Pages

Wednesday, July 30, 2014

Lelaki China beli motosikal Tron



XIAU Yu telah menghabiskan wang simpanannya sebanyak AS$55,000 untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi Tron walaupun dia tidakdibenarkan menunggang kenderaan itu di jalan raya.


NANJING - Seorang lelaki China menghabiskan wang simpanannya untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi sama seperti yang digunakan dalam filem sains fiksyen Tron:Legacy.
Lelaki itu, Xiau Yu yang menetap di sini dilaporkan telah membelanjakan wang sebanyak AS$55,000 (RM174,597) untuk memiliki motosikal idamannya.
Walaupun dia kini pemilik motosikal tersebut, Yu berasa kecewa apabila penguat kuasa tempatan melarangnya menunggang kenderaan dua roda itu di jalan raya.
Ia berikutan pihak berkuasa enggan mendaftarkan motosikal itu kerana tidak dibuat oleh pengeluar motosikal yang diiktiraf oleh pihak pemerintah.
"Saya mungkin akan sewakan motosikal ini di pameran-pameran dan pertunjukan automobil untuk mendapatkan semula wang saya," kata Yu.
Bagaimanapun, Yu tetap berbangga kerana dapat memiliki satu daripada lima buah motosikal berkuasa tinggi itu yang mampu mencapai kelajuan 193 kilometer sejam.
"Daripada lima buah motosikal tersebut yang telah dibina, tiga daripadanya rosak semasa penggambaran filem Tron dan sebuah lagi diberikan kepada teman wanita pengarah filem itu," kata Yu. -Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz38u7ucHyB 
Hakcipta terpelihara 

No comments: