0RFz6w2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment